Saturday, June 09, 2018

PAS Sindir K'jaan PH Macam Ada Ramai PM

Datuk Seri Abdul Hadi Awang


SINIS… Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kehairanan dengan tindak tanduk sebilangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang sering buat kenyataan seolah-olah mereka Perdana Menteri.

Menurut beliau, perkara pelik tersebut tidak seharusnya berlaku dalam pentadbiran baharu memandangkan negara telah pun secara rasmi mempunyai seorang perdana menteri yang sah, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Sehubungan itu, beliau meminta perkara tersebut dapat segera diperbetulkan supaya tidak menimbulkan keadaan yang bercelaru dalam urusan kerajaan sendiri sehingga boleh membantut kelancaran pentadbiran kerajaan.
“Dalam PH, mereka mempunyai banyak parti yang bergabung, ideologi dan pendapat pun jelas berbeza, malah masing-masing juga berebut untuk membuat kenyataan. Sepatutnya, kita sudah ada Perdana Menteri.
“Biarlah Perdana Menteri buat kenyataan, sebaliknya apa yang berlaku pemimpin komponen dalam PH pula buat pelbagai kenyataan macam merekalah perdana menteri, perkara ini tidak betul dan kena diperbetulkan,” katanya.
Abdul Hadi yang juga Anggota Parlimen Marang berkata demikian kepada para pemberita tempatan selepas beliau hadir untuk menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila, di Marang, Terengganu semalam.
Ketika diminta pandangan mengenai tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang seolah-olah seperti tidak sabar menjadi Perdana Menteri menggantikan Mahathir, Abdul Hadi enggan beri sebarang ulasan.
Mengena mengulas isu institusi Raja-Raja Melayu diperlekehkan pihak tertentu pula, Abdul Hadi berharap semua pihak supaya akur dengan perlembagaan negara yang menekankan kepada konsep Raja Berpelembagaan.
“Negara kita sudah pun mempunyai konsep Raja Berpelembagaan, jadi kita perlu akur dengan perkara itu dan tidak perlu untuk dibincang atau dipertikaikan,” ujarnya.
Sementara itu Abdul Hadi menyambut baik pendekatan Mahathir cuba menghidupkan semula konsep federalisme membabitkan kerjasama antara kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri termasuk hal-hal berhubung royalti minyak.
Ujarnya, kenyataan Mahathir mengenai royalti minyak kepada Terengganu merupakan perkembangan baik dan berkata: “Kita akur perkara itu, walaupun berbeza pendapat, kita ambil pendekataan dengan titik yang sama dahulu.
” Alhamdulliah Perdana Menteri telah membuat kenyataan mengenai wang royalti minyak untuk Terengganu yang dipulihkan semula. Kita terima perkara ini (agihan lima peratus), hal-hal lain kita akan bincangkan kemudian.
“Tetapi apa yang penting sekarang ialah konsep federalisme kena hidupkan semula, apatah lagi kita lihat kerajaan persekutuan tidak menguasai (pemerintahan) di semua kerajaan negeri,” ujarnya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

12 comments:

Anonymous said...

Itu makna nya KETERBUKAAN.

Masing-masing ada hak bagi pandangan. Kalau dulu Mahathir akan balas dengan sindiran lagi tajam dan mengugut tapi sekarang Mahathir cool.

PAS masih ke terbelakang. Pemimpin sentiasa betul..

Suhaimi Bin Ayob said...

Betul la ramai pm kerajaan ph sekarang ni tak macam pemimpin pas yang agung yang menjilat ludah sendiri.

Anonymous said...

Ini dinamakan kerajaan press statement.Sikit2 press...

Anonymous said...

Beruk2 ph dh kuar dh kakakaka

Anonymous said...

Keterbukaan apa bila kena kritik meroyan

Anonymous said...



"PAS masih ke terbelakang. Pemimpin sentiasa betul.."
Kalau betul,kamu rasa terkebelakang. Patut kamu dapat pemimpin penipu macam PM sekarang.

Pemimpin itulah jilat ludah sendiri. Tun M, anwar, Azmin. lu pon jilat juboq DAP
Beruk2 ph dh kuar dh kakakaka..

Anonymous said...


Apabila satu laporan Polis di buat kerana menghina Tun Mahathir lalu Tun Mahathir kata dia tak bersetuju orang yang di kritik di siasat.

Anwar juga membela Saddiq dan Rafizi dengan minta anak-anak muda di beri ruang untuk memberi pandangan yang kritis.

Kritikan mengenai Tabung Harapan Negara oleh pihak pembangkang di beri liputan oleh akhbar.

Namun kritikan kali ini tidak mengenai peribadi seperti yang selalu di lakukan oleh PAS dan UMNO.

Tindakan MB Johor menyekat peruntukan kawasan pembangkang juga di kritik oleh ahli PH.

PAS kalau berani kritik lah Hadi Awang yang telah melakukan kesilapan dengan menganggap 1MDB tidak bermasalah dan mengatakan Najib telah berubah terhadap PAS.

Mengapa PAS tak kritik PAS Kelantan yang meminta SPRM. tak perlu siasat air Kelantan.

Anonymous said...

Sudah2 ha ha hadi awang ulamak palsu lg jahat. Kau ingat perangai kau ni baik ke. Mcm setan b'serban. Mulut mcm sial, perangai mcm sial. Muka mcm ????

Anonymous said...

Hiii
Bodoh betul.
Bodoh betul
June 9, 2018 at 11:45 PM

Buktikan tuduhan bengong kamu 'Namun kritikan kali ini tidak mengenai peribadi seperti yang selalu di lakukan oleh PAS dan UMNO.' mana wahai haram jadah kritik yang dilakukan oleh PAS itu.

Lagi fitnah tuduhan bodohPAS kalau berani kritik lah Hadi Awang yang telah melakukan kesilapan dengan menganggap 1MDB tidak bermasalah dan mengatakan Najib telah berubah terhadap PAS.Buktikan.
'

'Mengapa PAS tak kritik PAS Kelantan yang meminta SPRM. tak perlu siasat air Kelantan.' Ini kritik kampungan tepi jalam, kurung ajar, tak profesinal.Kalau Berani buat report polis..

Inilah antara bibit spesis jahat yang suka mengagungkan bukan Islam, jadi babi tunggangan DAP.

Anonymous said...


Ini lagi kata-kata babi tunggangan yang menghina ulama dan Islam. Yang dia puji, pemimpin bukan Islam perasuah. Pemimpin macam firaun.Pemimpin laknatullah.

Ini kata-kata hinanya, "Sudah2 ha ha hadi awang ulamak palsu lg jahat. Kau ingat perangai kau ni baik ke. Mcm setan b'serban. Mulut mcm sial, perangai mcm sial. Muka mcm ???? June 10, 2018 at 3:49 AM

Budak kampung Selatan said...

Setuju tanda prihatin

Anonymous said...

Yg menghukum, ambil kerja tuhan dan yg suka maki hamun, ambil kerja iblis dan setan..fikir fikirkan lah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails