Sunday, November 13, 2016

Bermalam Di Desa Cimanggu, Ole-ole Ke Malaya.. Boleh Tumpang!

Hasil carian imej untuk manggis di desa cimanggu
Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim, Jakarta Ke Tasikmalaya (3)  

DARI stesyen bas di Tasik Malaya, sebuah kereta datang menjemput. Saya dibawa ke Desa Cimanggu. 

Menurut kawan yang menjemput kami itu, Desa Cimanggu ada di pertengahan antara sungai Cipanojer sebelah utaranya, dan sungai Cilonggan selatannya. 

"Sekitar tahun 1978 Desa Cimanggu, dimekarkan menjadi dua Desa iaitu Desa Cimanggu sekarang dan Desa Luyubakti, Desa Baru. Diceritakan, nama Desa Cimangggu diambil dari suatu riwayat iaitu , bahawa di blok Cimanggu  persil 49 tepatnya pada tanah milik Bapak Zainal Solihin sekarang, ada sebuah mata air yang keluar dari bawah pohon manggis." Kata kawan kami yang sedang memandu kereta kami itu.


Perjalanan menuju ke Desa Cimanggu.







Menurutnya lagi, perkataan manggis dalam bahasa sunda disebut 'manggu', sehingga dengan berdirinya desa itu, diberi nama Desa Cimanggu. Desa Cimanggu mulai didirikan pada tahun 1917 Masehi. 

Desa Cimanggu mulai diresmikan pada 24 Mei 1980 terdiri dari 5 kedusunan dan 16 Rukun Tetangga (RT) dengan jumlah penduduk ± 2,700 dan yang menjadi Kepala Desanya Bapak Zaenal Solihin (alm) Periode 1979 s/d 1987.

"Terdapat banyak pokok manggis. Buah manggis di sini dikatakan sangat enak rasanya. Bahkan dieksport keluar negara." Katanya.
Hasil carian imej untuk manggis di desa cimanggu

Aku bermalam di Desa Cimanggu. Di rumah kawanku yang membesar di situ. Kini dia sudah berkahwin dan tinggal sekitar Jakarta. Aku, kini bersamanya di rumah itu. Ayahnya masih ada, berumur 80an lebih, tetapi masih kuat ke ladang, jalan kaki di pergunungan berkilometer tiap hari. Ibunya berusia 60an lebih, nampaknya, lebih kuat dari aku sekarang.

Beberapa hari tinggal di sana, aku dijamu makanan 'alami'. Makan pelbagai jenis ubi atau singkong, dan pepucuk daunan tumbuhan asli dari gunung, di situ.

"Ini, aku ada ole-ole untuk dibawa ke Malaya (Malaysia)." Kata kawanku pada suatu pagi, bila melihat aku kurang lancar berjalan kaki.

"Dua bulan sebelum ini, aku tidak dapat berjalan langsung. Nak ke bilik air pun terpaksa mengesot. Aku diserang penyakit 'asam urat'. Atau sakit urat saraf. Tak mampu buat apa-apa lagi. Kaum keluargaku memberikan ubat dengan petua ini. 

"Tepat sebulan aku mengamalnya, keadaanku pulih seperti biasa. Mujarab sungguh! Lihat sudah sebulan aku sihat. Al-hamdulillah!" Katanya, sambil menunjuk tapak tangan, kaki, pegerakan, yang sudah sihat.

Aku tak sabar nak tahu petuanya, "Apa dia?".

"Begini!" Katanya.

"Rawatannya hanya30 hari, boleh buat percubaan. Dapatkan daun durian belanda. 
Hasil carian imej untuk buah dan daun durian belanda
Daun durian belanda, (gambar bawah) buahnya, sedap dimakan..Hasil carian imej untuk buah dan daun durian belanda

Satu:
Siapkan 50 helai pertama daun tersebut untuk kegunaan 10 hari. 5 helai direbus dengan air 3 gelas, sehingga tinggal segelas. Yang tinggal segelas itu diminum 3 kali satu hari. Amalkan hingga 10 hari.

Dua:

Siapkan 70 helai kedua daun tersebut, untuk kegunaan 10 hari. 7 helai direbus dengan air 3 gelas, sehingga tinggal segelas. Yang tinggal segelas itu diminum 3 kali satu hari. Amalkan hingga 10 hari.

Tiga:
Siapkan 100 helai ketiga daun tersebut untuk kegunaan 10 hari. 10 helai direbus dengan air 3 gelas, sehingga tinggal segelas. Yang tinggal segelas itu diminum 3 kali satu hari. Amalkan hingga 10 hari.

Tapi ingat, jangan guna periuk alumanum, baik guna periuk tanah. Boleh juga kalau guna periuk stainless steel..

Semasa aku mengamalnya, selepas 10 hari pertama, sudah mula menampakkan perubahan yang baik. Begitu juga 10 hari kedua, makin baik. Selepas 10 hari ketiga, terus baik. Aku pun terkejut, Al-hamdulillah!" 

Demikian petua sakit urat atau 'asam urat' dari kawanku itu. 

Andapun sakit urat? Nak cuba, boleh cuba! Inilah ole-ole dari Desa Cimanggu kecamatan Puspahiang. Puspahiang adalah kecamatan yang berkembang sangat pesat dibandingkan dengan kecamatan lainya di Kabupaten Tasikmalaya. Jumlah penduduk di Desa Puspahiang sekitar 90,000 jiwa, sedangkan jumlah penduduk di Desa Cimanggu hanya sekitar 5,000.


Insya Allah, perjalanan diteruskan. Bersambung.

Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim, Jakarta Ke Tasikmalaya (3)
ibnuhasyim@gmail.com 
Desa Cimanggu, Puspahiang, 
Tasikmalaya 29 Okto 2016.

3 comments:

Anonymous said...

Wajah yang tiada seri

Anonymous said...

Kah kah kah....layan benda lucah banyak sangat. Nak bukak mata pun payah. Kah kah kah. Taubatlah yob, tak lama lagi tu.

Anonymous said...

Sabar admin.

Puak gilababi ni, nampak wajah Guan Eng saja berseri. Otak liberal. Ha ha ha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails