Tuesday, November 08, 2016

Lambang PAS Pengesat Kaki, Apa Kata M'sia Dateline?

Alas kaki lambang Pas dikatakan dijual di sebuah pasar raya di SabahAlas kaki lambang Pas dikatakan dijual di sebuah pasar raya di Sabah

Kecoh di media sosial apabila imej pengesat kaki berlogokan bendera Pas dikatakan dijual di sebuah pasar raya di Sabah.
Ini termasuklah pesuruhjaya Pas Terengganu Ustaz Saiful Bahri Mamat yang mendesak pasar raya berkenaan memberi penjelasan.
"Harap pasar raya Giant beri penjelasan sebelum orang ramai merasa keluh-kesah dengannya. Ditemui dijual di Giant. Tawau. Buat pengesat kaki?" soalnya dipetik dari status Facebook beliau.
Seorang pemuda menunjukkan alas kaki menyerupai bendera Pas yang ditemui di sebuah pasar raya di SabahSeorang pemuda menunjukkan alas kaki menyerupai bendera Pas yang ditemui di sebuah pasar raya di SabahSumber memberitahu Malaysia Dateline salah seorang yang memegang pengesat kaki berlogokan Pas itu adalah rakannya di Tawau, Sabah.
Terdapat pula pihak yang memberitahu pembekal pengesat kaki Pas itu beralamat di Selangor.
Walau bagaimanapun, sebahagian netizen menyifatkan penemuan berkenaan bukan satu masalah besar seperti dapat dilihat pada ruangan komentar status Facebook Ustaz Saiful itu.
"Masuk nerakakah? Berdosa besarkah?" soal Nazaruddin Redzuan manakala Alan Dani pula menulis, "Biarlah. Bukan berdosa pun. Kalau boleh buatlah untuk lap najis sekali."
Sementara itu, Mohamad Fakhruddin menganggap tidak berdosa kerana tidak menghina Islam.
"Bukan hina Islam. Bendera je pun. Lainlah ada kalimah Allah ke kat situ," ujarnya.
Tidak kurang juga netizen yang bercadang untuk mendapatkan pengesat kaki berlogokan bendera Pas itu.
"Tolong postage ke Semenanjung. Nak satu. Khas nak letak kat tandas. Please," kata Abd Mutalib.
Lain pula reaksi penyokong Pas yang menganggap perlu wujud rasa hormat walaupun pengesat kaki itu tidak tertera ayat suci Al-Quran.
"Dari segi hukum agama memang tak salah. Tiada ayat suci Al-Quran di situ tapi kena pandang dari sudut kesopanan dan keharmonian.
"Sopan ke lambang sesebuah parti dijadikan alas kaki?" soal Wan Azhan Wan Ali. [Malaysia Dateline: MD dikaitkan dengan Parti Amanah (PAN)]

14 comments:

Anonymous said...

KAH KAH KAH!!!

Takfir!!

Anonymous said...

Tak lama dulu, org Pas memijak gambar2 pemimpin sendiri. Pemimpin Sendiri!!! Tak salah pulak kan? Direstui oleh Tuang Presideng sendiri dan barua2 dia. Tiada tindakan diambil keatas manusia2 Pas yang kurang ajar memijak gambar2 pemimpin sendiri.

Nah sekarang amekao, what goes around comes around. Allah telah makbulkan doa2 org yang mohon ditunjukkan "tanda" atau "isyarat" samada Parti Assobiyah 1Malaysia patut dijulang atau di pijak2. Alhamdulillah sekarang sudah terjawab.

Nak tersentap? Sentaplah sepuas2nya...heheheheheh. Tapi nak bagitau satu bende lagi. Terima kasih kepada yang sentap kerana kalau tidak diheboh, langsung ramai yang tak akan tahu. Sekarang bila dah tahu, apalagi? Jom kita semua borong buat alas kaki...

Esok lusa adalah ulamak berfatwa..."lihatlah betapa popularnya logo parti, ramai yang suka corak dan designnya, ramai beri sokongan dengan membeli alas kaki tersebut. Ketahuilah ini adalah pahala free yang Allah berikan". Kah kah kah

Anonymous said...

Dasar pemakan najis dap tiada hormat. Orang india dap dah mula nampak bahawa dap pergunakan mereka dimana timbalan ketua menteri pinang tidak layak ganti lge orang lain yang sebangsa dengan lge dilantik. Bila agaknya orang melayu dap nak sedar. Demi dap syariat islam ditolak fitnah jadi amalan.

Anonymous said...

Sekarang tengah cerita tentang alas kaki la BODOH!!!!! Takde point senyap dah ler. Cuba tinggalkan mentaliti sekolah pondok tu, malu wei...

Anonymous said...

Komen balaci 9:46 AM jelas menunjukkan balaci 9:46 AM adalah pemakan dedak ultra kiasu yang bodoh dan mempunyai mentaliti manusia zaman batu. Dia tidak dapat menerima fakta sifu roket telah menipu dan memperbodohkan kaum-kaum lain. Cakap dengan cermin saja lah bhai !

Anonymous said...

Jika Giant berani menjual pengesat kaki lambang PAS, adakah Giant berani menghasilkan dan menjual pengesat kaki yang mempunyai gambar muka towkay Giant? Adakah towkay Giant merasa gembira jika kita meletakkan pengesat kaki itu di hadapan pintu tandas rumah kita?

Jika towkay Giant mahu melibatkan diri dalam politik, sila tutup Giant dan tubuh parti politik Giant ! Towkay Giant ada beranikah? Marilah kita semua memulaukan (boycott) Giant !!! Saya akan berhenti dari membeli barangan di Giant mulai hari ini.

Anonymous said...

Banyak sangat makan najis dap buta hati

Anonymous said...

Apa yang nak risau2...kalau semua dah ok, dah tak kisah dan dah tak sensitif. Lepas ni jual la pulak semua bendera Dap, Umno, Pas, PKR, MCA,...haa baru banyak aneka pilihan sikit. Lepas tu yang terakhir sekali kat tisu tandas dan mangkuk tandas tu designkan pulak bendera Malaysia sebagai tanda imej baru rakyat2 Malaysia yang kontemporari...amacam ok tak cadangan??:-)

Anonymous said...

Lambang parti Pas sahaja yang paling sesuai dijadikan alas kaki. Simbol atau lambang lain tak cantik. Pas la paling cantik, paling bermakna, sebab itu guna design Pas. Ia melambangkan betapa hinanya pandangan umum terhadap Pas. Ingat!!!! Allah telah makbulkan doa. Jangan hendak cuba menidakkan ketentuan Ilahi, jadi munafiq nanti. Dihumban dalam Neraka. Kah kah kah....barua2 Pas meroyan kepanasan. Allah telah menunjukkan tanda dan isyarat apa sebenarnya perjuangan Pas...Perjuangan Sesat!!!!

Anonymous said...

Kalau dah didengki2 sampai begini. InsyaAllah menunjukkan tanda aras Pas semakin mendapat tempat dihati rakyat dan ditakuti musuh... Zaman Rasulullah dulu semasa Islam didalam proses kearah gemilang, Rasulullah diuji labih teruk dibaling najis. Namun Rasulullah sabar...inilah ujian Pas...dan Alhamdulillah Pas nampak makin matang dan sabar...shukran...

Anonymous said...

Ahlanwassahlan..

Anonymous said...

Muka pemimpin kafir harbi dan liberal sahaja yang paling sesuai dijadikan alas kaki. Ia melambangkan betapa hinanya pandangan umum terhadap pemimpin kafir harbi dan liberal . Ingat!!!! Pemimpin kafir harbi dan liberal menentang dan mnghina agama Islam dan menindas hak umat Islam . Jangan hendak cuba menyokong pemimpin kafir harbi dan liberal , jadi munafiq nanti. Dihumban dalam Neraka.

Kah kah kah....barua2 pemimpin kafir harbi dan liberal meroyan kepanasan. Allah telah menunjukkan tanda dan isyarat apa sebenarnya perjuangan pemimpin kafir harbi dan liberal ...Perjuangan Sesat dan Menyesatkan!!!!

Jika pemimpin kafir harbi dan liberal cermin diri mereka sendiri, mereka akan nampak imej mereka dalam bentuk syaitan dan iblis !!

Anonymous said...

Kah kah kah 1000x. Ya benar Rasulullah teruk dibaling najis, jangan berangan nak samakan dengan Pas. Blasphemous!!!!

Ada ke nampak Hadi Awang tu kena baling najis? Ada harapan ke? Dengan bodyguardnya, penuh orang keliling. Jangan nak samakan dengan Rasulullah. Awak tu penakut kena ada orang keliling nak rasa diri tu penting sangat. Bukan riak ke tu? Bukan takbur? Sunnah apa yang Pas ikut?

Anonymous said...

Ekekeke...jawapan kalau tgh emosi memang gitula rupanya...orang tengok essence of the story untuk dijadikan perumpamaan dalam menempuhi ujian. Bukannya compare fact to fact. Meh aku tolong support lagi sikit point emosi tu. Ada ke nampak Hadi Awang naik kuda? Ada ke nampak Hadi Awang bawak pedang? Ada ke nampak Hadi Awang di Fadang Fasir...waduh waduh....terasa bazir masa gak pi jawab hujah camni sebab in-fact public pun boleh fikir. Tapi takpe nak wat camana layan jelah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails