Thursday, November 10, 2016

AS Kembali Serang Islam Selepas Donald Trum Presiden?


  AP - PENDUDUK Indonesia merakam gambar selfie semasa menonton siaran langsung keputusan pilihan raya Presiden di Pusat Kebudayaan Kedutaan AS di Jakarta semalam.
JAKARTA – “Saya sangat takut, adakah lebih ba­nyak perang akan berlaku? Adakah Amerika Syarikat (AS) akan kembali menyerang negara-negara Islam?” soal seorang aktivis Indonesia, Alijah Diete selepas Donald Trump membuat kejutan dengan memenangi pilihan raya Presiden semalam.
Penduduk Islam di seluruh Asia sukar menerima keputusan bahawa Trump bakal mengetuai negara kuasa utama dunia itu berikutan beliau sebelum ini kerap mengecam agama Islam dalam kempennya.
Trump membuat kenya­taan kontroversi tentang Islam pada Disember tahun lalu yang mencetuskan kemarahan keseluruhan 1.5 bilion umat Islam. Dalam satu ucapannya, beliau mahu mengharamkan orang Islam daripada memasuki AS susulan insiden tembakan di California.
“Saya sangat kecewa Trump menang kerana Hillary Clinton merupakan seorang wanita yang baik. Beliau baik kepada penduduk Pakistan dan Islam di seluruh dunia.
“Clinton sentiasa melaungkan keamanan dunia sebaliknya, Trump berulang kali bercakap mahu memerangi orang Islam,” kata seorang penduduk di Islamabad, Ishaq Khan, 32.
Di Indonesia, wujud kebimbangan mengenai hubungan negara itu dengan sekutu tradi­sinya, AS. Penduduk negara itu juga risau kemenangan Trump akan menjejaskan hubungan AS dengan dunia Islam.
“Saya bimbang hubungan antara kedua-duanya akan tegang semula,” kata Diete, 47.
Selain itu, polisi anti-Islam ketat di bawah pentadbiran Trump juga dibimbangi akan mengapikan fahaman ekstremis di seluruh dunia.
“Apabila AS menggunakan kuasanya, momentum kumpulan ekstremis ini akan meningkat,” kata jurucakap Nahdlatul Ulama, Zuhairi Misrawi. – AFP
Komen Weblog Ibnu HasyimAS Kembali Serang Islam Selepas Donald Trum jadi Presiden? Bukan. Bukan kembali menyerang Islam, bahkan akan meneruskan serangan terhadap Islam, bahkan akan melipatgandakan lagi!! Jangan harapkan yang baik dari AS..

3 comments:

Anonymous said...

Hantar je Hadi dan lebai2 Pas pemakan dedak berunding dgn Trump pasal Islam. Jgn lupa bagi kad masuk syurga sekali kt trump.kahkahkah

Anonymous said...

kritikan yang jahil dan biadap.
tiada nilai ilmu.

Anonymous said...

Walaun tolol jual agama lg biadap bila taip komen. Tiada nilai ilmu hanya tahu caci mencaci org selain penganut Pas. Mmg sesuai jd parti alas kaki.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails