Thursday, April 06, 2017

Bahas RUU 355 Disambung Persidangan 24 Julai



KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat sesi terakhir hari ini berakhir dengan suasana kecoh dan gamat apabila beberapa ahli Parlimen pembangkang dari Pakatan Harapan buat kecoh lagi.

Menurut portal AgendaDaily, ia berlaku jam 4 petang apabila Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memutuskan untuk menyambung perbahasan mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah pada 24 Julai nanti.
Perkara itu kemudian mencetuskan protes dalam kalangan Ahli Parlimen DAP, PKR dan PAN yang mendesak beliau agar mereka turut dibenarkan membahaskan usul persendirian dibawa Datuk Seri Haji Hadi Awang pada sidang ini.
Terdahulu Ahli Parlimen PAS Marang itu pada pukul 12.37 tengah hari membentangkan usul berkenaan setelah setengah jam tertangguh gara-gara cubaan ahli-ahli Parlimen dari DAP dan PKR yang cuba menyekatnya.
Beliau membentangnya selama 22 minit sebelum sidang ditangguhkan untuk waktu rehat. Usul yang dirujuk ramai pihak sebagai RUU 355 itu bertujuan memperkasakan bidang kuasa mahkamah syariah terutama pindaan hukuman.
Apabila sidang disambung semula pukul 2.30 petang, Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan yang juga Setiausaha Agung PAS telah menyampaikan perbahasan dengan menyokong usul dibawa Abdul Hadi itu.
Semasa perbahasan tersebut selama sejam setengah, beliau memberi penjelasan lanjut serta hujah-hujah mengenai keperluan meminda RUU 355 manakala sebilangan Ahli Parlimen UMNO telah mencelah sebagai tanda menyokong.
Wakil UMNO itu ialah dari Bagan Serai, Jerantut, Setiu, Lenggong, Kota Tinggi, Sikijang, Gerik dan Rompin. Setelah Takiyuddin menamatkan perbahasan, Pandikar membuat pengumuman menangguhkan sidang Dewan Rakyat.
Justeru perbahasan RUU 355 akan sambung kembali pada sesia persidangan akan datang iaitu dari 24 Julai hingga 10 Ogos. Sebelum keputusan itu diumum, Pandikar mendengar penjelasan daripada Abdul Hadi dan Takiyuddin.
Beliau kemudian dilaporkan sebagai benar-benar sudah memahami isu mengenai RUU 355 sehingga memerlukan pindaan terhadap beberapa perkara terutama hukuman sabitan kesalahan dan pesalah bukan Islam tidak terlibat.
Peliknya antara yang paling kuat memekak sebagai membantah keputusan Pandikar semasa penangguhan sidang itu ialah Khalid Samad (PAN – Shah Alam) dan Rafizi Ramli (PKR – Pandan). – Agensi

4 comments:

Anonymous said...

Kebiadapan, kemarahan yang tidak normal, ilusi, ketakutan dan prasangka yang tidak berasas, fikiran keliru dan terganggu, sikap anti-sosia, halusinasi dan histeria beramai-ramai pemimpin roket yang bernama Lm Pig Sial dan babi-babi ternakannya dari puak roket dan PucKeR menentang pindaan undang-undang syariah dalam parlimen jelas menunjukkan puak roket dan puak PucKeR sedang mengidap penyakit mental yang kronik tahap 4.

Anonymous said...

Anon 7:56pm, wahhh betapa comelnya bahasa didikan ularmak PAS yang anda gunakan tu. Itulah adab bahasa ularmak PAS yang dikatakan pewaris nabi.

Anonymous said...

Balaci 8:54 PM ternakan roket meminta kita semua menghormati puak kafir harbi dan munafik liberal yang dipimpin oleh Lm Pig Sial yang sedang sibuk menghina, memburuk-burukkan, memfitnah dan memusuhi agama Islam dan umat Islam.

Balaci 8:54 PM, wahhh betapa comelnya bahasa biadap dan sikap perkauman dan cauvanis didikan sifu roket yang kamu anuti itu. Itulah adab bahasa sifu roket yang dikatakan pewaris iblis.

Maka kita tidak merasa hairan melihat babi ternakan roket pemakan dedak seperti kamu menyokong sifu roket bangsat setiap kali sifu roket bangsat menghina agama Islam dan umat Islam.

Anonymous said...

Ularmak PAS yang ada sekarang tergolong sebagai ulama su', tak boleh pakai. Habis tonggang langgang agama Islam dibuatnya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails