Tuesday, June 05, 2018

Ini, Hubungan PAS-K/Persekutuan Sekarang, 4 Konsep..




PASCA PRU-14 berlakunya perubahan politik negara apabila Pakatan Harapan berjaya mengalahkan Barisan Nasional dan membentuk Kerajaan Persekutuan. Manakala PAS berjaya menawan kembali Terengganu dan mengekalkan Kelantan. Maka timbul desas-desus di kalangan rakyat tentang hubungan PAS dengan Kerajaan Persekutuan.

Maka saya jelaskan secara ringkas bagi memahami pendekatan PAS dalam membina hubungan dengan Kerajaan Persekutuan, berasaskan kepada 4 konsep:

1. Mengamalkan konsep Ta'awun Siyasi. PAS akan menyokong segala dasar dan usaha baik yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan, pada masa sama akan menentang segala dasar dan usaha yang membawa ke arah keburukan dan kejahatan.

2. Muwajayah Silmiyyah. PAS mendahulukan jalan damai dengan menghormati sistem demokrasi berparlimen di Malaysia. Sebarang tindakan menghuru-harakan dan mengkucar-kacirkan keamanan negara tidak akan disokong.

3. Menghormati konsep federalisme. Kerajaan Persekutuan perlu menghormati hak demokrasi rakyat yang memilih kerajaan negeri selain Pakatan Harapan. Kerajaan Negeri di bawah pemerintahan PAS akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan di bawah Pakatan Harapan demi kepentingan rakyat dan negeri seluruhnya.

4. Konsep kerajaan memerintah semua rakyat. Bagi pihak kerajaan negeri mahupun pusat perlu mengasihi dan menjaga rakyat tanpa mengira latar belakang kerana kerajaan memerintah rakyat pelbagai kaum, bangsa dan fahaman politik, bukan hanya ahli partinya sahaja.
Sekian, wallahu'alam.
Abdul Malik Ab Razak
Setiausaha Akhbar Presiden PAS

2 comments:

Anonymous said...


Allah dan RasulNya memberitahu kita bahawa dosa fitnah adalah lebih besar dari dosa membunuh kerana kesan fitnah adalah lebih dahsyat dari membunuh.

Maka semua usaha perlu dilakukan untuk menghalang penjaja fitnah dari menjaja fitnah untuk menfitnah dan memburuk-burukkan kerajaan Islam PAS Kelantan dan menghasut rakyat membenci kerajaan PAS.

Cukup-cukuplah barua-barua ternakan pakatan sekular liberal-kafir harbi menjaja pelbagai fitnah menghasut rakyat membenci parti Islam PAS dalam PRU14 seolah-olah puak pakatan tidak boleh memenangi PRU14 tanpa fitnah.

Kita juga merasa kasihan melihat pengundi-pengundi pakatan telah di'kencing hancing' oleh rejim pakatan dalam PRU14 yang telah gagal melaksanakan SEMUA janji pakatan !

Apakah hukum pemimpin-pemimpin pakatan mungkir janji?

Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang bermaksud:

آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ


Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga. jika berbicara ia berbohong, jika berjanji ia ingkar, dan jika dipercaya ia berkhianat. (HR Bukhari)

Anonymous said...

Melutut dtg pak aji mtk insuran nyawa. Amla amla

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails