Sunday, November 13, 2016

BERSATU Tangguh Perjanjian Dengan HARAPAN, Mengapa Pula?



Seperti hanya selangkah lagi untuk menyertai Pakatan Harapan (HARAPAN) namun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) meminta sedikit masa tambahan sebelum memuktamadkan penyertaan mereka ke dalam gabungan berkenaan. (Lihat aje LKS nampak macam tak mahu lihat muka TSMY pasal tak nak tt)
Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata masa itu diperlukan untuk mereka meneliti keseluruhan perjanjian berkenaan.

"Minta maaf, perjanjian ditangguhkan hari ini. Minta maaf," katanya semasa memberikan ucapan di Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam hari ini.

Kata bekas timbalan presiden Umno yang dipecat itu BERSATU berasakan masa secukupnya diperlukan terutama membabitkan hal sepenting itu.

"Dalam urusan dan hal-hal penting seperti perjanjian pertama yang kami akan tandatangani, saya dah minta tangguh untuk beri masa secukupnya kepada pemimpin BERSATU dan Pakatan Harapan berbincang dengan lebih lanjut," katanya.

Bagaimanapun mengulas lanjut, Muhyiddin berkata BERSATU secara dasarnya bersetuju dengan sebahagian perjanjian tersebut.

"Ada pihak kata, saya tarik diri daripada tandatangani perjanjian dengan HARAPAN, tetapi sebenarnya saya tidak berundur, saya amat serius.
"Pada dasarnya saya setuju dengan sebahagian besar perjanjian tersebut termasuk kedudukan Sabah dan Sarawak, hal kedudukan agama Islam dan agama kaum-kaum lain, bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa kemuliaan dan institusi raja Melayu," kata Muhyiddin.

Sementara itu, mengulas apakah penangguhan pemeteraian perjanjian kerjasama dengan HARAPAN oleh BERSATU dibuat ekoran perbincangan mereka dengan PAS, ini jawab Muhyiddin: "Bukan kerana itu, tapi saya sengaja minta (lebih masa) kerana mahu beri peluang kepada kepimpinan BERSATU mengadakan pertemuan pertama kali dengan pucuk pimpinan HARAPAN yang belum dibuat sebelum ini."

Perlu pertemuan pakar

Awal November lalu PAS mengesahkan bahawa parti itu berbincang dengan Muhyiddin mengenai jalinan kerjasama untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

Ketua Pemudanya, Nik Abduh Nik Aziz menjelaskan bentuk kerjasama itu masih belum dimuktamadkan dan memerlukan masa serta penelitian daripada kedua-dua belah pihak.

Terdahulu semasa berucap dalam Konvensyen Pakatan harapan pagi tadi Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir berharap parti yang dinaunginya itu bersetuju untuk memeterai perjanjian kerjasama dengan HARAPAN.

Kata Dr Mahathir lagi adalah tidak benar Muhyiddin menentang penyertaan parti berkenaan ke dalam HARAPAN.

Sebaliknya kata Dr Mahathir, Muhyiddin dan beliau bersependapat untuk menyertai gagasan berkenaan secara langsung kerana berkongsi pandangan bahawa negara ini perlu dibebaskan daripada kepimpinan Najib.

Menurut Muhyiddin beliau juga turut mencadangkan satu perjumpaan bersama pakar mewakili kesemua parti kompenan HARAPAN.

"Saya mahu keputusan mengadakan kerjasama dibuat secara komprehensif (dan) ini memerlukan proses perbincangan yang luas.

"Saya juga telah meminta sekreteriat HARAPAN untuk tentukan tarikh dan masa yang sesuai untuk perbincangan tersebut dan apabila semua capai (kata sepakat) baru kita akan tandatangani," kata Muhyiddin. (TKO)

8 comments:

Anonymous said...

Ada yg tertinggal tu. Kata Tun lgi sesiapa yg bawa masalah atau buat kacau dlm pakatan nanti dia tu adalah penyokong najib.. Tun dah tahu serban besar dah kene beli.

Anonymous said...

Serban besar nafsu pun besar. Agama pun sanggup digadai.

Anonymous said...

PAKATAN TIADA HARAPAN

JIKA BERSEKUTU

DENGAN KAFIR HARBI

YANG SENTIASA MEMUSUHI ISLAM

DAN MENINDAS UMAT ISLAM.

UMAT ISLAM PASTI MENJAUHI

PAKATAN TIADA HARAPAN

SEPERTI MENJAUHI PENYAKIT AIDS.

KATAKAN 'TIDAK'

KEPADA PARTI KAFIR HARBI

SUPAYA UMAT ISLAM

MENGHORMATI DAN MENYOKONG

PAKATAN PEMBANGKANG !

PARTI KERIS MENANG

KERANA WUJUDNYA PARTI ROKET.

TANPA PARTI ROKET,

PARTI KERIS AKAN PUPUS

SEPERTI DINOSAUR !

Anonymous said...

Balaci 11:33 PM dan 11:38 PM adalah ternakan kafir harbi maka tidak hairanlah mereka sentiasa memfitnah dan memburuk-burukkan ulama Islam dan parti Islam PAS kerana kafir harbi memusuhi Islam dan umat Islam.

Setiap kali mereka memfitnah PAS, mereka akan mendapat upah dedak babi Ultra Kiasu! Maka tidak hairanlah perangai seperti babi !

Anonymous said...

Anak dajjal anon 12:58 ternakan Parti Ajaran Syaitan suka memfitnah sana sini krn berguru dgn ketua lebai jual agama P.A.S

Anonymous said...

Serban besar dh dijual 90 juta. Mung semua keno tipu di hadi hahahahaha

Anonymous said...

Salam dik. 90juta ni dh basi mana ada trooper DaPan sebut dh slps 5Nov. Sbb lawyer dh dilantik...sila luaskan pembacaan ye.

Anonymous said...

Lawyer ada ramai bang. Setakat nak kata dah lantik lawyer, heheheheh rasanya terlalu general la kan. Senang betul walaun2 dan barua2 geng jubah berserban kena tipu dengan konco2 Hadi Mereng. Depa spin sikit je barua2 ni percaya. Kalau betul dah lantik, kenapa tak sebut sahaja nama lawyer tu? Bolehlah kita buat research sikit tentang mereka ni. Adakah mereka itu muslim? Atau kristian ke yahudi ke? Nak gak tahu samada lawyer ni berkemampuan ke tidak. Bukan benda main2 ni. Almaklumlah, ini satu tuduhan yang berat, sampai tak boleh nak saman di Malaysia, kena gak saman di UK. Kalau saman di Malaysia agaknya dah menang berjuta2.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails