Wednesday, November 09, 2016

Boikot Gaint! & Hukum Pijak Bendera PAS. -S/Jawab Agama Dlm Komen Blog IH.

Seorang pemuda menunjukkan alas kaki menyerupai bendera Pas yang ditemui di sebuah pasar raya di Sabah
Seorang pemuda menunjukkan alas kaki menyerupai bendera Pas yang ditemui di sebuah pasar raya di Sabah.



Anonymous said...
Ustaz....saya ingin bertanya..

1. Apakah hukumnya saya keluar dari parti pas.??
2. Sekiranya saya keluar dari pas apakah saya dikira murtad.??
3. Apakah hukumnya memijak bendera pas seperti yg terjadi di
Sabah....???

mohon jawapannya....Ustaz....
Anonymous said...
Anon 8:39 PM,

Jawapan:

(1) Jawapan:

Parti PAS adalah satu-satunya jamaah Islam di negara ini yang menjadikan Islam sebagai matlamat perjuangan politik PAS dan sedang berusaha melaksanakan ajaran Islam dan hukum Allah di negara ini walaupun usaha murni PAS ini sedang ditentang oleh kafir harbi dan munafik sekular liberal.

Rasulullah s.a.w bersabda : “ Maka wajiblah ke atas kamu berjemaah kerana sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang jauh daripada kumpulannya ” (Hadith Riwayat Al-Nasa’i)

Jika kamu keluar dari PAS, bererti kamu telah keluar dari jamaah yang memperjuangkan Islam:

Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: “ Hendaklah kamu sentiasa dengan Jamaah kerana tangan Allah bersama dengan Jamaah, dan sesiapa yang menyimpang dia akan menyimpang ke dalam api neraka ”(Riwayat At-Tarmizi)

(2) Jawapan:

(a) Jika kamu keluar dari PAS dan menyertai parti sekular atau liberal atau kafir harbi yang menentang ajaran Islam dan hukum Allah, bererti kamu telah meninggalkan perjuangan Islam dan menyertai musuh Islam.

Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.(An-Nisaa' 4:115)

(b) Jika kamu keluar dari PAS dan kamu bersikap 'atas pagar' (berkecuali), apakah perbezaan antara kamu dan monyet, kera, berok yang suka berdiri di atas pagar?

(3) memijak bendera pas jelas menunjukkan musuh-musuh Islam telah berputus asa untuk melakukan tipu daya kerana mereka telah gagal melemahkan atau memusnahkan PAS ! Mereka telah gagal menipu umat Islam dan memecah-belahkan perpaduan umat Islam. Hanya manusia bodoh sombong dan pengecut sahaja yang berani memijak bendera pas yang tidak mampu melawan manusia tersebut. Bukankah lebih baik manusia tersebut berdialog dengan pemimpin-pemimpin PAS untuk mencari kebenaran?

Sekian, terima kasih

Insan biasa
Anonymous said...
Jika Giant berani menjual pengesat kaki lambang PAS, adakah Giant berani menghasilkan dan menjual pengesat kaki yang mempunyai gambar muka towkay Giant? Adakah towkay Giant merasa gembira jika kita meletakkan pengesat kaki itu di hadapan pintu tandas rumah kita?

Jika towkay Giant mahu melibatkan diri dalam politik, sila tutup Giant dan tubuh parti politik Giant ! Towkay Giant ada beranikah? Marilah kita semua memulaukan (boycott) Giant !!! Saya akan berhenti dari membeli barangan di Giant mulai hari ini.

19 comments:

Anonymous said...

Hina menghina ni sudah menjadi hobi mereka. Macam hobi abu lahab menghina orang yg beriman. Bagi saya, tak payah pi Giant, ada banyak lagi hypermarket........Aeon, Tesco dan Mydin.

Tetapi ada yg lebih brutal contohnya DAP. DAP menghina Islam, tetapi PAN Wala' akan Ahok Malaya ini.

Sila baca pencerahan dari Ismaweb (Isma Bukan PAS wokey!!!!!!!!!!!!!)

http://www.ismaweb.net/2016/07/dap-topeng-untuk-menghina-islam/

DAP ‘topeng’ untuk menghina Islam

BANGI, Isnin – Penghinaan terhadap Islam yang berterusan oleh parti rasis dan cauvinis dilakukan atas tujuan menghilangkan nilai sensitif ummat Islam terhadap agamanya apabila dihina.

Terbaharu pemimpin parti itu, Nga Kor Ming telah menghina amalan ummat Islam untuk bergembira di hari raya sekaligus mendedahkan sedikit demi sedikit niat busuk DAP untuk terus menghina Islam.

Mantan Presiden Persatuan Islam Nasional (PEMBINA), Ustaz Ibrahim Mohd Hasan berkata, ini bukan kali pertama pimpinan DAP membuat penghinaan sedemikian.

“Sebelum ini beliau pernah menyindir pemakaian wanita dengan menggambarkan seolah ianya jumud dan kuno.

“Lebih menjelikkan, Nga memberi alasan bahawa dia menghormati Islam dengan memberi sumbangan ke masjid dan masyarakat Islam yang memerlukan. Inilah sebenarnya ‘dedak’ yang DAP tabur untuk membolehkan mereka terus menghina Islam,”katanya kepada Ismaweb.

Ustaz Ibrahim berkata, hakikatnya kita jangan anggap Kor Ming sebagai hanya seorang individu tetapi DAP itu sendiri sebagai sebuah gerakan terancang, tersusun, sistematik dan beragenda untuk menghilangkan nilai sensitif ummat Islam terhadap agamanya apabila dihina.

“Ini kerana pimpinan DAP yang lain juga sebelum ini menghina Islam dan autoriti agama di Malaysia. Ini termasuklah mempertikaikan khutbah jumaat, menafsirkan Jihad sebagai keganasan, mempertikaikan sambutan Valentines Day oleh orang Islam dan menyamakan kod etika ke JPJ sama seperti pakaian ke masjid dan bermacam-macam lagi.

“Justeru, kita semua jangan mudah tertipu dengan sumbangan DAP kepada masjid mahupun sekolah agama kerana ia merupakan topeng kepada perbuatan mereka menghina Islam.

“Jika kita terus berdiam, ini bermakna kita telah termakan dedak yang ditabur DAP,” katanya.

Anonymous said...

Ahok Penang adalah Pujaan hati PAN. Apasal hati PAN begitu, sebab dah hitam macam minyak enjin tak tukar kerana membenci Ulamak, Mufti, PAS, ISMA, Jamaat Tabligh, Pusat Islam, Jakim dll.

http://www.ismaweb.net/2016/11/ribuan-ahok-biadap-ada-di-malaysia-isma/

BANGI, 5 Safar 1438H, Sabtu – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mengingatkan pemimpin Melayu mengenai padah sikap hipokrit dan sengaja mengambil kesempatan dalam permainan politik sempit, ketika negara sedang berdepan budaya anti-Islam dan anti-Melayu, yang semakin merebak melalui tindakan provokasi biadap dan terancang.

Ketua Penerangan Isma, Ustaz Haji Mohd Hazizi Ab Rahman, berkata keadaan menjadi lebih berbahaya apabila tindakan provokasi melampau ini, cuba dihalalkan melalui usaha terancang, melabelkan perjuangan kebangkitan umat Islam mempertahankan hak mereka sebagai anti-Cina atau sinophobia.

Pendek cerita, katanya, penjenayah perkauman dibiarkan bebas untuk celupar, sebaliknya suara majoriti yang mempertahankan hak di bumi sendiri pula yang dilabelkan sebagai rasis dan anti-Cina

“Di Indonesia, jelas sekali kenyataan yang dibuat oleh Ah Hok amat biadap terhadap agama Islam dan mencabar sentimen kaum majoriti di Indonesia.

“Tetapi kumpulan penulis seperti Hew Wai Weng, di samping media beragenda jahat, sengaja memutarbelitkan isu untuk menggambarkan masyarakat Islam yang berdemonstrasi secara aman itu yang bermasalah, kerana mempunyai sikap rasis dan anti-Cina, manakala orang seperti Ah Hok suci bersih.

“Di Malaysia, terdapat ribuan ‘Ah Hok’, yang tidak henti-henti melakukan provokasi biadap dan keji ke atas agama Islam dan sentimen orang Melayu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ustaz Hazizi berkata, istilah sinophobia sedang cuba untuk dipopularkan sebagai satu kaedah bagi menutup penyakit sebenar yang sedang merebak, iaitu sikap anti-Islam dan anti-Melayu.

Katanya, salah seorang pengusaha itu ialah Hew Wai Weng melalui artikelnya yang disiarkan oleh media liberal dan chauvinis, Malaysiakini, sengaja tidak mahu faham bahawa bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru.

“Isma kerap kali mengingatkan agar keistimewaan agama Islam di negara ini dan hak serta budaya orang Melayu sebagai penduduk pribumi mestilah dihormati oleh semua bangsa yang mengaku sebagai warganegara Malaysia.

“Tindakan melabelkan pendirian mulia dan bermaruah Isma ini sebagai rasis dan anti-Cina merupakan satu tindakan desperado, keji, hina lagi menjijikkan.

“Manakala tindakan pemimpin Melayu yang menjual kedaulatan negara kepada kuasa luar, di samping menaja gerakan ‘barbaric’ bertopengkan isu perkauman, merupakan pengkhianatan dan mempermain-mainkan agenda perjuangan Islam dan Melayu untuk kepentingan diri sendiri,” katanya.

Anonymous said...

Pas parti politik jual agama peralatkan Islam. Menipu ahli2 parti dan walaun2 tolol dulu, kini dan selamanya.

Takfir!

Anonymous said...

Anon 9:46 label melabel tanpa hujah. Takkan baru Baru kena Black Label kottttttt. Sori Ahok Penang minum black label. Khadam minum ubat batuk pun syukur amat sangat

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2016/06/dap-akan-sambut-kemenangan-pan-dengan-arak-carlsberg-tiger/

“DAP akan sambut kemenangan PAN dengan arak Carlsberg, Tiger”

BANGI, Khamis – Parti rasis dan cauvinis, DAP akan meraikan calon PAN, Azhar Abdul Shukur dengan arak sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Perkara itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim dalam satu ceramah kempennya sebagai pujukan kepada pengundi Cina supaya mengundi calon PAN.

Joceline Tan dalam tulisannya bertajuk ‘Tough decisions in the rice bowl town of Sekinchan’ yang disiarkan di media liberal The Star hari ini, menyebut bahawa Ng telah berkata, jika PAN menang di Sungai Besar, kemenangan itu akan diraikan dengan Carlsberg, Tiger atau kau (black dog atau Guinness Stout).

Melihat kepada situasi itu Tan berkata, cara Ng berkempen itu, ia memberi gambaran seolah-olah Ng adalah calon yang bertanding.

Ini kerana beliau berpendapat, sebahagian besar yang dipertaruhkan DAP dalam PRK ini adalah PAN yang dianggap sebagai makhluk ciptaan DAP menggantikan PAS sebelum ini.

“Ia juga merupakan satu perjuangan proksi antara DAP dan PAS, yang mana PAN amat bergantung kepada undi Cina,” katanya.

Tan berkata, apa yang dilakukan DAP adalah semata-mata untuk menarik sokongan di kalangan pengundi Cina.

“Ketika dulu pemimpin DAP memujuk Cina untuk menyokong PAS dan kini mereka terpaksa meminta Cina untuk menyokong PAN pula.

“Bagaimanapun, ramai orang Cina di kawasan itu tidak mengetahui kewujudan PAN. Ustaz Azhar, calon PAN juga tidak terkenal walaupun bapanya pernah menjadi orang kuat UMNO di kawasan itu,” kata Tan lagi.

Anonymous said...

Pas dan khadam2 lebai jual agama wajib buka cawangan di Indonesia utk jaga Islam sedunia. Ulamak2 indo gagal perjuangkan ruu 355 dan hudud Allah walaupun penduduk indo 90% Islam. DAP takde di sana utk halang.kahkahkah

Takfir!

Anonymous said...

Kesian hari2 macai umno dan para khadam lebai jual agama terpaksa copy paste auta yg diulang2. Setiapkali tu aku skip baca.kahkahkah

Anonymous said...

Jawapan untuk anon 8:39 PM

1. Hukumnya sama cam keluar pandap
2. Tak dikira murtad tapi dikira kurang ajar
3. Hukumnya sama seperti memijak bendela pandap iaitu kureng hajer

:-)

Anonymous said...

Bendera parti Pas pengalas kaki wajib dipasarkan bkn hanya di Sabah tapi ke seluruh dunia. Inilah strategi marketing terbaik utk parti jual agama.kahkahkah

Takfir!

Anonymous said...

Sekadar nak beritahu bahawa semasa Konvensyen PH yang akan diadakan di Shah Alam pada hari Sabtu ini, penjualan alas kaki ini akan diadakan dibeberapa lokasi menuju ke lokasi Konvensyen. Sebanyak 200 alas kaki akan diperuntukkan untuk tujuan tersebut.

Tunjukkan sokongan anda dengan membeli alas kaki tersebut. Seluruh hasil jualan akan didermakan kepada tabung Pas Selangor.

InshaAllah.

Anonymous said...

Hasil jualan dikonvensyen tu akan diberi pada Pan sebagai dedak tambahan. Dap tak larat nak maintain Pan dah jadi beban ekekeke

Anonymous said...

Kalau alas kaki design Pas, kita serahkan pada Pas laa, apa pulak nak bagi orang lain? Kan tak betul tu?

Anonymous said...

Beli utk letak depan toilet.kahkahkah

Anonymous said...

Tin milo dah tak laku. Dedak ketua penyamun makin menyusut. Hasil jualan alas kaki dedak tambahan kat Pas. kahkahkah

Anonymous said...

NAH...AMBILLAH TIN BISKUT INI
PERGI PASAR MALAM
KUTIP DUIT BANYAK-BANYAK
SEBAB SIFU ULTRA KIASU
MAHU BELI
BANGLO TERLAJAK MURAH !

SEJAK BELI BANGLO TERLAJAK MURAH
LUTUT SIFU TERKETAR-KETAR
SETIAP KALI MASUK MAHKAMAH
KERANA DAKWAAN RASUAH DLL.

BALACI, MACAI DAN BARUA ULTRA KIASU
SEMUA BERHATI BIMBANG
JIKA SIFU MASUK KE DALAM
SEMUA BALACI, MACAI DAN BARUA AKAN KELAPARAN
SEBAB BEKALAN DEDAK BABI AKAN TERHENTI

HUWAAAAAA...HUWAAA...HUWAAA...HUWAAA.... HATI MANYAK SUSAH !

Anonymous said...

Boikot la GIANT tu. Tak heran pun dia. Jgn boikot beli ja.. pesan kat pembekal PAS jgn bekal/jual barang kat GIANT. Pi cari tempat lain. Untuk makluman..ramai peniaga PAS berurusniaga dgn GIANT. Harap dorang pun boikot sekali... kalau berani la...

Anonymous said...

Hadi dan pemimpin PAS kena lah muhasabah diri. Ini dah melampau tetapi ini juga satu petanda buat orang PAS. Tak pernah sekali pun bendera parti lain baik bendera komunis di jadikan pengalas lap kaki.

Jangan salahkan orang. Orang yang buat dan jual 'tak sedar' yang dia buat itu adalah satu perbuatan yang menyinggung ahli PAS. Anggap lah Tuhan hantar mesej pada PAS !

Kesalahan orang asing pakai seluar dalam bendera Malaysia dengan kesalahan menjual pengalas lap kaki tak sama. Satu di sengaja kan tetapi satu tidak di sengaja kan.

Tapi dua-dua satu penghinaan dari Allah.

Anonymous said...

Parti bulan dah jadi alas kaki yg sesuai letak kt toilet..pasaran ke seluruh dunia..kahkahkah

Takfir!

Anonymous said...

Parti lebai tin milo dah tak laku.. Ceramah tak dak orang nak mai dah..huhuhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails