Monday, November 07, 2016

PP: Banjir Kilat Jejaskan Penduduk. Sistem Perparitan Kurang Efektif?


Calon SPM P.Pinang Hadapi Banjir Di Beberapa Tempat

P.Pinang Sekali Lagi Dilanda Banjir Kilat, Tanah Runtuh
GEORGE TOWN – Hanya selepas seminggu banjir kilat melanda ibu negeri Pulau Pinang sehingga menjejaskan aktiviti seharian pendudukya, negeri ini masih tidak terlepas daripada bencana alam ini walaupun pada haripertama pelajar mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Memburukkan lagi keadaan, ialah berlakunya tanah runtuh dan sebahagian jalan utama menghubungkan Teluk Bahang dengan pusat bandar George Town runtuh, mengakibatkan beratus pengguna lalu lintas terperangkap di kedua-dua arah.
Sebelas pelajar yang mengambil peperiksaan hari ini di Teluk Bahang yang terkandas telah diletakkan di sekolah berhampiran bagi memastikan mereka mengambil peperiksaan mereka.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Shaari Osman ketika dihubungi Bernama berkata pada masa ini keadaan adalah terkawal dan mampu dikendalikan jabatan
itu.
“Paras air di beberapa tempat di sekitar negeri ini termasuk Sungai Pinang sedang meningkat dan kami mempunyai pelan alternatif untuk dilaksanakan jika keadaan semakin buruk,” katanya.
Shaari juga menghubungi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus untuk meminta bantuan dan daripada pihak berkuasa lain seperti polis dan bomba.
“Kami bekerja rapat dengan kesemua jabatan bagi kesejahteraan pelajar,” katanya.
Menurut satu laporan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, tiada yang cedera akibat tanah runtuh di Teluk Bahang dan polis telah menjutup jalan terbabit.
“Kami sedang membersihkan kawasan berkenaan bagi memastikan keselamatan orang ramai,” kata jurucakap bomba dalam kenyataan itu.
Terdahulu, beberapa pelajar yang tinggal di Jalan P.Ramlee diangkut dengan bot ke sekolah untuk mengambil SPM yang bermula hari ini.
Banjir kilat berlaku apabila hujan berterusan di sekitar negeri ini sejak tengah malam tadi dan beberapa kawasan dibanjiri air sehingga di atas paras pinggang dan beberapa tempat termasuk Jalan Masjid Negeri dan Bandar Baru Air Itam, berada di paras lutut. – BERNAMA
Komen: Banjir kilat jejaskan penduduk. DAP yang memerintah Pulau Pinang hanya pandai lihat kesalahan orang lain, negeri sendiri tak larat nak jaga. Tentu kerana sistem perparitannya kurang efektif..

Sebelum ini..



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails