Wednesday, November 09, 2016

Guan Eng Berkira Kos Belanja Atasi Banjir, Tapi Leburkan RM305 Juta Kos Kajian

wakeupmalaya– Takkanlah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Exco tebatan banjirnya, Chow Kon Yeow tidak nampak penyelesaian isu banjir di negerinya.
Dari Komtar sahaja sudah boleh merasai kepahitan penduduk daerah Timur Laut negeri itu yang dibelenggu banjir kilat sejak kebelakangan ini.
Tetapi mengapa diam membatu sahaja? Peliknya pula tuding jari tuduh Kerajaan Pusat sebagai punca banjir kilat. Kononnya dana sebanyak RM350 juta yang diminta untuk projek tebatan banjir Sungai Pinang tidak diluluskan.
Kalau dikira sejak 2008, sudah lapan tahun berlalu. Nak masuk tahun kesembilan. Tetapi apa yang kerajaan DAP Pulau Pinang usahakan untuk atasi masalah banjir kilat ini?
Kelmarin, penduduk Kampung Melayu Air Itam, Georgetown dinaiki air. Air paras lutut terpaksa diranduk di sepanjang Jalan Thean Teik dan Jalan Masjid Negeri. Ribuan kenderaan terkandas di Jalan P. Ramlee, Jalan Paya Terubung dan Taman Lumba Kuda. Julai lalu, Lapang­an Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dilanda banjir akibat hujan lebat, hingga air melimpah ke dewan ketibaan. Kawasan Teluk Bahang turut mengalami banjir kilat terburuk sejak beberapa tahun lalu.
Guan Eng dan Kon Yeow ‘peluk tubuh’ sahaja?
Yang menghairankan dan sungguh pelik sekali kalau projek yang dikatakan boleh menaik­kan nama DAP, cepat pula disam­barnya. Benarkah?
DAP sanggup menyediakan dana sehingga RM305 juta hanya untuk membiayai kos keseluruhan kajian kebolehlaksanaan Projek Terowong Dasar Laut di negeri itu.
Jumlah itu terlalu tinggi dan tidak munasabah untuk hanya sekadar kertas kerja asas dan laporan kajian bagi pelaksanaan projek.
Kalau boleh disediakan RM305 juta untuk laporan sekadar kertas kerja, mengapa tidak mampu menyediakan amaun kos projek tebatan banjir RM350 juta?
Demikian juga penyediaan kos pelaksanaan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) pun bukan main lagi.
Dari kos asalnya bernilai RM27 bilion meningkat kepada kira-kira RM46 bilion selepas Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) membuat penambahan kepada beberapa komponen, pun sanggup lagi menampungnya.
Malah, kata Kon Yeow tempoh hari, kerajaan DAP negeri itu akan cuba untuk mendapatkan pembiayaan bank bagi menampung baki kos pembinaan.
Tetapi banjir kilat yang menyusahkan rakyat dan berlaku di depan mata, DAP tunggu dan ambil masa. (aidcnews.wordpress.com)

13 comments:

Anonymous said...

ng tidak akan peduli apa yg jadi kerana mangsa adalah orang melayu dan beragama Islam.

Pemimpin PAN, Mujahid dan Mat Sabu mana ada melawat. Mereka sekupang tak peduli pun. Mungkin di dalam hati mereka berdua ni, biar roboh terus macam Kampung Melayu Tajung Tokong, kerana ia membawa kegembiraan DAP.


Jesse Labu
Keadilan N9ers

Anonymous said...

i bagaimana orang melayu Islam Penang dilayan Rejim Ahok Penang bagai orang Palestine di tebing barat. Mana ada Mat Sabu dan Mujahid Peduli. PAN nak sebut pun ketar satu badan sebab takut Ahok Penang marah

http://www.ismaweb.net/2016/07/29-kampung-tradisi-di-pulau-pinang-bakal-lenyap/

29 kampung tradisi di Pulau Pinang bakal lenyap?

GEORGE TOWN, Ahad – Sebanyak 29 kampung di Pulau Pinang kemungkinan berdepan risiko ‘hilang dari peta’ berikutan diancam aktiviti pembangunan yang akan menenggelamkan kampung tradisi masyarakat Melayu di negeri berkenaan, kata ahli akademik.

Antara kampung dilihat terancam ialah Kampung Bagan Dalam, Kampung Batu Maung, Kampung Batu Uban, Kampung Binjal, Kampung Buah Pala, Kampung Dalca, Kampung Dodol, Kampung Gajah, Kampung Genting, Kampung Lima Kongsi, Kampung Makam, Kampung Melayu, Kampung Nelayan, Kampung Padang Benggali dan Kampung Pisang.

Turut mengalami risiko ialah Kampung Permatang Tepi laut, Kampung Permatang Tok Subuh, Kampung Pondok Upeh, Kampung Pokok Asam, Kampung Pulau Jelutong, Kampung Selut, Kampung Siam, Kampung Sungai Nibong Kecil, Kampung Tanjong Tokong, Kampung Teluk Air Tawar, Kampung Teluk Kumbar, Kampung Tengah Jelutong, Kampung Tengah Air Itam dan Kampung Terang.

Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS) Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Azeem Fazwan Ahmad Farouk berkata, kebanyakan kampung terbabit adalah dari daerah Timur Laut.

Katanya, selain aktiviti pembangunan yang pesat, pemilikan tanah juga menyumbang kepada faktor kampung Melayu di negeri ini kian terhakis iaitu tanah yang mereka duduki bukan hak milik mereka.

“Inilah faktor-faktor menyebabkan kampung di Pulau Pinang kian lama kian terhakis antaranya pemilikan tanah. Tuan tanah ingin membangunkan kampung itu maka kampung tersebut akan lenyap dan terus hilang dari peta, akan diberi nama lain dan sebagainya.

“Ini telahpun berlaku dan sedang berlaku. Kalau kita tengok kampung-kampung di Sungai Nibong, di sini contohnya sudah lenyap sama sekali dari peta negeri Pulau Pinang kerana sekarang ini ia dibangunkan dengan projek-projek perumahan, kondominium dan sebagainya.

“Walaupun satu ketika, mungkin ada orang yang beralamat di situ tapi kampung itu sudah tidak ada lagi. Inilah cabaran yang dihadapi di negeri ini,” katanya kepada Bernama.

Azeem Fazwan berkata, pelaksanaan projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIPP) juga menyumbang kepada ‘kehilangan’ kampung tradisi di negeri itu memandangkan projek berkenaan turut melibatkan pengambilan tanah.

Beliau berkata, jika PIPP itu berjaya direalisasikan, landskap Pulau Pinang akan berubah dan kampung-kampung sedia ada akan turut lenyap.

“Sekiranya ia berlaku, maka landskap negeri Pulau Pinang akan berubah sama sekali terutama di daerah Barat Daya. Jadi apabila pembangunan mula menyusuri ke daerah Barat Daya, maka kampung-kampung yang ada di Bayan Lepas, Teluk Kumbar, Batu Maung dan Teluk Bahang akan lenyap,” katanya.

Justeru, katanya tidak mustahil kampung-kampung tradisi di negeri itu akan lenyap dalam tempoh lima tahun akan datang jika tiada usaha daripada pihak berkepentingan untuk memelihara dan memulihara kampung tradisi itu.

Sementara itu, ahli akademik Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican berkata kampung-kampung tradisi sedia ada perlu diwartakan di bawah Akta Warisan dalam usaha memastikan kampung berkenaan tidak lenyap.

Beliau berkata, kerajaan negeri perlu memainkan peranan mewartakan kampung-kampung tradisi itu dengan segera supaya identiti masyarakat Melayu di kawasan berkenaan terpelihara dan tidak terhakis.

Anonymous said...



Peniaga Tomyam Ditindas Kerajaan DAP Pulau Pinang!!

Memang kesian betul peniaga-peniaga kecil di Pulau Pinang…. Tak kiralah baru atau dah lama menjalankan perniagaan tersebut, mereka pasti akan ditindas oleh kerajaan DAP Pulau Pinang… Lebih mengecewakan, peniaga yang ditindas ini semestinya orang Melayu dan Islam.

Andy telah dikhabarkan seorang peniaga ‘Kedai Tomyam’ telah ditindas oleh kerajaan DAP Pulau Pinang, apabila gerainya telah dirobohkan oleh penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)… Kedai ini dikhabarkan telah diroboh atas alasan menjalankan perniagaan di hadapan rumah dan tidak mempunyai lesen yang sah.

Apa boleh buat… Memang itu kerja DAP Pulau Pinang… Mereka mahu menyekat ekonomi orang Melayu… Kejadian ini bukan kali pertama berlaku di negeri itu… Sudah banyak kali berlaku… Sampai tak tahu ini yang ke berapa kali… Dan alasan yang sama digunakan untuk merobohkan premis milik orang Melayu/Islam.

Yang paling mengecewakan…. Kerajaan DAP Pulau Pinang hanya merobohkan kedai milik orang Melayu/Islam… Kedai milik orang cina yang berniaga di hadapan rumah, serta tidak memiliki lesen yang sah hanya dibiarkan begitu saja… Tidak pula dikenakan sebarang tindakan.

Bukan Andy nak tipu… Kalau korang tak percaya, korang boleh pergi ke kawasan majoriti kaum cina di negeri itu seperti di Taman Raja Uda… Banyak kedai-kedai yang dibuka di tepi jalan sehingga menyebabkan kesesakkan lalu lintas… Tapi tidak pula dikenakan sebarang tindakan… Mengapa peniaga cina tersebut bebas berniaga sehingga hari ini??

Perkara ini sudah jelas menunjukkan kerajaan DAP Pulau Pinang bersikap ‘pilih bulu’ dalam mengenakan tindakan undang-undang…. Kerajaan DAP perlu bersikap adil!! – AndyBolat/Utaranews

About these ads

Anonymous said...

Tahniah kerana telah berjaya menjadi Melayu Tegar.

Anonymous said...

Semua perasaan,ingat pemimpin pas hebat,bnyak dangkal akal.sendiri tmpat buat2 lupa.pengikut merapu.ingat malayasia ni besar sngat ke.aoa2 pun boleh tau.ingat apa yg ditulis boleh cya bulat2 ke.kdg tu perasan je.tulis tu buat lawak je.ulas je hri2 sma.lawak2.

Anonymous said...

Yaaaa sebab yg halal dan Toyibbah Bagi PAN hanyalah DAP

Anonymous said...

Balak negeri kelantan dirompak kerajaan isle Pas. Org Asli ditindas. Itu pun salah DAP. kahkahkah

Takfir!

Anonymous said...

Uiioo zaman Husam jadi Exco tu

Anonymous said...

Tuan Guru Roket Kafir Harbi telah membuat 'fatwa' iaitu adalah haram balaci pemakan dedak ultra kiasu menulis tentang 'RM305 Juta' kerana 'RM305 Juta' boleh mendedahkan dosa besar parti roket terhadap rakyat! Tuna Guru Roket juga sedang berfikir untuk mencipta fatwa baru untuk kencing kaum-kaum yang menyokongnya iaitu hukum melantik ketua menteri mestilah dari Tuan Guru Roket sahaja ! Bodo punya olang !

Anonymous said...

Pembetulan:

Tuan Guru Roket juga sedang berfikir untuk mencipta fatwa baru untuk kencing kaum-kaum yang menyokongnya iaitu hukum melantik ketua menteri mestilah dari kaum Tuan Guru Roket sahaja ! Bodo punya olang !

Anonymous said...

Kalau masa tu Husam exco, maknanya arwah tgna pun MB la kan? Apa yang anon 11.09 cuba nak katakan? Jangan buat2 fitnah, dosa besar sedara...bertaubatlah segera. Sokong2 juga tapi jangan lupa diri.

Anonymous said...

Musang telah memberikan maklumat salah kepada MB supaya syarikat-syarikat balak roket yang menjadi kroni Musang mendapat konsensi pembalakan. Apabila penipuan Musang terbongkar, Musang berbulu ayam telah diketepikan dari semua jawatan dalam parti Islam dan kerajaan. Sekarang sifu roket membela musang ini untuk dilepaskan ke dalam reban ayam !

Anonymous said...

Musang tetap musang walaupun berbulu ayam....Haiwan perosak dan merugikan manusia! Sifu roket suka sangat membela Musang dan mat sabun !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails