Saturday, November 12, 2016

Apa La Ada Pada Pas?



Oleh Ustaz Hj Idris Hj Ahmad

PAS parti kerdil sahaja. Pemimpinnya pak lebai. Ahlinya orang kampung. Pengikutnya marhain. Mereka ikut Pas kerana dasar. Bukan taksub kepada pemimpin. Ahlinya taat selagi pemimpin taat kepada Allah, Rasul dan jamaah. Inilah batas sempadannya.

Pelik juga manusia yang tidak suka Pas. Siang malam hentam Pas. Hentam Pas, kadang-kadang lebih teruk daripada hentam Umno BN. Seolah-olah hilang fokus. Seolah-olah Pas ini hebat dan kuat. Sedangkan Pas tidak perintah negara. Tidak memiliki media yang hebat. Tidak ada cyber trooper yang handal yang tidak takut kepada sesiapa. 

Kita tidak mampu membiyai cyber trooper yang bekerja 24 jam setiap hari. Tidak ada wang RM90 juta. Dalam masa yang sama menuduh Pas tidak ada masa hadapan. Ramai orang keluar Pas dan berhijrah ke parti lain. Anak muda tidak bersama Pas. Golongan profesional lari daripada Pas. Peliknya, setiap detik hentam Pas. Tidak guna lawan orang yang lemah seperti Pas.


Kalau Pas lemah, tidak ada nilai, tidak ada harga. Maka tidak perlulah ambil tahu berkenaan Pas. Biarlah apa Pas hendak buat suatu pendirian. Kalau rugi pun Pas, bukan orang lain. Anggaplah Pas ada seperti tiada, barulah kamu senang hati. Binalah kekuatan sendiri, anggaplah Pas tidak ada dipersada politik tanah air. Kepala pun tak sakit. Umno pun pening kepala menghadapi Pas.

Tidak ada untung pun kalau lawan Pas. Sikap Pas tidak akan berubah. Pas sudah 65 tahun melawan Umno/BN. Pas sudah 13 kali sertai pilihanraya. Selama 65 tahun ada yang tahan diuji dan ada yang tidak tahan. Berapa ramai pemimpin Pas dan wakil rakyat Pas tidak mengakhiri hayat mereka bersama Pas. 

Adakah Pas mati?. Walau pun mereka harap Pas akan berkubur, alhamdulillah Pas masih segar bogar seperti rumput yang segar selepas disiram embun. Pas seperti gadis sunti, semuanya hendak melamar. Hasbunallah wani'mal wakil. (Detikdaily/IH)

12 comments:

Anonymous said...

ada ...iaitu ISLAM ....ramai yang tidak yakin dengan Islam pas seolah-olah ada Islam lain termasuk admin sendiri ...... ramai yang takut dengan Islam termasuk orang Islam sendiri...sebab itu mereka perleceh pas yang cuba perkasakan Islam...admin pun sama....takut kena hukum di dunia tetapi tak takut langsung hukuman di akhirat ........mudah-mudahan macai anti Islam selamat di dunia ........!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Parti lap kaki je standard Pas. Istiqamah dgn Islam bkn dgn parti politik..byk beza tu..jgn sesat sampai lari akidah kerana taksub pd manusia.

Anonymous said...

Tak perlulah nk marah2

Fuad Osman said...

Emosi

Anonymous said...

PAS telah ditubuhkan oleh ulama-ulama Islam yang berada dalam UMNO kerana mereka menolak dasar sekular UMNO dan menentang dasar penjajah British ke atas Malaysia.

Parti Islam PAS yang dipimpin ulama-ulama Islam telah menjadikan Islam sebagai matlamat perjuangan politik PAS sejak mula PAS ditubuhkan. Matlamat PAS ialah melaksanakan ajaran Islam dan hukum Allah dan membela hak umat Islam di negara ini. Umat Islam yang cintakan Allah dan RasulNya tetap akan menyokong jamaah PAS memperjuangkan PAS walaupun PAS difitnah dan diburuk-burukkan oleh musuh-musuh Islam yang amat bencikan Islam dan umat Islam.

Malangnya terdapat para munafik sekular dan liberal yang mendakwa diri mereka beragama Islam tetapi pada waktu yang sama mereka menyokong, bersekutu dan bersengkongkol dengan parti politik dan NGO kafir harbi menentang , memfitnah dan menolak ajaran Islam dan hukum Allah, memfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam PAS dan menafikan hak umat Islam sebagai kumpulan majoriti di negara ini.

Sesungguhnya para munafik dan kafir harbi ini adalah pengikut syaitan dan iblis:

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,

"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".

Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.

"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).

"Dan sesungguhnya neraka Jahannam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka (yang menurutmu).

(Al-Hijr 15:39-43)

Anonymous said...

Balaci 11:07 AM ternakan kafir harbi telah menunjukkan kebangangan dab kejahilannya sendiri dengan menulis Istiqamah dgn Islam bkn dgn parti politik

Fakta yang tidak boleh dinafikan ialah politik Islam adalah sebahagian dari agama Islam. Nampaknya Balaci 11:07 AM tidak memahami definisi politik dan politik Islam. Untuk melaksanakan dan menguatkuasakan ajaran Islam dan hukum Allah memerlukan kuasa politik maka di sinilah politik Islam memainkan peranannya! Nabi Muhammad s.a.w. juga mengamalkan politik Islam untuk mentadbir Madinah dan Mekah !

Anonymous said...

Ustaz saya ingin bertanya...

1, apakah perbezaan pimpinan pas yg dahulu dgn yg sekarang.???
2, Kenapa pimpinan pas sekarang tidak memprotes di parlimen
Mengenai duit derma dari jutawan arab yg masuk ke akaun
Peribadi P.M sebanyak 2.6 bilion RINGGIT...????

MOHON JAWAPANNYA USTAZ....

Anonymous said...

Barua P.A.S Parti Ajaran Syaitan yg tolol. Allah tk suruh pun PAS jaga Islam. Islam berkembang seluruh dunia sejak ribuan tahun tanpa P.A.S Parti Ajaran Syaitan.

Agama PAS baru 60thn. Lebai2 dan barua mrk peralatkan agama, memalukan Islam. Mmg sesuai jd parti alas kaki depan toilet.

Anonymous said...

Sekali lagi balaci 1:38 PM ternakan kafir harbi dan sekular liberal mendedahkan kebodohan dan kejahilan dirinya sendiri dengan menulis Allah tk suruh pun PAS jaga Islam !

Fakta yang tidak boleh dinafikan ialah Allah dan RasulNya telah memerintahkan semua umat Islam mengajak manusia kepada kebaikan (Islam) dan mencegah kemungkaran dan kesesatan (Amar makruf dan nahi mungkar)maka kita semua sepatutnya menyokong parti Islam PAS melaksanakan ajaran Islam dan hukum Allah dan membela hak umat Islam di negara ini.

Hanya kafir harbi, para munafik dan manusia jahiliah sahaja yang memfitnah, memburuk-burukkan dan menentang usaha murni PAS ini kerana kafir harbi, para munafik dan manusia jahiliah menyembah hawa nafsu serakah mereka sendiri.

Anonymous said...

Anon 1:18 sila rujuk https://www.pas.org.my/

Anonymous said...

Anon 2:03 balaci ternakan Parti Ajaran Syaitan. Fakta yg tk boleh disangkal Allah dan Rasul mengajak kpd kebaikan. Takde sebut pun suruh Islam dijaga oleh PAS yg sesat dan memesongkan akidah umat Islam.

Pas penternak ularmak2 suu akhir zaman disokong balaci2 penjual agama. Menjijikkan.

Anonymous said...

Meh aku tolong sambungkan....Allah tak suruh pun Uthmaniah dan Umaiyah jaga Islam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails