Thursday, April 06, 2017

SPRM Tahan Bekas Orang Kuat MIC Pula.


KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Tan Sri S. Balakrishnan (gambar) bersama empat individu lain ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu bernilai RM13 juta bagi kerja-kerja pemulihan sungai yang dilakukan Jabatan Pe­ngairan dan Saliran (JPS).
Balakrishnan, 60, yang memegang jawatan Naib Presiden MIC pada 2013 hingga 2015 ditahan di rumahnya di Johor semalam. Empat lagi yang ditahan bagi membantu siasatan kes sama ialah tiga jurutera JPS dan seorang bekas pengarah bahagian projek khas jabatan tersebut.
Tiga jurutera dan seorang bekas pengarah JPS yang ditahan itu berusia 33 hingga 63 tahun. Tiga jurutera itu ditahan di Ibu Pejabat JPS Putrajaya manakala bekas pengarah JPS ditahan di rumah­nya di Seremban, Negeri Sembilan.
Satu sumber memberitahu, Balakrishnan yang kini bergelar ahli perniagaan bersama empat lagi individu yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung tuntutan pembekalan alat geotube bagi projek JPS membabitkan kerja-kerja pemulihan sungai dengan menggunakan kaedah penggalian.
“Individu terlibat didakwa telah mengemukakan invois pembayaran berjumlah hampir RM13 juta bagi pembekalan sebanyak 358 unit geotube.
“Bagaimanapun, pembekalan sebenar yang dibuat hanya sebanyak 89 unit geotube yang menelan kos sekitar RM4 juta,” kata sumber itu ketika dihubu­ngi di sini semalam. (Kosmo!)

1 comment:

Anonymous said...

Sejak daripada dahulu,,ada saja kes rasuah melibatkan individu2 vip daripada parti komponen BN terlibat dgn kes rasuah. Tidak ada daripada pembangkang yg memerintah negeri terlubat dgn rasuah semasa pas perintah trengganu dan kedah dan di kelantan. Kecuali di ppinang,,ketua menteri daripada dap terlibat dgn rasuah. Syabas kpd kepimpinan pas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails