Thursday, June 07, 2018

Memang Tommy Thomas Tak Layak Jadi Peguam Negara. Ini 7 Sebab..


Siapa Tommy Thomas ini ? Ini sejarah beliau :

1. Beliau tegas mengatakan bahawa “Malaysia is not an Islamic State” (The Malaysian Bar, 18 Nov 2005).

Kenapa kerajaan tegang dengan Istana ? Mana tidaknya sumpah agong itu sendiri adalah beliau akan memelihara agama Islam, sudah pasti beliau tidak akan lantik peguam negara yang akan merosakkan teras negara ini.

2. Beliau tidak boleh berbahasa Kebangsaan dengan fasih menurut MAPIM.

Peguam negara mestilah orang yang mampu menguasai bahasa Melayu dengan baik. Bagaimana belau akan menasihati YDPA jika beliau sendiri tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik ?

3. Beliau adalah peguam kepada pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng. Di dalam buku beliau, pada tahun 2013 beliau mendesak Kerajaan Malaysia membenarkan mayat Chin Peng dibawa pulang dan ditanam di Malaysia.

Dalam buku yang sama juga, Chin Peng disifatkan sebagai “one of the great liberation fighters of the second half of the twentieth century” dan “a major contributor to Merdeka”.

Sungguh ironi bagaimana orang akan dilantik sebagai peguam negara itu adalah orang yang menyanjung tinggi musuh negara suatu ketika dahulu.

4. Beliau menyifatkan Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara sebagai tiada asas dalam perlembagaan dan undang-undang (Anything But The Law, 2016)

Hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera yang sudah jelas termaktub di dalam perlembagaan sengaja diseleweng tafsirannya untuk kepentingan golongan hak sama rata.

5. Pada 1 Feb 2014, beliau pernah mempertikaikan kuasa raja-raja dalam krisis perlantikan menteri besar Selangor.

6. Beliau mempertikaikan keputusan Mahkamah dalam kes kalimah Allah (Malay Mail, 25 Okt 2013).

Ketika mana umat Islam berjuang mempertahankan kesucian kalimah Allah daripada menjadi permainan halus dakyah kristian, Tommy Thomas terus menjadi barisan hadapan yang mempertikaikan keputusan mahkamah pada ketika itu.

7. Beliau adalah bekas peguam yang mewakili Lim Guan Eng, Menteri Kewangan sekarang dalam kes isu banglo yang disiasat oleh SPRM.

Jika Tommy Thomas menjadi Peguam Negara, ia akan bercanggah dengan prinsip keadilan sejagat. Situasi ini membabitkan kepentingan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan yang sedang menghadapi dua pertuduhan rasuah di mahkamah yang mana kuasa untuk meneruskan atau menghentikannya berada di dalam tangan Peguam Negara. Sudah tentu ini memungkinkan Tommy memihak kepada Lim Guan Eng.

Kesimpulannya, jawatan Peguam Negara perlu diisi daripada kalangan hakim-hakim dan peguam-peguam kanan yang cakna dan peduli kepada agama Islam dan Raja-raja, bukan hanya kepada prinsip undang-undang dan demokrasi yang selalunya sangat tertakluk kepada political will pemerintah.

Di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan Yang Di Pertuan Agong menaiki takhta dengan bersumpah dengan nama Allah antara lain memelihara agama Islam pada setiap masa. Ia menjadi tanggungjawab berperlembagaan bagi Yang Di Pertuan Agong memelihara Islam pada setiap masa.

Oleh itu setiap lantikan yang dibuat oleh Yang Di Pertuan Agong, orang yang dilantik itu mestilah berupaya antara lain memelihara Islam pada setiap masa.

(https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=3721270538691005963#editor/target=post;postID=7086232863289454844)

11 comments:

Anonymous said...

Masih nk lawan agong?penderhaka lahanat?bughah?? Pas-mengucapkan tahniah & menerima dgn hati terbuka dan berlapang dada atas lantikan TT

Anonymous said...

sudah-sudah lah.

kalau nak semua Islam, PAS kena jadi parti yang kuat dan mampu menarik sokongan ramai dengan membawa Islam yang original. Bukan Islam biskut.

Sebelum ini Apandi tu handal ke Islam nya.??

Anonymous said...

Sebenarnya kalau nak tahu walaupun Tommy Thomas ini dianggap sekular, PAS sendiri pernah menggunakan perkhidmatan Peguam yang dikatakan sebagai Sekular Tegar ini..

1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Lain-Lain lwn. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof & Lain-Lain [2015] 9 CLJ 749 – Mahkamah Rayuan
- Dalam kes ini, Tommy Thomas yang mewakili parti PAS, DAP dan PKR memfailkan tindakan terhadap ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya berkenaan konspirasi frod melibatkan penggunaan dakwat kekal dalam PRU13.
2. Kerajaan Negeri Kelantan lwn. Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) [2014] 7 CLJ 597 – Mahkamah Persekutuan
- Dalam kes ini, Tommy Thomas mewakili Kerajaan Kelantan (dipimpin PAS) untuk menuntut hak berkenaan Perjanjian yang dipanggil "Kelantan Petroleum Agreement" dan "Kelantan Grant" yang dimeterai pada 9 Mei 1975 di antara Kerajaan Negeri Kelantan (Plaintif) dan Petronas (Defendan)
3. PETRONAS lwn Kerajaan Negeri Terengganu. 2003 4 CLJ 337- Mahkamah Rayuan
- Dalam kes ini Tommy Thomas mewakili Kerajaan Negeri Terengganu di Mahkamah Rayuan untuk membuat tuntutan royalti minyak terhadap PETRONAS.

Pas diberikan ingatan bahawa kedua-dua kerajaan mereka, Kelantan dan Terengganu adalah antara pihak yang mendapat khidmat guaman peguam terkenal Tommy Thomas yang kini dicadangkan menjadi Peguam Negara yang baru.

Sehubungan itu, ahli parlimen Sepang yang juga seorang peguam, Mohamed Hanipa Maidin mengingatkan Pas agar jangan cepat pelupa.

“Jangan jadi cepat pelupa. Dulu parti suci perintah Terengganu bila saman Petronas dan kerajaan isu royalti, dah lupa ke yang kerajaan Terengganu pakai khidmat peguam Tommy Thomas,” kata Hanipa merujuk kepada kerajaan Terengganu 1999 – 2004 yang dipimpin oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Errrmmmmmm,,,,,,,,,,Pas?//.........HAMpas,,,,,utk dia boleh , org lain.....TAK BOLEH!!!! HARAM,,,,,,,,haramJADAH........!!!!!!!!!!!memang hamPASSSSSSSSS!!!

DELETE LAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!

Anonymous said...

Apa hal lu brader... terlebih pil kuda ka..? Dlm senarai Lu diatas tu.. Tommy ni mewakili Kelantan dan Terengganu sebagai Peguam Negeri ker atau sebagai Peguam yang dilantik dlm sesuatu kes tertentu untuk mewakili kedua negeri..?

Faham ker... . atau stim tak abis lagi...? Haiyaaa..

Anonymous said...

Woi Ibnu Hasyim, hang kot yang layak jadi peguam negara?

Anonymous said...

elok lantik nik abduh jadi AG,,,dia agen CIA booleh dpt duit 1mdb balik!
atau mokhtar snake,,,boleh minta tolong dlm mimpin.

ada 3 tambahan lagi kenapa tt tak layak;

8.nanti akan bocor rm200juta duit src-najib link pergi ka siapa.
9.akan bocor rm90juta,kereta2 mewah pergi kamana?
10.audio nik abduh,,,,confirmed'AUTHENTIC' mana mahu lari?

ka3-tiga sebab ini,dilenyapkan,pemimpi2 pas sudah SENAK-PERUT' sehingga peresidentnya sanggup jumpa TUN,yg mereka caci siang mlm.

Anonymous said...

Puak kafir libral bergembira sebab meraka telah berjaya tekan islam dan akan hancurkan agama islam dimalaysia hasil sokongan umat melayu islam yang menyokong ph ingat diakhirat kamu akan diadili oleh allah swt didunia ni pun allah dah tunjuk kepada kamu hasil sokongan kamu berbahagialah kamu umat islam yg sokong ph moga kamu sempat bertaubat. Islam akan tetap kami perjuangkan kerana allah swt. Ameeen

Anonymous said...

Ko nie bodoh agaknya tak tau beza..
Mana keperluan dan kepentingan puiii

Anonymous said...

Allah menguji di mana PAS akan terus berjuang tapi tak ke mana-mana..

PAS hanya tahu berjuang dengan cara begini dari dulu tapi tak tahu nak membangunkan Islam dalam keadaan sekarang.

jagoanpapamama said...

cara begini dari dulu tapi tak tahu nak membangunkan Islam dalam keadaan sekarang. bagus dan informatif.
dewapoker
dewapoker online
dewa poker
dewa poker
dewapoker

Interior designers in hyderabad said...

Nice Information

Buy anjeer fruit online

anjeer fruit online

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails