Saturday, November 12, 2016

Tandimg 1 Logo, PKR, DAP, Amanah & Bersatu: Mat Sabu Sokong Dr M..

Mohamad Sabu
Cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad agar parti pembangkang, PKR, DAP, Amanah dan Bersatu bertanding di bawah satu logo disambut baik oleh Presiden Amanah, Haji Mohamad Sabu dengan keyakinan Pakatan Harapan akan menjadi parti terkuat.
"Memanglah elok bertanding guna satu logo. Semua parti pembangkang mengakui tidak kuat jika bersendirian.
"Kalau semua bergabung kita akan jadi parti terkuat di Malaysia. Inilah rakyat menaruh harapan," kata Mohamad ketika berucap di Konvensyen Pertama Pakatan Harapan di Shah Alam hari ini.
Menurut beliau yang kurang sihat hari ini, jika semua bersetuju, ini adalah cara terbaik untuk melawan Barisan Nasional yang menggunakan satu logo.
Mohamad juga berkata, jangan ada di kalangan parti Pakatan Harapan nanti yang mahu menjadi 'king maker'.
"Jangan kita kata kita nak jadi king maker, kalau sebelah sini jadi kerajaan kita bersama yang ini, kalau di sana jadi kerajaan kita bersama mereka.
"Kalau nak, ikat perjanjian betul-betul. Setia sebelum pilihan raya, semasa pilihan raya, selepas pilihan raya," kata beliau dipercayai menindir sebuah parti yang mahu jadi king maker dalam pilihan raya nanti.
Sebelum beliau, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berjanji akan membawa cadangan penggunaan satu logo ke Sekretariat Pakatan Harapan dengan segera untuk dikaji dari segi pelaksanaannya.
Tun Dr Mahathir ketika berucap pagi tadi mengulangi cadangannya agar kesemua parti Pakatan Harapan dan Bersatu menggunakan satu logo dalam PRU ke 14 nanti.
"Kalau kita nak kalahkan BN satu cara sahaja iaitu dengan bersatu. Kita daftar seolah-olah satu parti, kita guna satu simbol. Kita letak satu calon. Tak kira DAP ke, Amanah ke, PKR ke...asalkan itu calon kita.
"Hanya dengan cara itu kita akan dapat kemenangan," katanya.
"Kita perlu guna satu logo hilangkan identiti parti masing-masing untuk pilihan raya sajalah, pakai satu simbol," kata Mahathir ketika berucap sessi sebelah pagi tadi.
Sebelum ini, menjelang pilihan raya umum 2013 lalu, DAP pernah bersedia menggunakan logo Pas di Semenanjung dan logo PKR di Sabah dan Sarawak.
Sementara itu, Mohamad juga berkata, Amanah, PKR, DAP ada cara melawan rasuah.
Beliau juga yakin, Bersatu juga ada cara melawan rasuah berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini, "bukan menyatakan mana ada bukti berlakunya rasuah."
Mohamad dipercayai menyindir pemimpin partinya dahulu yang bertanya mana bukti berlakunya rasuah dalam kes skandal 1MDB.
Mohamad juga mengulasngi janji setia Pakatan untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.
"Kita diikat dengan janji setia. Keputusan yang kita persetujui selama ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Kalau ada nama baru disepakati semua dalam Pakatan Harapan," katanya.
Beliau juga meminta sebarang unsur rasis yang masuk dalam masyarakat mesti dihindarkan dalam Pakatan Harapan.
"Pihak Kementerian Dalam Negeri mesti berterima kasih kepada kami tetapi kami pula menjadi sasaran," katanya merujuk kepada tindakan terhadap pemimpin pembangkang. (MD)

2 comments:

Anonymous said...

MALANG NASIB MU

PAKATAN TIADA HARAPAN

KERANA SEMUA ORANG SUDAH TAHU

PARTI ROKET MENENTANG ISLAM

DAN MENINDAS UMAT ISLAM.

PRU 14 AKAN TIBA

DAN SEMUA ORANG AKAN MENJAUHI

PAKATAN TIADA HARAPAN

SEPERTI ORANG MENJAUHI

PENYAKIT BERBAHAYA !

JIKA PAKATAN MAHU SELAMAT

DAlAM PRU 14

TINGGALKAN PARTI ROKET DAN

KATAKAN 'TIDAK' PADA PARTI ROKET.

Anonymous said...

United Malay No Otak
Be End

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails