Tuesday, November 15, 2016

Kes Penceraian Rumah Tangga Meningkat 6%

Siti Zailah Mohd Yusoff roketkinicomwpcontentuploads201211221112
KUALA LUMPUR – Sebanyak 48,077 kes perceraian melibatkan pasangan beragama Islam direkodkan dalam tempoh Januari hingga 10 Julai tahun ini iaitu meningkat enam peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, daripada jumlah tersebut, tiga negeri yang mencatatkan kes tertinggi perceraian ialah Selangor (7,731) diikuti Sabah (6,638) dan Johor (4,700).
“Kajian mendapati keba­nyakan perkahwinan kali pertama yang berakhir de­ngan perceraian atau perpisahan adalah dalam tempoh lima tahun dan ke bawah.

“Antara punca utama perceraian yang dikenal pasti ialah tiada persefahaman (56.2 peratus), suami tidak bertanggungjawab (15.2 pe­ratus) dan isteri curang (11.8 peratus),” kata beliau ketika menjawab soa­lan Siti Zailah Mohd. Yusoff (Pas-Rantau Panjang) pa­da persidangan Dewan Rakyat di sini semalam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails