Tuesday, November 08, 2016

Bajet 2017: MP PAS Berkecuali, Pembangkang Tewas..



Persidangan Dewan Rakyat pada Isnin malam meluluskan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 atau Bajet 2017 selepas berdepan undian belah bahagi yang dituntut oleh ahli-ahli parlimen pembangkang.

Bagaimanapun, dalam undian tersebut pihak kerajaan memperolehi 117 undi manakala pembangkang hanya mendapat 70  undi.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mempengerusikan persidangan itu turut mengumunkan  11 ahli parlimen  tidak mengundi.

Mereka yang berkcuali itu adalah barisan ahli-ahli parlimen daripada PAS.

Perkembangan ini agak menarik.


Bagaimanapun, Ahli Parlimen PAS Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mengundi bersama ahli-ahli  pembangkang lain.

Pembangkang menuntut undian belah bahagi selepas Menteri Kewangan 11, Datuk Johari Abdul Ghani selesai menggulung perbahasan kira-kira jam 10.10 malam.

Hampir setiap tahun mereka akan menuntut undian belah bahagi bagi menolak bajet yang dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Terdahulu, Bajet 2017 yang dibentang oleh Najib pada 21 Oktober lalu dibahaskan selama enam hari bermula 24 Oktober lalu  oleh ahli-ahli parlimen Barisan Nasional dan pembangkang.

Sementara itu, tiga hari diperuntukkan kepada 25 kementerian bagi penggulungan yang berakhir hari ini.

Semasa perbahasan bajet kali ini, blok pembangkang berterusan menyerang syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mengungkit tindakan saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) walaupun sudah dilarang oleh Speaker memandangkan ia bersifat ‘subjudis’ kerana masih dalam pertimbangan mahkamah.

Najib yang juga Menteri Kewangan pada 21 Oktober lalu membentangkan bajet dengan tema ‘Merancakkan Pertumbuhan, Memastikan Pengurusan Fiskal Berhemat, Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat,’ yang menyenaraikan beberapa langkah dalam usaha menangani cabaran ekonomi negara berikutan ketidaktentuan di peringkat global.

Bajet kali ini dibentang dengan diperuntukkan sejumlah RM260.8 bilion, merupakan peningkatan 3.4 peratus daripada pengubahsuaian Bajet 2016.
Daripada jumlah tersebut, RM214.8 bilion adalah Perbelanjaan Mengurus dan RM46 bilion untuk Perbelanjaan Pembangunan. Ini tidak termasuk simpanan luar jangka sebanyak RM2 bilion.

Di bawah Peruntukan Mengurus, RM77.4 bilion adalah untuk Emolumen, serta RM32 bilion untuk Perkhidmatan dan Bekalan.

Manakala, RM103.9 bilion untuk Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Pembelian Aset pula, diperuntukkan RM691 juta, dan RM816.6 juta lagi, untuk perbelanjaan lain.

Sementara itu, bagi Peruntukan Pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan tertinggi sebanyak RM25.9 bilion, diikuti oleh sektor sosial RM12.2 bilion. Sektor keselamatan mendapat RM5.3 bilion, dan sektor pentadbiran am lebih RM2.5 bilion.

Diunjurkan, berdasarkan prestasi semasa, hasil 2017 dijangka berkembang sekitar tiga peratus iaitu kepada RM219.7 bilion dan sasaran kerajaan untuk defisit fiskal adalah tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2017.- 7/11/2016  (AD)

20 comments:

Anonymous said...

Berkecuali ni sokong tapi malu

Anonymous said...

Ini yang dinamakan Pengkhianat! Pengkhianat kepada pengundi2 yang telah memberikan kemenangan dengan harapan tinggi agar wakil2 rakyat membela nasib rakyat.

Bukannya setakat tidak membela, tapi tak juga bangkang. Apakah mereka tak faham isu? Tapi Mahfoz faham pulak? Yang lain tu kalau tak boleh jalankan tugas dengan Amanah, sila letak jawatan. Toksah sebok suruh orang lain letak jawatan. Korang tu patut letak jawatan, dimulai oleh Tuan Presiden, kepala pengkhianat!

Anonymous said...

Itu pandangan sekuler libeal tolak islam anti islam ikut pas lah nak berkecuali. Kamu susah apa kalau sokong pun puak sekuler ni nak sokong ruu355 ke. Dasar anti islam sapa yang perjuangkan islam akan dihina fitnah dan macam2. Mahfuz lalang dan sanggup jadi talibarut kafir dalam pas kesian kat dia takit dilaknat sebab baiah sanggup buat onar dalam jemaah dengan niat pas pecat dia sekarang dah jadi pendusta dalam jemaah.

Anonymous said...


Lebai-lebai PAS/PIGS dah buat fukcwa baru iaitu BERKECUALI dalam parlimen. Nanti bila balik rumah , bini tanya 'nak makan kaa?. Lebai PAsPIGS pun jawab BERKECUALI. Bila masa nak tidor, bini belom tanya nak ******* kaa?.Tak jawab pun berkecuali, tak sempat buang kupiah terus gomoll bini.

Kalau nak berkecuali di parlimen parti PAS/PIGS tolong tukar ke parti BEBAS@ Babas.

Anonymous said...

Kalau nak berkecuali, lebih baik tak payah masuk parlimen, Buat mcm presiden ponteng terus. Time bentang dia ponteng, time undi pun ponteng.

dzalee said...

PAS tak boleh diharap lagi. Selamat tinggal PAS!

Anonymous said...

Pemimpin-pemimpin parti kafir harbi dan liberal mempunyai lidah bercabang (lidah biawak) yang tidak boleh dipercayai oleh umat Islam. Tanpa merasa malu dan segan, mereka mendedahkan sikap permusuhan terhadap agama Islam dan umat Islam dengan berpakat menolak RUU 355 dan menentang ajaran Islam dan hukum Allah! Manusia sesat sahaja sokong parti kafir harbi dan liberal!

Anonymous said...

Parti roket dan parti kuali tak boleh diharap lagi. Selamat tinggal parti roket dan parti kuali ! Go to hell !

Anonymous said...

Pemakan najis dap

Anonymous said...

Kamu sokong dap yang anti islam boleh harap ke.

Anonymous said...

Dap lebih baik dari pas. Itu bagi non muslim tapi bagi muslim kamu lebih maklum

Anonymous said...

Pas parti bodoh

Anonymous said...

Apa punya bebal, macam mana nak sokong RUU355 kalau bentang pun tidak? Bentang dan bahas dulu lepas tu bolehlah cakap, ini main pakai fitnah sahaja.

Anonymous said...

Setuju....Apa punya bebal kafir harbi dan munafik liberal tentang dan tolak RUU355 sedangkan RU355 belum dibentangkan lagi? Bentang dan bahas dulu lepas tu bolehlah cakap, ini kafir harbi dan munafik liberal main pakai fitnah sahaja. Bodo punya olang ! Cakap depan cermin saja lah bhai !

Anonymous said...

Bodohlah sebab tu nama dia PIGS.
RAKYAT BALAS 3 PENJURU DI KELANTAN!

Anonymous said...

Pas jual agama peralatkan Islam menipu ahli2 parti dulu, kini dan selamanya.

Anonymous said...

Kenapa Pan wujud dan keliar drpd kumpulan ulamak? Rasanya jwp terbaik sebab mereka rasa martabat mereka dah meningkat ke tahap wali. Itu sbb mereka merasakan berada dikumpulan ulamak dah tak relevan. Tambah manisnya lagi, martabat wali diperolehi selepas hilang jawatan :-). Ini baru namanya pembela agama yang tulen sebab martabat wali tu diendorse drpd Dap, tak mcm Pas yg menolak endorsement Dap tapi sibuk nak perjuangkan Islam. Apa la punya pendirian Pas ni

Anonymous said...

Pokoknya Pas telah mengkhianati Pengundi!!! Next pru jangan harap akan undi Pas lagi. Baibai Pas....

Anonymous said...

Ya itu pokok yang ahli Pan nampak...akarnya yang Pan kabur ialah Dap telah khianati prinsip rakan tahalluf hingga urusan agama turut dicampuri. Siap sibuk campur urusan pemilihan dalam Pas. Memanglah ada kejayaan... Dap telah berjaya rosakkan Pas drpd dalam. Tapi Pas pulak dah berjaya keluarkan kerosakan tu...

Anonymous said...

Pas memang dah rosak. Selagi tak tukar Presiden dan konco2nya, Pas akan terus rosak. Ingat, yang letak Pas dikerusi empuk di Parlimen adalah Pengundi. Sekarang jelas seluruh dunia yang Pas mengkhianati Pengundi sendiri, sebab samada pentingkan diri sendiri atau memang tak faham apa ke bendenya. Apapun sebabnya, pengkhianatan ini akan dibalas Pengundi yang sama pada pru akan datang. Masa tu taulah langit itu tinggi atau rendah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails