Tuesday, November 15, 2016

Siasat Segera Kekayaan Mengejut P/Khas MP PKR Ampang...

rosli
AIDCNews – 14/11/16 – Banglo mewah dan beberapa kereta milik pembantu khas Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin yang menandakan kekayaaannya secara mengejut dimula dipertikai.
Banglo itu milik Datuk Adam Rosly, yang merupakan Ketua AMK Ampang dan juga pembantu khas Zuraida.
Zuraida pula merupakan Ketua Wanita PKR, Timbalan Pengerusi PKR Selangor yang juga merupakan orang kanan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Azmin Ali.
rosli4rosli2
“HEBAT dan agam berdiri megah rumah Ketua AMK Ampang yang berumur 28 tahun dan sudah pun bergelar Dato..katanya nilainya hampir RM7juta ???
“Didirikan di tengah-tengah rumah marhaen.. berbiji biji kereta mewah..bayangkan ini rumah Ketua AMK..macam mana pula rumah dan kekayaan MP Ampang, Zuraidah..yang ni tak pula SPRM siasat..!
“Mana datang duit Ketua AMK Ampang ni? Ini baru Ketua Pemuda..!,” dedah Badrul Hisham Saharin (Chegubard), ahli PKR seumur hidup yang dipecat keahlian.
adam-mPendedahan Chegubard itu diulas lanjut oleh Captain M seperti berikut :
1. Captain M pernah mendedahkan Zuraida dan pegawai khasnya Adam Rosly budak miskin yang kini kaya-raya selepas menjadi pegawai khas Zuraida Kamaruddin Ahli Parlimen Ampang. Ini adalah bukti bahawa Zuraida menggunakan proksi untuk mengumpul kekayaannya. Laporan kepada SPRM juga telah dibuat. entahlah SPRM seakan tidak berminat dengan rasuah orang politik.
2. Kontroversi 2013 di Ampang mengingatkan pengundi di sana berkenaan seorang macai bernama Adam Rosly yang pernah menyeleweng sumbangan seorang tokoh korporat bergelar ‘Tan Sri’ untuk pembangunan & maintenance sebuah Masjid di dalam kawasan Lembah Jaya, Ampang. Sumbangan RATUSAN RIBU RINGGIT MALAYSIA lesap entah ke mana. Perkara ini pernah dibicarakan di dalam pelbagai blog pada tahun tersebut.
3. Adam ketika itu cuba menapak di dalam PAS Pandan diselamatkan oleh Zuraida selepas ditolak oleh kepimpinan PAS. Akhirnya selepas pemilihan PKR, beliau berjaya menjawat jawatan Ketua AMK atas dasar ‘arahan’ Zuraida.
4. Tahun silih berganti, Adam Rosly semakin ligat mengumpul kekayaan di kala ahli & pengundi PKR terus dibisikkan dengan persepsi bahawa kehidupan rakyat semakin teruk dan tersepit. Namun dalam masa yang sama, ramai yang telah mula bersuara mempersoalkan kekayaan beliau pada usia muda ini, memiliki rumah mewah RM7 juta dan puluhan kenderaan mewah seperti Zuraida Kamaruddin bosnya.
5. Zuraida menggunakan kuasanya telah melantik Adam menjadi Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Selaku proksi Zuraida, kini Adam kaya raya hasil rompakan di PBT secara terbuka, beliau juga mempunyai hubungan istimewa dan rapat dengan Mantan MB Tan Sri Khalid sebelum ini & kini MB Azmin Ali.
6. Ketika kisah Zuraida Mak Lampir menjadi isu sejak 16 Jun 2016 yang lalu berhubung kekayaan dan pemilikan kereta mewahnya bertali arus isu muncul sehingga terdedahnya kenderaan milik ‘taukeh’. Namun kelibat Adam dilihat cuba tidak menonjolkan diri di hadapan umum.
7. Malah proksi Zuraida Marsita Ahmad, Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor merangkap Ketua Wanita PKR Hulu Selangor pernah didedahkan sebelum ini menerusi TV3 oleh CheGuBARD dan akhirnya menekan Zuraida.
8. Bulan Julai lalu Adam Rosly Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang sudah bergelar Dato’ berbanding MP Ampang dan ADUN di kawasan Ampang. Zuraida yg rapat dengan MB Selangor pun tak dapat gelaran itu.
9. Persoalannya apakah jasa yang menyebabkan beliau mendapat pingat di Pahang? Bak kata ahli PKR Ampang, bukankah lebih mula sekiranya pingat tersebut didapatkan untuk bos nya si Zuraida. Itu tandanya Adam Rosly kaya raya untuk membeli gelaran Dato’ itu. Agak-agak APA JASA ADAM ROSLY DI PAHANG jika Selangor pun tidak berminat mengenang jasa Adam Rosly dan Zuraida Kamaruddin!
10. Pendedahan rumah mewah Adam RM 7 Juta di Ampang ditengah-tengah kawasan orang miskin bukti betapa khabar angin kekayaan Zuraida melalui proksi adalah benar. Penipuan Zuraida menggunakan kelayakan MP dalam pembelian kereta mewahnya sudah terbukti.
SPRM tidak boleh teragak-agak kini. Apa guna tangkap pegawai hidup mewah kalau kes Zuraida pun hilang “telor”. Ayuh SPRM!

http://www.medialantang.com/ pula melaporkan..
Jamal mahu dedah kekayaan pembantu Zuraida
14 NOV : Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos meneruskan perancangan untuk mendedahkan kekayaan ‘luar biasa’ seorang pimpinan muda PKR, esok.
Berikutan itu, beliau telah mempelawa media untuk menaiki helikopter bersamanya untuk meninjau rumah banglo bernilai RM7 juta dan pelbagai jenis kereta mewah meskipun baru sepenggal memegang jawatan dalam parti berkenaan.
“Saya nak jemput media. Saya ditawarkan oleh rakan saya naik helikopter dan pelawa enam orang media untuk lihat kekayaan (itu).
“Esok pada 12 tengah hari,” katanya.
Pemuda PKR yang dimaksudkan tersebut adalah Adam Rosly sebelum ini telah menyertai PKR bahagian Ampang setelah gagal menyandang jawatan Ketua Pemuda PAS Ampang.
Susulan itu, Adam telah mendapat restu Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dengan memberi mandat kepada Adam sebagai Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
Beliau kemudiannya telah dilantik untuk memegang jawatan tertinggi di Ampang iaitu pembantu khas kepada Zuraida sehingga menyebabkan timbul perasaan tidak puas hati daripada beberapa pihak tertentu.
Bagaimanapun mengenai isu tersebut, Adam dalam laman sosial Facebooknya berkata ‘politik kotor, serang peribadi dan rumah, fitnah jahat tuduh saya ambil wang rakyat’.
“Saya bukan penyamun macam kalian, saya tiada jawatan dalam kerajaan negeri, #SayaHanyaKetuaAMKAmpang,” kata Adam.
Sementara itu, mengenai tindakan saman yang ingin dibuat oleh Zuraida terhadapnya, Jamal berkata sedia berdepan dengan saman tersebut.
“Itu adalah hak beliau untuk komen apa saja. Komen beliau adalah dari pihak yang menghasut dan memfitnah orang lain, dan ia tidak boleh dipercayai,” katanya.
Beliau juga menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan berdasarkan laporan polis yang dibuatnya.
“Saya sudah buat laporan polis dan jika apa yang beliau katakan itu benar, jadi beliau boleh buat laporan polis juga,” kata Jamal.
Tambah Jamal, beliau telah menjelaskan keadaan yang berlaku dan yakin polis berupaya untuk menjalankan siasatan berdasarkan bukti daripada rakaman video. (IH)

8 comments:

Anonymous said...

Mintak pihak polis siasat bkn saja dlm pembangkang tapi pemimpin2 Umno sekali. Termasuk akaun2 bank mrk semua.

Anonymous said...

Jamal Jamban yg tak kebal tapi bebal berdarah hidung telah menjadi idola ibnu hashim. Setuju ibnu hashim naik helikopter sama Jamal tengok harta2 yg dikumpul oleh orang PKR & jangan lupa tengok rumah baru Iskandar Samad exco Paspispus & jangan lupa ibnu hashim boleh terjun dari heli sama Jamal.

Anonymous said...

Semua pemimpin-pemimpin parti kafir harbi, sekular dan liberal hidup mewah dalam rumah banglo yang BESAR dan terlajak murah. Jika dikira gaji dan elaun mereka, mereka tidak mampu membina banglo sebesar istana!

Maka tidak hairanlah balaci-balaci haprak suka sangat menjadi penjilat-penjilat pemimpin kafir harbi, sekular dan liberal dengan harapan mendapat dedak haiwan ternakan.

Kita sokong Islam, ulama Islam dan jamaah Islam PAS semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah sahaja bukan dedak dll.

Anonymous said...

Kita berharap brother SPRM sudi menyiasat semua harta benda dan wang pemimpin BN dan pembangkang ! Sila gunakan pukat apollo supaya semua bilis dan jerung dan telur-telur mereka terperangkap!

Sifu roket sedang mengidap penyakit lutut terketar-ketar sejak keluar masuk court kerana dakwaan rasuah. Kira nak lihat ramia lagi pemimpin politik dibicarakan kerana pelbagai kesalahan yang merugikan rakyar!

Anonymous said...

Siasat sekali harta2 dan akaun2 lebai2 PAS parti jual agama peralatkan Islam.

Anonymous said...

LU melayu memang ini macam punya...

Anonymous said...

Balaci 12:59 PM ternakan munafik,

Kamu adalah rasis yang bersikap hipokrit. Gajah depan mata kamu tak nampak, kuman seberang laut kamu nampak!

atan said...

Apa jasa Jamban dapat Datuk dan Datuk Seri dari Pahang?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails