Wednesday, June 06, 2018

Jahatnya Samseng Dunia AS, Cuba Halang Turki Miliki Pesawat F-35




PENGHANTARAN pesawat pejuang generasi baharu F-35 ke Turki akan berlangsung pada 21 Jun ini, kata menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu semalam selepas pertemuan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo di Washington.

“Turki menolak bahasa ugutan daripada AS dalam isu ini, yang merupakan satu perkembangan tidak konstruktif,” kata Cavusoglu lagi.
Penghantaran pesawat pejuang itu ialah penghantaran bahagian pertama pembelian Turki, salah satu negara sekutu AS yang dibenarkan memiliki pesawat termaju itu.
Satu jawatankuasa AS pada 24 Mei lalu meluluskan satu versi rang undang-undang untuk menyekat Turki daripada membeli pesawat buatan syarikat Lockheed Martin itu.
Pindaan pada Akta Kebenaran Pertahanan Nasional itu yang dibawa oleh dua orang senator dari Parti Demokratik dan Republikan, menolak Turki daripada program F-35 atas alasan penahanan seorang warga AS.
Warga AS tersebut, seorang mubaligh Kristian yang berdepan hukuman penjara 35 tahun, didakwa terlibat dalam terorisme dan perisikan di Turki dan telah ditahan sejak 2016.
Turki yang juga anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) juga cuba dihalang daripada memiliki F-35 kerana mencapai perjanjian dengan Rusia untuk membeli sistem peluru berpandu S-400.
Cavusoglu melahirkan rasa kesal pada AS yang menentang pembelian sistem pertahanan udara S-400 oleh Turki tetapi tidak mahu menjual sistem pertahanan Patriot semasa diperlukan oleh Turki.
“Atas sebab inilah Turki, yang sangat memerlukan senjata tersebut memilih membeli dari Rusia,” katanya.
Tambahnya lagi, sekiranya AS nanti memutuskan untuk tidak membenarkan Turki memiliki pesawat F-35, Turki akan membeli pesawat dari negara lain.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Turki Hami Aksoy, Ankara akan memberikan respons sewajarnya sekiranya Washington tidak menunaikan perjanjian menghantar pesawat F-35 tersebut kepada Turki.
Perkembangan ini terhasil akibat pertikaian dan pertembungan politik antara Turki dengan AS melibatkan hubungan dengan Rusia dan isu serantau seperti terorisme Kurdi.
Hubungan kedua-dua negara juga terjejas apabila AS didakwa memberi sokongan kepada kumpulan yang cuba merampas kuasa di Turki pada tahun 2016. – Agensi.
Itulah antara jahat dan buktinya AS sebagai samseng dunia dulu, sekarang dan kita yakin tidak akan kekal lama. (IH)

6 comments:

Anonymous said...

Hah...

Kali ini langsung tak di kaitkan dengan kerajaan Pakatan Harapan sebab yang beli senjata Tentera ia lah UMNO.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mengarahkan siasatan 4 skandal pembelian senjata semasa Kerajaan BN.

Masa Najib jumpa Trump dan janji bantu US, apa PAS cakap ?

Anonymous said...


TDM dan beberapa pemimpin pakatan mengadakan pertemuan dengan 16 duta EU di kediaman ketua delegasi EU ke Malaysia, Maria Castillo Fernandez, mengapa barua-barua pakatan menjadi buta, pekak dan dungu?

Anonymous said...

Apa kenemengena dengan pas.

Anonymous said...

Dasar ph adalah libral dan sekarang dan nampak tekanan pada islam jadi umat islam yg sokong ph berbangalah kamu berjaya menekan islam moga kamu penyokong ph pandanglah politik dalam pandangan umat islam bukan demi kepentingan duniawi. Kami dalam pas tetap berjuang demi agama islam bersamalah dengan kami lupakan kesilapan memilih belajar dari kesilapan.

Anonymous said...

Tuan Blog Hasyim ini kan pro PAS.

Bila siarkan artikel yang tak elok di kaitkan dengan PH.

PAS pulak bukan tak tahu perangai Amerika. Jadi apa guna Tuan Blog Hasyim nak siarkan kejahatan Amerika yang larang pembelian pesawat oleh Turki.

Sebab PAS tak kisah pun Najib nak bantu Amerika.

Anonymous said...

Wanita di Arab Saudi yang selama ini tidak di benarkan memandu kereta kini telah di benarkan mengambil lesen.

Rupa nya ramai Wanita Arab Saudi yang mempunyai keinginan untuk mendapatkan lesen.

Adakah Negara Islam Arab Saudi juga bertukar ke arah liberal?

Turki yang terkenal dengan cara Islam nya tidak pulak sibuk mendabik mengatakan Turki negara Islam?

Jika PAS sanggup bertawaun dengan PH yang di dalam nya ada DAP, mengapa Mahathir tak boleh?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails