Saturday, November 19, 2016

Hotel Bajet Jadi Sarang Pelacur. Mengapa?


Sebahagian wanita warga asing berjaya ditahan dalam serbuan pihak polis bersama MPK di sebuah hotel bajet di Jalan Batu Tiga Lama, Klang kelmarin.


KLANG – Kelicikan sembilan wanita warga asing menggunakan sebuah hotel bajet untuk menjalankan aktiviti tidak bermoral akhirnya terbongkar apabila mereka ditahan dalam serbuan pihak polis bersama Majlis Perbandaran Klang (MPK) di premis tersebut di Jalan Batu Tiga Lama di sini kelmarin.
Serbuan yang diketuai Inspektor Mohd. Anuar Ibrahim daripada Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Klang Utara pada pukul 7.45 petang itu berjaya menahan tujuh wanita warga China dan masing-masing seorang wanita warga Vietnam serta Myanmar.
Turut ditahan ialah seorang lelaki warga tempatan berusia 25 tahun dipercayai penjaga premis tersebut.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Yusoff Mamat berkata, wanita asing tersebut dipercayai menjalankan aktiviti khidmat urut badan ke badan (B2B) dan seks kepada pelanggan mereka di bilik hotel tersebut. (KOsmo!)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa jadi begini? Kerana tiada undang-undang khusus bagi menyekat pelacuran atau perlakuan najis zina, walaupun disebut-sebut Islam sebagai agama bagi Persekutuan ini. Inilah undang-ndang Malaysia..

2 comments:

Anonymous said...

Pas pun dapat share dosa dari kegiatan maksiat ni kerana kerajaan Selangor ditadbir oleh PKR,DAP dan PAS.

Anonymous said...

PAS tidak redha dengan kegiatan maksiat yang menjadi kegemaran puak kafir harbi dan munafik liberal maka PAS terlepas dari dosa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails