Friday, November 18, 2016

KL Dikepung, 58 Jalan Ditutup, 7000 Polis Berkawal, 2 Pemimpin Bersih Ditahan.

maria-chin-abdullah-620x320
Demi keselamatan orang ramai... pihak berkuasa membuat keputusan untuk menutup sebahagian besar jalan-jalan utama di tengah-tengah Kuala Lumpur Sabtu.
Sebanyak 58 jalan membabitkan tujuh kawasan utama di sekitar ibu negara dilencongkan mulai jam 7 pagi esok, susulan perhimpunan Bersih 5 di Dataran Merdeka.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata lencongan membabitkan kawasan sekitar Maybank (Bangsar), Little India (Brickfields), Masjid Negara dan Muzium Negara, Sogo dan Dataran Merdeka, Parlimen dan Bank Negara, Pudu Sentral dan Pasar Seni, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Jalan Chow Kit.
"Lencongan jalan ini bermula jam 7 pagi sehingga perhimpunan selesai.
"Polis bersedia dengan kekuatan mencukupi bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.
Beliau turut menasihati orang ramai mengelak daripada memasuki laluan ke Dataran Merdeka kerana dikhuatiri berlaku kesesakan lalu lintas.
Sementara itu, seramai 7,000 anggota dan pegawai polis ditugaskan mengawal perhimpunan haram BERSIH 5 dan Gerakan Baju Merah esok.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata polis mempunyai anggota mencukupi bagi menjaga keamanan dan ketenteraman rakyat.
"Polis akan bertindak mengikut undang-undang, termasuk menangkap sesiapa sahaja yang mahu mencetuskan ketegangan," katanya.-18/11/2016

Sementara itu di Bangi, 18 Safar 1438H, Jumaat, hari ini, Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah dan Setiausahanya, Mandeep Singh telah ditahan pihak polis petang ini.

Sepasukan polis Bukit Aman bersama pasukan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum itu telah datang ke pejabat Bersih di Petaling Jaya pada jam 3 petang, lapor sebuah portal liberal.
Polis telah merampas 10 komputer, dua telefon bimbit, dan beberapa dokumen.
Bersih disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana menganjurkan aktiviti yang mencabar demokrasi berparlimen.
Bersih dijadualkan berlangsung esok di ibu negara namun tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.
Turut berhimpun esok kumpulan Baju Merah yang diketuai oleh Datul Jamal Md Yunus yang bertujuan membantah perhimpunan Bersih.  (IH)
LARANGAN MENGADAKAN PERHIMPUNAN DAN HEBAHAN LENCONGAN JALAN
Umum diketahui  pada Sabtu ini iaitu pada 19 November 2016 beberapa perhimpunan oleh beberapa kumpulan akan diadakan secara besar-besaran di sekitar Dataran Merdeka dan beberapa lagi kawasan di Kuala Lumpur.
Mungkin ramai akan bertanyakan samada perhimpunan2 ini yang berlunaskan Artikel 10 Perlembagaan Malaysia ( Freedom of assembly) adalah juga sah dan mengikuti peraturan sepertimana termaktub dibawah Akta Perhimpunan Aman 2012….dan samada bolehkah mereka menghadiri perhimpunan tersebut.
  Sehubungan dengan itu,ingin saya membuat penjelasan disini.
Polis Kuala Lumpur telah menerima notis daripada dua kumpulan iaitu:-
i) Kumpulan Bersih 5.0; (baju kuning)
ii) Kumpulan NGO Gabungan Gerakan Merah Malaysia (GNGMM).
(Baju Merah)
Secara terperincinya, Polis Kuala Lumpur telah menerima notis daripada kumpulan Bersih  pada 28 Oktober 2016 untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka
manakala notis daripada kumpulan Gabungan Gerakan Merah Malaysia (GNGMM) kami telah terima pada  1 November 2016 dimana mereka pula telah memberi notis untuk mengadakan perhimpunan di Padang Merbuk.
Kedua-dua notis kumpulan ini tidak diproses kerana mereka gagal mendapatkan kebenaran daripada tuan punya tanah/tapak dimana perhimpunan diadakan iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sepertimana yang telah disyaratkan di bawah Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).
Walaubagaimanapun pihak polis KL telah menasihati dan mencadangkan kedua2 kumpulan ini untuk mengajurkan perhimpunan mereka ditempat yang sesuai dan dapat kebenaran dari tuanpunya tanah sepertimana kehendak seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012.
Malangnya sehingga hari ini kedua2 kumpulan ini tidak dapat mengemukakan cadangan alternatif yang sesuai.
Maka dengan ini kedua2 perhimpunan ini tidak memenuhi syarat2 dibawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan dengan itu secara automatisnya ia melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.
 
Selain daripada dua kumpulan ini juga, melalui media sosial dapati dua lagi kumpulan lain yang juga akan turut serta dalam perhimpunan ini iaitu :-
i) Kumpulan Baju Putih;
ii) Kumpulan Baju Hitam;
Akan tetapi tiada sebarang permohonan/notis diterima daripada kumpulan2 ini.
Sehubungan dengan itu, dengan adanya  keempat-empat kumpulan ini akan
i)  mengadakan perhimpuan ditempat yang sama
iii) dan pada tarikh dan masa yang sama.
iv) Mereka yang mempunyai fahaman berbeza ini
Ada berkemungkinan yang besar akan berlaku selisih faham dan akan menimbulkan kekacauan pada masa perhimpunan itu bertembung.
Oleh yang demikian, pihak polis KL telah menasihati kesemua kumpulan ini untuk tidak meneruskan perhimpunan , mengambil kira isu-isu keselamatan dan ketenteraman awam di Bandaraya Kuala Lumpur, akan tetapi mereka masih berdegil dan mahu meneruskan perhimpunan ini.
Pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak terlibat dengan perhimpunan haram dan mana-mana kumpulan ini baik kuning, merah, putih dan hitam.
Pihak polis tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan tangkapan bagi mereka yang menimbulkan kekecohan dan menggangu gugat keselamatan dan ketenteraman aman di bandaraya KL dan melanggar undang-undang semasa perhimpunan tersebut.
Ingin juga saya menegaskan disini  Polis KL dengan kekuatan yang mencukupi akan tetap mengadakan kawalan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di sekitar KL terkawal.
Ingin juga saya maklumkan,yang kita akan mengadakan lencongan jalan di beberapa jalanraya di sekitar KL.
Orang ramai juga dinasihatkan supaya mengelak daripada memasuki laluan Ke Dataran Merdeka
Jalan-jalan yang dilencongkan adalah di kawasan-kawasan berikut :-
i) Kawasan sekitar Maybank Bangsar;
ii) Kawasan sekitar Brickfields (Little India);
iii) Kawasan sekitar Masjid dan Muzium Negara;
iv) Kawasan sekitar Sogo dan Dataran Merdeka;
v) Kawasan sekitar Parlimen dan Bank Negara;
vi) Kawasan sekitar Pudu Central dan Central Market;
vii) Kawasan sekitar PWTC dan Chow Kit.
Pihak polis membuat lencongan jalan ini adalah untuk memastikan keadaan lalu lintas terkawal memandangkan ada diantara kumpulan yang terlibat dengan perhimpunan ini akan menggunakan kenderaan semasa berhimpun. Selain daripada itu, apabila empat kumpulan berkumpul di satu tempat dan masa yang sama dijangkakan jumlah peserta sememangnya dalam jumlah yang besar daripada kebiasaan. Lencongan ini adalah untuk memastikan tiada kesesakan lalu lintas semasa perhimpunan berlaku.
Sememangnya pihak polis sedar berhubung dengan hak-hak untuk berhimpun dan mengadakan perhimpunan sepertimana tertakluk di bawah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, walaubagaimanapun perhimpunan tersebut hendaklah berlangsung dengan aman dan terkawal.
( DATO’ AMAR SINGH ISHAR SINGH ) CP
KETUA POLIS
KUALA LUMPUR.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails