Monday, November 14, 2016

Kampung Islam Rohingya Dibakar. Puak Mana Yang Bakar?


AGENSI - GAMBAR bertarikh pada 14 Oktober lalu menunjukkan sejumlah rumah terbakar di sebuah perkampungan Islam di negeri Rakhine.

YANGON – Beratus-ratus bangunan di perkampungan etnik Islam Rohingya di barat Myanmar telah dibakar, demikian menurut imej satelit yang disiarkan semalam ketika pertempuran baharu meletus di rantau bergolak itu.

Pihak tentera menutup kawasan Rakhine Utara yang didiami etnik Rohingya dan bersempadan dengan Bangladesh selepas sembilan anggota polis maut dalam serangan mengejut ke atas beberapa pos sempadan bulan lalu.

Tentera Myanmar didakwa membunuh berpuluh-puluh orang, menangkap ramai yang lain semasa memburu kumpulan penyerang itu. Pemerintah Myanmar berkata, siri serangan itu dilakukan oleh pejuang radikal Rohingya yang mempunyai hubungan dengan militan luar negara.
Menurut pihak tentera, pertempuran baharu meletus kelmarin dengan dua askar dan enam penyerang terbunuh. Tentera Myanmar juga mengerahkan beberapa helikopter tempur untuk mematahkan satu serangan hendap.
Imej satelit baharu yang disiarkan oleh kumpulan pemantau hak asasi manusia antarabangsa, Human Right Watch (HRW) menunjukkan bukti perbuatan membakar kediaman dalam serangan ke atas kampung-kampung yang didiami etnik Rohingya.
Berdasarkan analisis HRW, lebih 400 bangunan dibakar di tiga perkampungan Rohingya di mana pertempuran berlaku.
HRW berkata, kebakaran aktif dan kesan rentung menunjukkan kebanyakan bangunan musnah akibat pembakaran sengaja. Imej baharu itu dirakam pada 10 November lalu.
Pengarah HRW Asia, Brad Adams berkata, gambar-gambar itu memaparkan kemusnahan yang lebih meluas berbanding sangkaan sebelum ini.
“Pihak berkuasa Myanmar perlu menubuhkan siasatan dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai langkah pertama dalam memastikan bahawa mangsa-mangsa mendapat keadilan,” katanya dalam satu kenyataan.
Kewujudan semula keganasan di negeri Rakhine menyebabkan krisis antara etnik Rohingya dan penduduk beragama Buddha kian meruncing. Krisis tersebut menjadi cabaran getir buat pentadbiran baharu Myanmar yang diterajui aktivis demokrasi, Aung San Suu Kyi.
Rakhine dibelenggu ketegangan agama sejak letusan keganasan antara populasi Buddha dan etnik Rohingya pada 2012 yang meragut lebih 200 nyawa.
Krisis itu dan laporan pencabulan hak asasi manusia secara berleluasa oleh pasukan keselamatan mendorong masyarakat antarabangsa meningkatkan terkanan terhadap kerajaan awam Myanmar di samping menimbulkan kesangsian tentang keupayaannya mengawal tentera. – AFP
Puak mana yang menyerang dan membakar, masih belum jelas lagi?

4 comments:

Anonymous said...

Hutan di Kelantan habis ditebang. Habitat orang asli Temiang makin hilang. Puak mana yang meluluskan? Puak mana yang menghalalkan?

Anonymous said...

Puak sekuler libral buat fitnah sebab kelantan dipimpin oleh parti islam. Dulu umno guna isu sama untuk burukkan pas sekarang puak sekuler libral bersama2 bergabung guna isu yang sama juga. Teruskanlah tabur fitnah moga kelak allah berihidayah dan bersama2 istikomah memperjuangkan islam. Amin

Anonymous said...


Kampung Islam Rohingya Dibakar oleh PENGGANAS BUDHHA DI MYANMAR. APAKAH NASIB UMAT ISLAM JIKA KAFIR HARBI DAN LIBERAL MEMERINTAH NEGARA INI ????

FIKIR-FIKIRKANLAH SAMBIL MERENUNG ANAK-ANAK KECIL KAMU!

Anonymous said...

Pi lah sana tolong apa yang patut. Gebang kat dalam ni free je bang, standard mentaliti orang MELAYU level antarabangsa. Sekurang2nya anon 4.51 si atas harus ambil 2-3 keluarga Rohingya sebagai keluarga angkat. Baru lah ada pahalanya. Setakat cakap je, pahala dapat dari Tuang Presideng ke?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails