Monday, November 14, 2016

Rafizi Bersalah Langgar OSA, Dihukum Penjara 18 Bulan..

Rafizi Ramli kelihatan tenang ketika  keluar dari mahkamah sesyen hari ini
"Saya tidak rasa sedih, terkejut, bimbang, marah atau apa-apa. Ini perkara biasa. Kata pepatah alah bisa tegal biasa," ujar Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dalam twitternya sejurus keputusan dibuat oleh mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.
Rafizi yang juga Anggota Parlimen Pandan Rafizi didapati bersalah melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) hari ini.
Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan terhadap Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan memiliki dan mendedahkan halaman 98 laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Mac lalu.
Hakim Zulqarnain Hassan menjatuhkan hukuman penjara masing-masing 18 bulan bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman itu berjalan serentak.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan peguam Gobind Singh Deo yang mewakili tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.
Sementara itu, jaminan terhadap tertuduh dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000.
Zulqarnain memutuskan Rafizi gagal membangkitkan keraguan munasabah atas dakwaan yang dikenakan ke atasnya.
Berdasarkan kertas pertuduhan Rafizi didakwa memiliki secara salah halaman 98 laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB.
Justeru beliau didakwa melanggar Seksyen 8(1)(c)(iii) OSA 1972.
Rafizi juga dituduh mengedarkan dokumen sulit tanpa kebenaran di lobi parlimen pada 28 Mac dan ia didakwa melanggar Seksyen 8(1)(e)(iv) akta yang sama.
Setiap satu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika disabitkan kesalahan.
Rafizi diwakili peguam Gobind Singh manakala Shukor Abu Bakar bertindak sebagai timbalan pendakwa raya.
Ketika sepatutnya membela diri pada 6 Oktober lalu Rafizi berkata beliau tidak dapat berbuat demikian kerana keseluruhan halaman 98 laporan mengenai 1MDB itu tidak pernah dikemukakan dalam mahkamah. (MD)

4 comments:

Anonymous said...

PAS-PIGS Teganu memang buduh mabok budu lepah tu gi candat sotongg

Anonymous said...

Kalau Pemuda umno taganu tu bangang mabuk air ketum, Pemuda PasPIGS teganu bengong mabok pilkuda. Pemuda pas-umno senada seirama bagaikan kentut dengan tahii..

Anonymous said...

Wah....balaci-balaci ternakan kafir harbi dan sekular liberal meroyan sakan ke tahap sawan babi memaki hamun jamaah Islam PAS semata-mata kerana jamaah Islam PAS memperjuangkan Islam!

Ini jelas menunjukkan balaci-balaci haprak ini sedang 'high' sedut heroin dan minum air ketum sambil menulis komen 10:37 PM dan 11:08 PM.

Anonymous said...

Rakyat berhak untuk mengetahui laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana rakyat yang terpaksa menanggung beban hutangnya hasil kebijaksanaan Pahlawan Bugis dan Jo Low Life. OSA tidak sepatutnya digunakan untuk melindungi sebarang penyelewengan pihak berkuasa!

PAS mempertikaikan tindakan kerajaan yang memilih untuk menolak permintaan Switzerland mendapatkan bantuan undang-undang bagi menyiasat dakwaan rasuah berkaitan 1MDB.

Timbalan presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata hanya dengan memberikan kerjasama yang diminta itu, kerajaan sedikit sebanyak dapat memulihkan persepsi antarabangsa terhadap Malaysia.

Katanya, tindakan senyap kerajaan juga seolah-olah menunjukkan tiada keinginan untuk tahu lebih lanjut siapa di belakang ahli perniagaan Low Taek Jho dan bagaimana wang 1MDB dicuri.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/11/14/bagi-kerjasama-antarabangsa-siasat-1mdb-bersih-imej-negara-kata-pas/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails