Friday, November 11, 2016

Konvensyen PH: Belum Mula... Dah Kelam Kabut.


Konvensyen Pakatan Harapan (PH) dijadualkan bermula Sabtu di Shah Alam untuk memuktamadkan pertandingan satu lawan satu antara pembangkang dan UMNO-Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum (PRU) akan datang tapi pada Jumaat dua berita buruk yang diterima oleh DAP, PKR dan PAN.
Yang pertama, parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan menandatangani perjanjian menyokong Pakatan Harapan dan meminta lebih masa.
Difahamkan Muhyiddin lebih berminat untuk membentuk pakatan pembangkangnya sendiri yang terdiri daripada PPBM, PKR, PAS tanpa DAP dan PAN.
Dan yang kedua, parti Warisan pimpinan Datuk Seri Shafie Afdal tidak hadir ke majlis tersebut.
Sudha pasti perkara ini memalukan pimpinan PH dan juga Tun Mahathir Mohamad yang dijadualkan memberikan ucaptama di majlis tersebut.

Timbalan Presiden Warisan Darell Leiking berkata parti itu tidak dapat menyertai konvensyen berkenaan kerana dua pemimpin tertingginya terpaksa menghadiri siri jelajah di Kudat dan Maruju.

"Kami dijemput tetapi malangnya Datuk Seri Shafie Apdal dan saya akan menghadiri majlis jelajah di Kudat dan Marudu yang sudah dirancang lebih awal," katanya.

Sebelum ini kepimpinan tertinggi PAS berkata ketetapan untuk tidak menghadiri konvensyen itu diambil memandangkan PAS tidak lagi mempunyai sebarang kerjasama politik bersama DAP dan parti serpihannya, PAN.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata bahawa parti itu tidak akan hadir ke konvensyen berkenaan, selain tidak akan menghantar wakil.

Konvensyen PH yang berlangsung itu bagi mewujudkan pertandingan satu lawan satu antara pembangkang dan UMNO-Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Selain itu, pakatan pembangkang juga gagal menandatangani 'perjanjian kerjasama' antara PH dan PPBM pada konvensyen Sabtu, selepas Muhyiddin meminta penangguhan.
Presiden PPBM yang sebelum ini telah bersetuju untuk turut serta, dipercayai telah meminta penangguhan kerana inginkan lebih banyak masa untuk berfikir tentang kerjasama yang dirancang.
Keputusannya memberi tamparan hebat kepada konvensyen PH yang akan diadakan pertama kali sejak ia ditubuhkan tahun lepas bagi menggantikan Pakatan Rakyat.
The Star melaporkan sumber PH berkata majlis menandatangani perjanjian untuk mengalu-alukan PPBM ke dalam keluarga Pakatan Harapan sepatutnya menjadi acara kemuncak konvensyen di mana Tun Mahathir Mohamad akan menyampaikan ucaptama.
Muhyiddin telah bersetuju dengan rancangan itu pada mesyuarat dengan pemimpin tertinggi Pakatan Harapan pada petang Selasa.
Sehari selepas mesyuarat itu, Muhyiddin telah berucap pada satu ceramah di Sijangkang, Kuala Langat, di samping Adun Meru Dr Rani Osman dan Ahli Dewan Undangan (Adun) Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dari PAS.
Adun Kota Anggerik, Yaakob Sapari (PKR), juga menjadi salah seorang penceramah.
Keesokan harinya, Muhyiddin telah menghubungi pemimpin PH bagi meminta penangguhan perjanjian kerjasama, bagaimanapun beliau menekankan bahawa beliau tidak mempunyai masalah dengan kandungannya.
Muhyiddin menuntut lebih banyak perbincangan dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan mengenai hubungan mereka dengan DAP dan PAN.
Gabungan itu akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan. Bagaimanapun, pemimpin Pakatan Harapan tidak menerima cadangan itu.-11/11/2016 (AD)

5 comments:

Anonymous said...

MALANG NASIB MU

PAKATAN TIADA HARAPAN

KERANA

UMAT ISLAM TELAH TERKEJUT DARI MIMPI

DAN MEREKA MELIHAT BAGAIMANA

MANUSIA MENDAKWA BERAGAMA ISLAM

BERSENGKONGKOL DENGAN MUSUH ALLAH

YANG TELAH MENENTANG DAN MEMFITNAH

AJARAN ISLAM DAN

HUKUM ALLAH.

LIHATLAH AKIBATNYA

DALAM PRU 14.

SEMUA UMAT ISLAM AKAN MENJAUHI

PAKATAN TIADA HARAPAN

KERANA UMAT ISLAM LEBIH

CINTAKAN ALLAH DAN RASULNYA!



JawaHill PM said...

Hamba sokong sangat kalau PPBM PKR PAS n WARISAN tubuh Pakatan yg baru n turut dianggotai oleh IkATAN BERJASA n NGO Kongres Rakyat. Kalau jadi kenyataan tergugat BN n PH. PRU 14 milik Pakatan baru . baru rakyat yakin pakatan yang tidak dianggotai oleh PAN n DAP.

Anonymous said...

Alhamdulillah...moga diberi pencerahan oleh Allah swt...

Anonymous said...

Saya akan undi mana2 parti yg bertanding kecuali UMNO dan PAS. Dua2 parti ini puluhan tahun menipu Islam dan Melayu.

Mrk perosak ummah dan pemecahbelah keharmonian kaum berbilang agama dlm negara ini. Msia akan bertambah maju dan makmur tanpa parti jual agama dan parti jual bangsa. Berfikir guna akal dan mata hati yg Allah kurniakan pd hamba2nya.

Anonymous said...

Maksudnya disini ialah keharmonian Msia hanya terjamin jika semua bersatu dibawah pemikiran Dap. Kan senang terus terang dan habiskan maksud...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails