Friday, June 08, 2018

M'sia Baharu Malaysian M'sia, Runtuhkan 4 Tunggak Ini? -Dr Mohd Zuhdi



SETELAH hampir sebulan Kerajaan Malaysia yang baharu terbentuk, Pusat Penyelidikan PAS (PPP) melihat halatuju rupa bentuk negara yang mahu dibina semula oleh Pakatan Harapan (PH) adalah 'Malaysian Malaysia'. 

Hakikat ini dapat diperhatikan daripada beberapa tindakan yang telah diambil oleh kerajaan yang didominasi oleh PH pasca PRU14. Dalam konteks ini, PPP sependapat dengan Prof Datuk Dr Teo Kok Seong, beberapa keputusan yang telah diambil oleh PH adalah sebahagian dari usaha untuk menonjolkan agenda Malaysian Malaysia, seperti yang disiar oleh Utusan Malaysia dua hari yang lalu. 

Secara tidak disedari, agenda ini semakin mula dilaksanakan setelah ditolak sejak 60 tahun lalu. Malah yang lebih membimbangkan pelaksanaan agenda Malaysian Malaysia oleh PH selepas memenangi PRU14 dilakulan secara drastik, yang boleh mengundang tindak balas tegas oleh masyarakat Bumiputera yang merupakan golongan majoriti di negara ini. 

PPP meyakini, DAP adalah pihak yang bersungguh-sungguh mahu segera merealisasikannya. Bagaimanapun, bagi mengaburi masyarakat Bumiputera tentang pelaksanaan agenda tersebut, tema yang ditonjolkan ialah Malaysia Baharu, iaitu satu perubahan rupa bentuk negara yang dahulunya berasaskan Kontrak Sosial kepada asas yang baru. Asas baru tersebut, tiada lagi keistimewaan kepada kaum tertentu dan juga kedaulatan agama tertentu.

Perubahan rupa bentuk Negara Malaysia seperti ini, apalagi jika dilakukan secara drastik boleh meruntuhkan empat tonggak Perlembagaan Persekutuan yang selama ini menjadi teras kestabilan politik dan keharmonian kaum. 

PPP memperingatkan semua pihak supaya tidak meletakkan harga yang murah terhadap keempat-empat tonggak tersebut:
●     Islam adalah Agama Persekutuan
●     Kedaulatan Raja-raja Melayu
●     Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
●     Hak Keistimewaan Melayu dan Bumiputera Sabah Sarawak 
DR MOHD ZUHDI MARSUKI
Pengarah PPP
7 Jun 2018
22 Ramadan 1439 - HARAKAHDAILY 8/6/2018

7 comments:

Anonymous said...

Kalau PAS yang memerintah .. Malaysia Baru jugak lah...

Keempat-empat tonggak tersebut memang tetap ada tetapi Zuhdi kata DAP buat cara halus.

Macam itu lah PAS .. Tonggak Islam memang telah ada tapi PAS dengan cara yang halus buat yang bukan-bukan. Cakap lain buat lain atas nama Islam

Anonymous said...

Ini juga tulis macam anak cucu abu lahab... tulisan lebih kpd anti islam.

Anonymous said...

Nasi kangkang keluaran Datin Mah Pekan Enterprise untuk dijual.Untuk penyokong PAS dan UMNO anda dapat diskaun 50%. Setelah memakannya otak anda pastinya lebih bijak terutama dalam soal songlap duit rakyat.

Anonymous said...

Jangan gadai ugama atas nama malaysia baru bg penyokong ph tegar kalau islam kamu juga mangsa walaupun penyokong tegar jangan nak suka sangat nnti dah jadi mcm sngapor menyesal tak sudah. Cuba ikuti dengan hati terbuka apa tindakan kerajaan ph semuanya hentam islam dan bsngsa melayu. Kenapa beria sangat nak bubar jakim. Kenapa beria sangat hina ydpa dngan tuduhan bermacam2 benda dah berlaku pun.

Anonymous said...

Dari dulu lagi tak habis2 fitnah tu yg dah buta hati.

Anonymous said...

Dah berlaku pun tak nampak lg satu contoh jakim nak dibubarkan atas desakan siti kasim. Jng seronok sangat dng kemenangan yg mengadai maruah bangsa dan agama.

Anonymous said...

Skarang ni penyokong ph sendiri tertanya2 apa arah tujuan ph mana janji dan kenapa janji lain buat lain. Ramai dah yg terasa menyesal sebab utama ugama islam dah mula ditekan tungu apa yg ph nak buat lepas ni. Moga islam akan tetap teguh dan umat islam kuatkan keimanan ini semua ujian allah. Maha suci allah yg maha berkuasa bantulah umat islam dan berilah hidayah pada sekian umat maknusia beriman pada mu ya allah. Ameeen

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails