Monday, June 04, 2018

Tun M Bertentang Agung, Tetap Keputusan Tommy Peguam Negara.




ALOR SETAR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menegaskan kerajaan Pakatan Harapan tetap dengan keputusan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai calon Peguam Negara walaupun ia mendapat tentangan daripada pelbagai pihak termasuk Yang di-Pertuan Agong.
Beliau berkata, pihaknya akan mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi kemelut Peguam Negara itu secepat mungkin mengikut peraturan yang ditetapkan.
“Kita buat keputusan sesuatu mengikut undang-undang dan Pelembagaan kita, Yang di-Pertuan Agong bertindak sebagai penasihat. Kita berpegang kepada prinsip itu.
“Usaha sedang dijalankan untuk mengatasi masalah ini dan tidak ada manfaat bagi saya membuat penjelasan sebelum usaha dijalankan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah di Seri Mentaloon, di sini hari ini.
Dilaporkan bahawa cadangan nama yang diberikan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mencalonkan peguam kanan, Tommy Thomas sebagai Peguam Negara tidak mendapat restu Yang di-Pertuan Agong.
Pada dasarnya, Dr Mahathir berkeras mahu menggantikan Tan Sri Apandi Ali dengan hanya mencadangkan nama Thomas kepada Sultan Muhammad V.
Mengulas lanjut, Dr. Mahathir juga memberitahu bahawa pemilihan Tommy itu tidak dibuat di bawah tekanan mana-mana pihak memandangkan Tommy pernah berkhidmat sebagai peguam kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebelum ini.
“Lim Guan Eng duduk dalam kerajaan dan menjadi Menteri Kewangan kenapa pula orang ini (Tommy) tidak boleh kalau dia berbaik dengan Guan Eng.
“Dia (Tommy) adalah peguam untuk semua orang dan peguam mengambil kes yang memberikan mereka pendapatan,” katanya.
Kata beliau, pihaknya juga masih mengkaji cadangan untuk memisahkan Pejabat Pendakwaraya Negara daripada Peguam Negara seperti diputuskan dalam Manifesto gabungan itu sebelum ini.
“Tetapi itu belum kita putuskan lagi ia cadangan sahaja,” katanya. – UTUSAN

3 comments:

Anonymous said...


TDM mempunyai 13 kerusi sahaja telah dilantik menjadi PM bagi rejim pakatan. Walaubagaimana pun, pemimpin kafir adalah majoriti dan pemimpin Melayu adalah minoriti dalam rejim pakatan maka pemimpin kafir boleh mempengaruhi semua keputusan yang dibuat oleh rejim pakatan untuk kepentingan rakyat kafir yang menjadi puak minoriti dalam negara ini di mana umat Islam adalah rakyat majoriti. Bukankah ini bererti PM menjadi boneka puak kafir?

Maka kita tidak merasa hairan melihat jawatan-jawatan penting seperti menteri kewangan diberi kepada LGE yang sedang mengahdapi perbicaraan di mahkamah kerana kes rasuah dll dan jawatan peguam negara pula mahu diberikan kepada peguam kafir yang bersikap prejudis terhadap agama Islam, institusi Islam dll.

Inilah akibat puak Melayu jahil dan bodoh sombong mengundi pakatan menyebabkan terbentuknya rejim pakatan sekular liberal-kafir harbi yang gagal melaksanakan semua janji pakatan semasa PRU14 dan sekarang rejim ini seolah-olah mempunyai master plan untuk memberikan jawatan penting dalam kerajaan kepada puak kafir.

Sepatutnya semua pengundi Melayu mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam PRU 14 supaya PAS boleh menubuhkan kerajaan Islam yang boleh melindungi agama Islam dan hak umat Islam dan rakyat di negara ini.

NASI TELAH JADI BUBUR ! PENGUNDI PAKATAN TELAH MENJADI LEBAI MALANG !

Anonymous said...


Alhamdulillah, Yang DiPertuan Agong bersikap tegas melindungi agama Islam dan hak umat Islam di negara ini walaupun baginda mendapat tentangan dari PM dan rejim pakatan. Parti Islam PAS pimpinan ulama Islam telah menyatakan sokongan kepada Yang DiPertuan Agong. (http://www.ibnuhasyim.com/2018/06/isu-peguam-negara-pas-sokong-agong.html)

Wahai umat Islam, marilah kita semua berdiri teguh menyokong Yang DiPertuan Agong dan parti Islam PAS pimpinan ulama untuk membela dan melindungi agama Islam dan hak umat Islam di negara kita.

Jangan biarkan puak munafik sekular liberal dan puak kafir harbi menghina agama Islam dan menafikan hak umat Islam di negara ini.

Anonymous said...

TDM adalah pemimpin liberal yang mempunyai kefahaman Islam yang salah bahkan dia pernah menghina hukum Islam seperti Hudud yang terkandung dalam Al-Qur'an dan Sunnah. Maka kita tidak merasa terkejut jika kepentingan agama Islam dan hak umat Islam dipandang remeh.

Maka kita tidak merasa hairan jika TDM dan rejim pakatan sekular liberal-kafir harbi memberikan jawatan menteri kewangan kepada LGE yang sedang menghadapi perbicaraan mahkamah kerana kes rasuah dll dan beliau juga mahu memberi jawatan peguam negara kepada peguam kafir yang bersikap prejudis terhadap agama Islam, institusi Islam dll.

Selepas ini jawatan penting apa pula yang TDM dan rejim pakatan mahu berikan kepada puak kafir ? Sebaliknya, 17,000 kakitangan awam dan 3600 ustaz dan ustazah KAFA yang terdiri dari kaum Melayu Islam telah atau akan ditamatkan perkhidmatan.

Bukankah ini bererti rejim pakatan tidak mempunyai belas kasihan terhadap kaum Melayu Islam? Inilah akibatnya pengundi Melayu jahil mengundi pakatan sekular liberal-kafir harbi. Akhirnya Melayu menang sorak kampung tergadai !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails