Thursday, June 07, 2018

PAS Akur Perkenan Agong Lantik Tommy Thomas

DAP Tak Perlu Patuhi Peraturan RoS

PAS Kelantan akur dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berhubung pelantikan Peguam Negara yang baharu, kata Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Mohd Amar, yang juga Naib Presiden PAS, berkata ia berikutan pandangan rasmi telah dikeluarkan oleh PAS Pusat semalam berhubung perkara tersebut.
“Kita terima dengan terbuka perkenan Yang di-Pertuan Agong (melantik Thomas sebagai Peguam Negara). Seri Paduka pun setuju maka kita pun setujulah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.
Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata buat masa ini, peluang harus diberikan kepada Thomas untuk melaksanakan tugasnya sebagai Peguam Negara.
Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata pelantikan Thomas sebagai Peguam Negara tidak akan menjejaskan kedudukan Islam dan hak istimewa orang Melayu di negara ini.
Beliau dipetik sebagai berkata ini kerana setiap individu yang dilantik sebagai Peguam Negara adalah terikat kepada Perlembagaan Malaysia dan bertindak atas kuasa yang ada dalam perlembagaan itu. – BERNAMA

17 comments:

Anonymous said...

lain kali piker dulu sebelum cakap....
ada sebab la mereka lantik TT tu...
1MDB tu bukan kes kat pulai ketam...
kes tu terlibat dgn negara2 besar kat luar nun...
kena la lantik yg betul2 power klau nakmenang ngenggggg

Anonymous said...


Wah sekarang barua-barua ternakan pakatan dan pemimpin-pemimpin mereka sudah berani menghina Agong dengan menolak permintaan Agong dalam isu peguam negara. Nampaknya barua-barua ternakan pakatan adalah penderhaka dan pengkhianat yang sepatutnya dihalau keluar dari negara ini.

Inilah akibatnya PM hanya mempunyai 13 kerusi akan menjadi boneka pemimpin-pemimpin kafir yang lebih ramai dari pemimpin Melayu (yang diragui kualiti mereka) dalam rejim pakatan. Pemimpin-pemimpin Melayu yang mementingkan diri sendiri membentuk parti-parti serpihan Melayu yang akhirnya akan menjadi pak turut parti kafir.

Woi barua-barua dedak pakatan , cukup-cukuplah menjaja fitnah untuk menfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam PAS untuk menutup kelemahan dan kegagalan rejim pakatan. Mana semua janji pakatan semasa PRU14?

Nampaknya semua janji pakatan telah ke laut apabila rejim pakatan memungkiri semua janji pakatan. Kasihanlah pengundi-pengundi pakatan yang telah di'kecing hancing' oleh barua dan pemimpin-pemimpin pakatan.

Sekarang pencapaian rejim pakatan yang dibanggakan oleh barua-barua buta, pekak dan dungu ialah peningkatan harga barangan yang menindas rakyat ! Tol lebuhraya masih beroperasi seperti zaman kerajaan BN, GST belum dihapuskan, SST pada kadar cekik darah 10%, penangguhan bayaran balik PTPTN dibatalkan dll. Eloklah tu.

Cukup-cukuplah barua pakatan dan pemimpin mereka 'kecing' rakyat ! Kita yakin rakyat akan menggulingkan rejim pakatan dalam PRU15 ! Adios !

Marilah kita semua umat Islam menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam untuk menjaga, melindungi dan membela agama Islam dan hak umat Islam dan rakyat negara ini.

mahligai seni said...

ITULAH, PAS, LAIN KALI JANGAN GOPOH SANGAT. INI TIDAK, SEMBANG PASAL ISLAM BUKAN MAIN LAGI. TAHUKAH KAMU BAHAWA KALAU BENAR KAMU PERTAHANKAN ISLAM DAN PERCAYA BAHAWA CADANGAN PH MELANTIK TOMMY THOMAS DAHULU ITU TIDAK SEJAJAR DENGAN ISLAM, KAMU MESTILAH MEMPERTAHANKAN PENDIRIAN KAMU DEMI KESUCIAN AGAMA ISLAM. SEBENARNYA KIBLAT KAMU BUKANNYA KEPADA ISLAM SANGAT TETAPI LEBIGH KEPADA KEKUASAAN DAN PENGARUH. BUKTINYA, APABILA YDP AGONG TERIMA/PERKENAN CADANGAN ITU DAN MELANTIK TOMMY THOMAS SEBAGAI PEGUAM NEGARA, KAMU TIBA-TIBA AKUR. KAMU INI SAMA MACAM UMNO/BN JUGA. SAYA BERKATA BEGINI BUKANNYA MEMPERTIKAIKAN PERKENAAN YDP AGONG, SEBALIKNYA NAK MENYATAKAN BAHAWA PERANGAI KAMU ITU BURUK - MENENTANG KERAJAAN DENGAN CARA YANG TIDAK RASIONAL. PERANGAI KAMU MEMANG BURUK. YANG SEBENARNYA, ISU PELANTIKAN TOMMY THOMAS INI TIDAK ADA KENA MENGENA PUN DENGAN ANCAMAN KE ATAS ISLAM. KAMU (DAN BN/UMNO) SENGAJA BUAT KECOH AGAR RAKYAT BENCI MELIHAT PAKATAN HARAPAN. ITU SAHAJA. PERANGAI KAMU DAN BN/UMNO MEMANG TERUK.MACAM MANA, NAK PADAM JUGA KOMEN SAYA INI?

mahligai seni said...

Tak usahlah nak berkempen menyokong BN dan PAS lagi. Dua parti itu memang bangkrap.

Anonymous said...


Cukup-cukuplah mahligay menjaja fitnah terhadap parti Islam PAS pimpinan ulama Islam.
Dari dulu hingga sekarang, semua komen kamudan geng barua dedak pakatan kamu mengandugi pelbagai fitnah untuk memburuk-burukkan PAS dan menghasut rakyat membenci PAS.

Dan sekarang barua-barua seperti kamu sibuk menyalahkan PAS untuk menyembunyikan kelemahan dan kegagalan pakatan melaksanakan semua janji pakatan !

Maka kita tidak terkejut melihat pemimpin-epmimpin pakatan menentang RUU anti-berita palsu kerana pakatan tidak boleh memenangi PRU tanpa fitnah.

Tindakan rejim pakatan menolak permintaan Agong dalam isu peguam negara membuktikan pemimpin-pemimpin dan barua-barua pakatan adalah penderhaka dan pengkhianat.

Anonymous said...


Sebagai penjaja fitnah ternakan pakatan , mahligay 1:18 PM memang bangkrap dari segi moral dan akhlak ! Barua-barua penjaja fitnah ini MUFLIS di dunia dan akhirat kerana menfitnah dan memburuk-burukkan ajaran Islam dan ulama Islam, parti Islam PAS, institusi Islam dan umat Islam yang menyokong perjuangan Islam!

Masalahnya ialah barua-barua ini tidak mempercayai pembalasan di akhirat kerana barua-barua ini sama ada munafik atau kafir harbi. Semua ciri-ciri munafik terdapat pada barua-barua ternakan pakatan.

Anonymous said...


Tahniah dan syabas kepada pengundi pakatan kerana berjaya menaikkan harga minyak petrol 97. Selepas ini mungkin minyak 95 dan disel juga akan naik !

Mana semua janji pakatan seperti menurunkan harga minyak? Yang jelas ialah semua janji pakatan telah ke laut dan pengundi pakatan telah di'kemcing' oleh pemimpin-pemimpin pakatan. Harba barang juga naik ke tahap gila babi semenjak rejim pakatan berkuasa!

Wah tahniah semua pengundi pakatan yang telah di'kencing hancing' oleh cybertrooper dan pemimpin pakatan!!

Anonymous said...

PEMBETULAN KOMEN June 7, 2018 at 1:48 PM:

Mana semua janji pakatan seperti menurunkan harga minyak? Yang jelas ialah semua janji pakatan telah ke laut dan pengundi pakatan telah di'kencing' oleh pemimpin-pemimpin pakatan. Harga barang juga telah meningkat ke tahap gila babi semenjak rejim pakatan berkuasa! Wah tahniah pengundi pakatan.

Anonymous said...


Semasa pakatan menjadi pembangkang, cybertrooper dan pemimpin-pemimpin sibuk mengkritik dan mengutuk kerajaan UMNO BN.

Malangnya apabila rejim pakatan ditubuhkan untuk memerintah negara, rejim pakatan adalah lebih teruk dari kerajaan UMNO BN. Contoh:

Setiap MP pakatan menerima peruntukan RM500k tetapi PM pembangkang menerima RM100k sahaja. Ini matematik penyamunkah? Pakatan fikir wang kerajaan pakatan punyakah? Adakah puak pakatan sahaja bayar cukai?

Fakta yang tidak boleh dinafikan: Kerajaan Najib dahulu lebih bermurah hati pada PM pembangkang !

Anonymous said...

Apa tujuan keluarkan kenyataan terima dengan terbuka perlantikan Peguam Negara oleh PAS, entah lah.

Kalau diam dan buat tak ambil pot pun siapa peduli.

Semua sebab-sebab menolak perlantikan Thomas lenyap macam tu je..

Bukan ke dengan perlantikan itu Islam terancam dan Mahathir jadi tunggangan DAP ?

Raja pun tak peduli samada PAS terima atau tidak...

Bila kerumitan dah terlerai, cepat-cepat PAS hulur kepala..

Duk diam-diam lah.. Apa yang PAS reti ?

Anonymous said...

Mahligai seni sebenarnya kecewa sebab dikencing oleh ph tapi malu dan dedak punya pasal fitnah hina agama dan bangsa sendiri pun takpa. Bergembiralah kamu kerana bersama2 puak anti islam menghentam islam walaupun agama anutan kamu sendiri. Pas akan tetap berjuang memertabatkan islam dimalaysia.

Anonymous said...

Kalau tak ada beza nya lebih baik semua MP pembangkang jangan membangkang apa-apa terhadap Kerajaan PH. Apa yang MP PH dapat macam itu juga MP Pembangkang dapat.


Kamu yang memandai-mandai .. BN Kelantan bertahun-tahun tak dapat langsung.

Kerajaan PH di Selangor dan Pulau Pinang terpaksa membantu rakan-rakan lain di bawah Kerajaan BN.

Masih ada negeri yang di kuasai oleh BN, kalau tak cukup pandai-pandai lah jumpa MB Pahang.

Anonymous said...

Kalau tak ada beza nya lebih baik semua MP pembangkang jangan membangkang apa-apa terhadap Kerajaan PH. Apa yang MP PH dapat macam itu juga MP Pembangkang dapat.


Kamu yang memandai-mandai .. BN Kelantan bertahun-tahun tak dapat langsung.

Kerajaan PH di Selangor dan Pulau Pinang terpaksa membantu rakan-rakan lain di bawah Kerajaan BN.

Masih ada negeri yang di kuasai oleh BN, kalau tak cukup pandai-pandai lah jumpa MB Pahang.

Anonymous said...

RM 100,000 lebih dari cukup.

Duit itu untuk MP hulur sedikit bantuan segera pada orang-ramai seperti kematian, perkahwinan, bantuan segera pada yang terdesak.

Tidak seperti dulu di mana MP pembangkang terpaksa guna duit gaji dan elaun MP ..

Jangan pulak MP tersebut guna duit tersebut untuk buat rumah terbuka raya nanti..

Lagi pun sabar lah sikit, selesai kes Najib, semua duit RM 114 juta itu akan di bahagi-bahagikan nanti..

Anonymous said...

(1) Barua pakatan 3:17 PM menulis Apa yang MP PH dapat macam itu juga MP Pembangkang dapat.

Jawapan kita: Barua pakatan 3:17 PM adalah penjaja fitnah yang tidak tahu malu.

Fakta: TDM berkata Ahli Parlimen kerajaan akan menerima RM500,000 dan Ahli Parlimen dari parti lawan akan menerima RM100,000.
Sumber: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/06/06/rm100000-untuk-pembangkang-rm500000-untuk-kerajaan/

(2) Barua pakatan 3:17 PM menulis BN Kelantan bertahun-tahun tak dapat langsung

Jawapan kita: Mana bukti? Adalah mustahil Ahli Parlimen BN Kelantan bertahun-tahun tak dapat langsung kerana kerajaan UMNO BN sendiri yang menyalurkan peruntukan tersebut.

(3) Anon 3:24 PM menulis RM 100,000 lebih dari cukup.

Jawapan kita: Jika RM 100,000 lebih dari cukup, mengapa rejim pakatan memberikan peruntukan RM500,000 kepada setiap Ahli Parlimen pakatan?

Selama ini, barua-barua dan pemimpin-pemimpin pakatan sibuk mengkritik dan mengutuk kerajaan UMNO BN konon kerajaan UMNO BN tidak adil ... bla ... bla ....

Sekarang apabila rejim pakatan berkuasa, nampaknya rejim pakatan lebih buruk dari kerajaan UMNO BN kerana menzalimi Ahli Parlimen pembangkang.

Anonymous said...

huh.. peguam zul nordin lagi berkaliber..

Anonymous said...

Masalahnya 3.10 Islam ke mahligai seni ni? Setakat nama2 sandaran ni belum tentu lagi..tu sebab tak peduli sangat pun pasal hukum hakam dalam Islam...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails