Monday, November 07, 2016

10 Rumah Musnah Di Kg Perlis/Pulau Betong. Ibnu Hasyim Ucap Takziah Orang Kampung..

10 Rumah Musnah Akibat Angin Kencang Di Pulau Betong


BALIK PULAU – Sepuluh rumah di Kampung Perlis, Pulau Betong musnah selepas dilanda angin kencang awal hari ini.

Seorang daripada pemilik rumah, Khairul Amin Ahmad berkata dia terkejut apabila angin kencang tersebut memusnahkan bumbung rumahnya.
“Kebanyakan barangan rumah saya rosak. Memandangkan musim hujan sudah bermula, saya perlu membaiki bumbung secepat mungkin sebelum timbul masalah lain,” katanya.
Angin kencang disertai hujan bermula kira-kira 1 pagi dan keadaan angin kencang berlaku kira-kira 30 minit selepas itu.
Menurut penduduk kampung, angin bertiup kencang sejak beberapa hari lalu dan mereka risau insiden itu akan berulang.
Nur Hidayah Omar, 26, berkata bumbung rumahnya hampir rosak disebabkan tiupan angin itu dan dia bimbang keadaan akan menjadi lebih buruk jika angin kencang diiringi hujan lebat berterusan.
“Rumah jiran saya rosak teruk akibat angin kencang itu dan kami bernasib baik tiada perkara buruk yang berlaku kepada kami. Ketika kejadian, saya boleh dengar deruan angin dan bunyi seolah-olah zink bumbung rumah saya akan diterbangkan,”katanya.
Empat tahun lalu, Kampung Perlis antara tiga buah kampung yang terjejas akibat angin kencang yang merosakkan kira-kira 100 buah rumah.
Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Betong Muhamad Farid Saad berkata sebuah rumah rosak teruk manakala sembilan yang lain dilaporkan rosak sebahagian.
“Setakat ini, kami bantu apa yang mampu untuk meringankan beban penduduk kampung,” katanya. – BERNAMA
Ibnu Hasyim editor blog ini, mengucapkan takziah kepada mangsa terdiri dari orang Kampung Perlis dan Pulau Betong, orang kampungnya.


2 comments:

Anonymous said...

Ahok Penang tidak akan peduli apa yg jadi kerana mangsa adalah orang melayu dan beragama Islam.

Pemimpin PAN, Mujahid dan Mat Sabu mana ada melawat. Mereka sekupang tak peduli pun. Mungkin di dalam hati mereka berdua ni, biar roboh terus macam Kampung Melayu Tajung Tokong, kerana ia membawa kegembiraan DAP.


Jesse Labu
Keadilan N9ers

Anonymous said...

Bawah ini adalah bukti bagaimana orang melayu Islam Penang dilayan Rejim Ahok Penang bagai orang Palestine di tebing barat. Mana ada Mat Sabu dan Mujahid Peduli. PAN nak sebut pun ketar satu badan sebab takut Ahok Penang marah

http://www.ismaweb.net/2016/07/29-kampung-tradisi-di-pulau-pinang-bakal-lenyap/

29 kampung tradisi di Pulau Pinang bakal lenyap?

GEORGE TOWN, Ahad – Sebanyak 29 kampung di Pulau Pinang kemungkinan berdepan risiko ‘hilang dari peta’ berikutan diancam aktiviti pembangunan yang akan menenggelamkan kampung tradisi masyarakat Melayu di negeri berkenaan, kata ahli akademik.

Antara kampung dilihat terancam ialah Kampung Bagan Dalam, Kampung Batu Maung, Kampung Batu Uban, Kampung Binjal, Kampung Buah Pala, Kampung Dalca, Kampung Dodol, Kampung Gajah, Kampung Genting, Kampung Lima Kongsi, Kampung Makam, Kampung Melayu, Kampung Nelayan, Kampung Padang Benggali dan Kampung Pisang.

Turut mengalami risiko ialah Kampung Permatang Tepi laut, Kampung Permatang Tok Subuh, Kampung Pondok Upeh, Kampung Pokok Asam, Kampung Pulau Jelutong, Kampung Selut, Kampung Siam, Kampung Sungai Nibong Kecil, Kampung Tanjong Tokong, Kampung Teluk Air Tawar, Kampung Teluk Kumbar, Kampung Tengah Jelutong, Kampung Tengah Air Itam dan Kampung Terang.

Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS) Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Azeem Fazwan Ahmad Farouk berkata, kebanyakan kampung terbabit adalah dari daerah Timur Laut.

Katanya, selain aktiviti pembangunan yang pesat, pemilikan tanah juga menyumbang kepada faktor kampung Melayu di negeri ini kian terhakis iaitu tanah yang mereka duduki bukan hak milik mereka.

“Inilah faktor-faktor menyebabkan kampung di Pulau Pinang kian lama kian terhakis antaranya pemilikan tanah. Tuan tanah ingin membangunkan kampung itu maka kampung tersebut akan lenyap dan terus hilang dari peta, akan diberi nama lain dan sebagainya.

“Ini telahpun berlaku dan sedang berlaku. Kalau kita tengok kampung-kampung di Sungai Nibong, di sini contohnya sudah lenyap sama sekali dari peta negeri Pulau Pinang kerana sekarang ini ia dibangunkan dengan projek-projek perumahan, kondominium dan sebagainya.

“Walaupun satu ketika, mungkin ada orang yang beralamat di situ tapi kampung itu sudah tidak ada lagi. Inilah cabaran yang dihadapi di negeri ini,” katanya kepada Bernama.

Azeem Fazwan berkata, pelaksanaan projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIPP) juga menyumbang kepada ‘kehilangan’ kampung tradisi di negeri itu memandangkan projek berkenaan turut melibatkan pengambilan tanah.

Beliau berkata, jika PIPP itu berjaya direalisasikan, landskap Pulau Pinang akan berubah dan kampung-kampung sedia ada akan turut lenyap.

“Sekiranya ia berlaku, maka landskap negeri Pulau Pinang akan berubah sama sekali terutama di daerah Barat Daya. Jadi apabila pembangunan mula menyusuri ke daerah Barat Daya, maka kampung-kampung yang ada di Bayan Lepas, Teluk Kumbar, Batu Maung dan Teluk Bahang akan lenyap,” katanya.

Justeru, katanya tidak mustahil kampung-kampung tradisi di negeri itu akan lenyap dalam tempoh lima tahun akan datang jika tiada usaha daripada pihak berkepentingan untuk memelihara dan memulihara kampung tradisi itu.

Sementara itu, ahli akademik Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican berkata kampung-kampung tradisi sedia ada perlu diwartakan di bawah Akta Warisan dalam usaha memastikan kampung berkenaan tidak lenyap.

Beliau berkata, kerajaan negeri perlu memainkan peranan mewartakan kampung-kampung tradisi itu dengan segera supaya identiti masyarakat Melayu di kawasan berkenaan terpelihara dan tidak terhakis.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails