Thursday, April 06, 2017

DAP, PKR Cuba Lengahkan Usul RUU 355..

Hasil carian imej untuk RUU 335: DAP, PKR


USAHA DAP dan pihak tertentu menghalang anggota parlimen Marang Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat penghuraian mengenai pindaan Akta 355 di parlimen hari ini tidak menjadi kenyataan.

Penentangan terbuka DAP terhadap usaha memperkasakan Mahkamah Syariah begitu terserlah kali ini, memberi kesimpulan baru kepada pengundi pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi.

Cubaan tentangan itu dizahirkan Penasihat DAP Lim Kit Siang dengan dibantu tiga lagi anggota parlimen itu Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), dan Dr Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) dan Gooi Hsiao Loong (PKR-Alor Setar).

Sebelum itu Gobind cuba melengahkan persidangan dengan mengemukakan alasan bekas anggota parlimen Benut, Mohamed Tawfik Ismail menghantar notis kepada Speaker Dewan Rakyat menghalang usul meminda Akta 355 dibentang.

Namun Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) menjelaskan saman pemula seperti itu pernah ditolak Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Biar pun pada jam 12.30 pagi Speaker memberi kebenaran anggota parlimen Marang menghuraikan usul tersebut, namun tetap diganggu anggota parlimen DAP dan PKR tersebut.

Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika membuat keputusan menegaskan parlimen lebih berkuasa berbanding dengan mahkamah seperti amalan di negara-negara Komanwel (Commonwealth).

Menurut beliau sekiranya mahkamah lebih berkuasa berbanding parlimen, tidak ada usul yang dapat dibentang di parlimen apabila ada saman pemula.
Beliau juga berkata, pindaan yang dibawa anggota parlimen hanya melibatkan pindaan terhadap Akta 355 dan bukan perkara baru.

Biarpun penjelasan demi penjelasan diberi namun anggota parlimen terbabit masih lagi berdegil sehingga Speaker memberi arahan.

“Sesiapa yang berdiri saya akan keluarkan,” ujar Speaker ketika suasana agak tegang seketika.

Bagaimanapun anggota parlimen pembangkang lain menyepi biar pun ada antaranya cuba bangun seperti mahu membantu.

Ketua Penerangan Muslimat PAS Kelantan Mumtaz Md Nawi menyifatkan PAS akan menjadi pelakar sejarah dengan membawa RUU persendirian bagi menambah kuasa Mahkamah Syariah biar pun hanya mempunyai 14 ahli parlimen.

Katanya juga perbahasan RUU 355 dan pengundian hari ini akan menentukan sama ada ahli-ahli Parlimen Islam akan membuat “political decision” atau  “Islamic  decision”.

“Ia juga dapat melihat ahli–ahli parlimen bukan Islam sama ada berani mengundi untuk membawa aspirasi orang Islam yang menjadi pengundi mereka pada pilihan raya umum lepas.

“Adakah RUU 355 akan menjadi medan pengundian agenda politik atau survival politik,” katanya.

Manakala bagi pengamal undang-undang syariah dan umat Islam ia menjadi penentu terhadap masa depan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan kes-kes jenayah syariah di seluruh negara.

Mumtaz yang juga anggota Exco kerajaan Kelantan berkata, selama 33 tahun umat Islam di Malaysia menunggu penuh debar melihat wakil rakyat yang dihantar ke Parlimen benar-benar mewakili aspirasi rakyat-H/daily.

3 comments:

Anonymous said...

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (Al-Baqarah 2:120)

Parti kafir harbi dan parti munafik liberal tidak pernah redha terhadap agama Islam dan umat Islam. Oleh sebab itulah mereka sentiasa menghina, memomok-momokkan, memburukkan-burukkan, memfitnah dan menentang agama Islam, undang-undang Islam, mahkamah Syariah, pendakwah, ulama dan mufti Islam dan menindas dan menafikan hak umat Islam sebagai rakyat majoriti di negara ini.

Maka kita tidak merasa harian melihat puak kafir harbi dan munafik liberal berusaha bersungguh-sungguh untuk menghalang pindaan RUU355, Hudud, fatwa, khutbah Jumaat dll sebab musuh Islam tidak mahu melihat umat Islam menjadi umat yang berakhlak mulia, mentaat Allah dan RasulNya dan meninggalkan kemungkaran, kesesatan dan murtad di negara ini.

Jika pindaan RUU355 dilaksanakan di negara ini dan semua umat Islam menjauhi semua bentuk kemungkaran, kesesatan dan murtad di negara ini, puak kafir harbi yang memiliki dan mengusahakan insdustri dosa besar seperti arak, judi, pelacuran, hiburan lucah dll akan menanggung kerugian besar ! Pendakwah agama kafir juga akan gagal memurtadkan umat Islam.





Anonymous said...

Lm Pig Sial dan babi-babi ternakannya telah menunjukkan sikap permusuhan secara terbuka terhadap agama Islam dan umat Islam. Hanya manusia buta, pekak, bisu dan dungu sahaja menyokong parti kafir harbi roket dan parti munafik PucKeR

Anonymous said...

Tang mana RUU355 itu dikatakan hudud? Come on lah PAS, sudah tidak istiqamah dengan hudud lagikah?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails