Tuesday, June 05, 2018

Mahathir Boleh Gabung DAP, Apa Salah Anwar Kerjasama UMNO, PAS Untuk Islam?



Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa beliau dan PKR sedang berunding untuk bekerjasama dengan Umno dan PAS bagi menubuhkan kerajaan Islam.

"Orang yang fikir idea ini adalah kerja gila dan memang mereka yang otak jahat saja yang boleh fikir macam ini.

"Kita bertungkus lumus, dipukul setengah mati, apa guna saya nak berpakat begitu rupa," kata Anwar dalam temubual khas dengan The Malaysian Insight.

Beliau berkata demikian susulan khabar angin disebarkan yang mendakwa PKR yang mempunyai 49 anggota parlimen sedang berunding untuk bekerjasama dengan 79 anggota Parlimen BN dan 18 anggota parlimen PAS.

Mereka mendakwa, jika ketiga-tiga parti itu bergabung mereka boleh membentuk kerajaan berteraskan Islam berbanding dengan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang sekarang didominasi oleh anggota parlimen bukan Melayu.

Anwar berkata beliau tidak kisah sekiranya berita itu disebarkan oleh Umno, namun idea tersebut turut disebarkan oleh segelintir pendukung HARAPAN sendiri.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini idea yang baik.. Kalau Tun M boleh gabung dengan DAP yang menolak perjuangan Islam, mengapa Anwar tidak boleh berkerjasama   dengan PAS parti Islam? Dalam politik semua boleh jadi..

10 comments:

Anonymous said...

Kita merasa kasihan melihat pengundi pakatan di'kencing hancing' oleh rejim pakatan sekular liberal-kafir harbi apabila rejim pakatan enggan melaksanakan semua janji pakatan dalam PRU14 dengan mencipta pelbagai alasan karut dan menjadikan UMNO BN dan PAS sebagai kambing hitam untuk menutup kelemahan dan kegagalan rejim pakatan.

Rejim pakatan juga memberikan layanan VIP kepada musuh-musuh Islam dan meremehkan agama Islam dan umat Islam dan Agong.

Malangnya cybertrooper @ barua dedak pakatan masih lagi menfitnah parti Islam PAS pimpinan ulama Islam walaupun PRU14 telah tamat seolah-olah pakatan tidak boleh hidup tanpa fitnah.

Anonymous said...


Jika TDM meninggal dunia, belum tentu lagi Anwar akan menjadi PM kerana pasti akan berlaku perebutan kuasa antara pemimpin Melayu (minoriti) dan pemimpin kafir (majoriti) dalam rejim Pakatan. Sudah tentu, pemimpin Melayu terpaksa mengikut kehendak pemimpin kafir maka tidak mustahil orang kafir akan menjadi PM!

Jika Anwar mahu menjadi PM, PKR mesti bersekutu dengan BN dan PAS untuk menumbangkan rejim pakatan yang lebih mementingkan puak sekular liberal dan puak kafir harbi dan meremehkan agama Islam dan hak umat Islam termasuk kaum Melayu Islam.

Jika ini berlaku, rejim pakatan akan tumbang dan kerajaan baharu akan terbentuk untuk membela agama Islam dan hak umat Islam dan rakyat.

Anonymous said...


Barua dedak pakatan seperti ikan, mahligay dll tidak mempunyai maruah diri kerana sibuk menjaja fitnah terhadap parti lawan seperti parti Islam semata-mata untuk menutup kelemahan dan kegagalan rejim pakatan menunaikan semua janji pakatan dalam PRU14 !

Apakah hukum barua dan pemimpin rejim pakatan mungkir janji dan menipu rakyat termasuk pengundi pakatan sendiri? Jawapan: Munafik !

Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang bermaksud:

آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ


Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga. jika berbicara ia berbohong, jika berjanji ia ingkar, dan jika dipercaya ia berkhianat. (HR Bukhari)

Anonymous said...


10 Janji 100 Hari Penipuan Terbesar Dalam Sejarah

https://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/10-janji-100-hari-penipuan-terbesar.html

Anonymous said...


Anon 2:54 PM jahil dan naif dalam politik. Jika dulu Anuar dan TDM menjadi musuh ketatt tetapi sekarang mereka bersekutu. Selepas ini apa pula?

Dalam politik, pelbagai kemungkinan boleh berlaku ! Hari ini jadi musuh, esok jadi sahabat. Hari ini sahabat, besok boleh jadi musuh !

Anonymous said...

ynag penting hak islam di tm ni tak tergadai
bila smapai masa mesti dipertahan oleh semua umat Islam
memnag ada cubaan untuk lemahkan islam oleh puak kpair
dah nampak pun
walau opa alasan mahde lantik pn baru
tetap tidak boleh diterima macam tu saja
dah abeh kah orang Islam ynag layak untuk jawatan tu
ni bukan thaun 50 - 90
dah ramai orang islam ynag layak untuk jawatan tu
awas ngan mahde ni

ted manoff said...

Kebebasan media..perlu kerr ibnu delete komen..jgn syok sendiri..

Anonymous said...


Kita sokong ibnuhasyim delete semua komen barua @ cybertrooper ternakan pakatan seperti 'ikan', 'mahligay' dan 'tard manoffik' kerana semua komen mereka berunsur fitnah, maki hamun dan penghinaan terhadap ajaran Islam, ulama Islam, institusi Islam dan umat Islam.

Anonymous said...

Yg penting hadi awang dtg melutut jumpa tun. Mintak nyawa. Supaya makan duit dr sumber SRC dikautim.

Anonymous said...

Sokong ibnu hashim

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails