Thursday, April 06, 2017

Artis Ini, Pakai Tudung Hari Jumaat Saja.. Untuk Muhasabah Diri..

Ifa Raziah Mula Berhijab Hanya Setiap Jumaaat

HALAMAN HIBURAN

SEBELUM ini penyanyi dan pelakon Ifa Raziah kelihatan cantik berhijab ketika menghadiri satu majlis di Kelantan.

Penyanyi lagu Ser Ser Ser itu mengakui selesa berhijab namun hatinya kini masih belum sepenuhnya mahu berhijab tetapi tidak menolak akan ke arah itu dalam masa terdekat jika seru dari Maha Esa tiba.
Sebuah portal hiburan mendedahkan Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah mengakui sudah mengenakan hijab tetapi hanya pada hari Jumaaat sejak empat bulan lalu.
Ujarnya, itu adalah sebagai cara untuk dia melatih diri sebelum berhijab penuh.
“Ramai orang tak tahu sebenarnya sebelum orang nampak saya berhijab di salah satu majlis di Kelantan tempoh lalu, saya dah mula berhijab sejak empat bulan lalu.
“Namun saya hanya bertudung setiap hari Jumaat selama ini.
“Ia merupakan salah satu cara saya untuk muhasabah diri selain mahu membiasakan diri ke arah berhijab,” katanya yang enggan terburu-buru untuk berhijab.
Ifa turut memberitahu dia tidak akan meninggalkan karier seninya meskipun sudah berhijab kelak. 
Boleh ke campur makanan yang sedap dengan najis haram, walaupun baru nak cuba-cuba yang baik? (IH)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

10 comments:

Anonymous said...

Ala lobai..
Dia br nak belajar..
Biarkan lah.
Mudah2an dia berubah nnt..
Jgn la jatuhkan air muka dia.
Apa la lobai ni..
Suka sangat mulut tu burukkan org..
Macam tu ke parti lobai tarbiah ahli2 lobai????

Anonymous said...

Syurga atau Neraka terserah kepada Yang Maha Agung. Atas RahmatNYA.

Anonymous said...

Anon 12:24 PM,

Bagaimana pula jika seseorang itu melakukan rompakan dan pembunuhan setiap enam hari dan satu hari berlagak seperti malaikat dalam setiap minggu?

Adakah kamu masih akan menulis "Ala lobai..
Dia br nak belajar..
Biarkan lah.
Mudah2an dia berubah nnt..
Jgn la jatuhkan air muka dia.
Apa la lobai ni..
Suka sangat mulut tu burukkan org..
Macam tu ke parti lobai tarbiah ahli2 lobai????

Anonymous said...


Adakah manusia yang bersekongkol dengan kafir harbi menentanga ajaran Islam dan menindas umat Islam dan mengingkari perintah Allah dan RasulNya akan mendapat rahmat Allah?

Anonymous said...

Beriman pada Allah dan RasulNya bererti menerima ajaran Islam 100 % bukan 25%, 50% atau 75% !

Wanita dan lelaki Islam wajib menutup aurat dan hukum menutp aurat adalah jelas sebagaimana yang telah diterangkan oleh Al-Qur'an dan Sunnah! Mendedahkan aurat bererti seseorang itu telah mengingkari perintah Allah dan RasulNya !

Anonymous said...

Adakah seseorang itu bijaksana jika dia mengakui selesa hidup dalam syurga namun hatinya kini masih belum sepenuhnya mahu masuk syurga kerana dia lebih suka hidup dalam neraka?

Anonymous said...

yang pasti mati tak dicepatkan atau dilambatkan..

Anonymous said...

Di Malaysia, ramai yg nak jadi tuhan.

Anonymous said...

Ini lobai yang belum tentu anak cucunya semua menutup aurat, lagi nak sibuk hal orang lain. Ehh...hari ini lobai tak adakah foto-foto porno yang boleh diviralkan macam yang selalu dibuat tu?

Anonymous said...

Di Malaysia, ramai pemimpin kafir harbi yg nak jadi tuhan dan ramai puak munafik liberal yg nak jadi penyembah dan penjilat pemimpin kafir harbi. Amat memalukan !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails