Saturday, November 12, 2016

Lagi Penculikan Abu Sayyaf Di Selatan Filipina


ASKAR Filipina memeriksa kapal layar milik seorang rakyat Jerman yang diculik Abu Sayyaf di selatan Filipina baru-baru ini . - AGENSI
ZAMBOANGA – Sekumpulan lelaki bersenjata menculik sekurang-kurangnya lima kelasi sebuah kapal kargo Vietnam di perairan selatan Filipina semalam, kata pihak berkuasa.
Kumpulan militan Abu Sayyaf diketahui aktif melakukan penculikan di rantau itu untuk mendapatkan wang tebusan.
Insiden terbaharu itu menjadikan mangsa yang diculik dari kapal-kapal di perairan itu meningkat kepada sekurang-kurangnya lapan orang sejak seminggu lalu termasuk seorang pelaut Jerman sekali gus meningkatkan kebimbangan bahawa pihak berkuasa tidak berupaya mengawal kegiatan lanun yang kian berleluasa.
Kapal kargo MV Royal 16 sedang belayar kurang 20 kilometer dari Pulau Basilan, kubu kuat Abu Sayyaf apabila ia diserang pagi semalam.
Pihak berkuasa berkata, dua kru MV Royal 16, seorang daripadanya cedera, berjaya melarikan diri dan diselamatkan oleh sebuah kapal kargo lain.
“Aset tentera laut Filipina telah dikerahkan untuk misi mencari dan menyelamatkan mangsa-mangsa penculikan ini,” kata jurucakap tentera peringkat wilayah, Mejar Filemon Tan.
Katanya, kewarganegaraan lima kelasi dan identiti kumpulan penculik itu masih tidak diketahui.
Namun, kumpulan Abu Sayyaf telah dituduh menculik berpuluh-puluh kelasi Indonesia dan Malaysia di perairan selatan Filipina sejak beberapa bulan lalu.
Pada hujung minggu lalu, seorang komander Abu Sayyaf mengaku bertanggungjawab menculik pelaut Jerman berusia 70 tahun, Jurgen Kantner dan membunuh isterinya.
Kumpulan militan itu turut menculik kapten sebuah kapal kargo Korea Selatan dan seorang kelasi Filipina dalam serangan pertama ke atas kapal dagang besar.
Pada tahun ini, militan Abu Sayyaf turut memenggal kepala dua tebusan warga Kanada selepas wang tebusan berjumlah jutaan dolar yang mereka tuntut gagal dibayar. – AFP

3 comments:

Anonymous said...

Terdapat pelbagai kemungkinan di sebalik penculikan di Filipina Selatan:

Tentera Filipina mungkin telah menculik orang ramai dan menuntut tebusan untuk memfitnah dan memburuk-burukkan pejuang Islam Moro yang sedang berjuang membebaskan negara mereka Filipina Selatan dari penjajahan Kristian. Pejuang telah berjuang beratus tahun untuk membebaskan negara Islam Filipina Selatan dari penjajahan Sepanyol, Amerika, Jepun dan kerajaan Kristian Filipina.

Atau penculik-penculik upahan bekerja bagi pihak kerajaan Filipina untuk memfitnah dan memburuk-burukkan pejuang Islam Moro.

Pernahkah kita berfikir tentang senerio di atas?

Anonymous said...

Jika kerajaan Amerika, CIA, rejim pengganas Israel dan Mossad boleh mencipta Al-Qaeda untuk memfitnah dan memburuk-burukkan Islam dan umat Islam, maka kerajaan Kristian Filipina pun boleh melakukan taktik yang sama !

Anonymous said...

Saya mohon maaf kerana kesilapan berlaku semasa saya menulis komen 2:12 PM dan komen 2:15 PM.

PEMBETULAN UNTUK KOMEN 2:12 PM DAN KOMEN 2:15 PM:

PERNAHKAH KITA BERFIKIR PELBAGAI SENERIO di sebalik penculikan di Filipina Selatan?

ADAKAH TERDAPAT KEMUNGKINAN tentera Filipina menculik orang ramai dan menuntut tebusan untuk memfitnah dan memburuk-burukkan pejuang Islam Moro yang sedang berjuang membebaskan negara mereka Filipina Selatan dari penjajahan Kristian? Pejuang telah berjuang beratus tahun untuk membebaskan negara Islam Filipina Selatan dari penjajahan Sepanyol, Amerika, Jepun dan kerajaan Kristian Filipina.

ADAKAH penculik-penculik upahan bekerja bagi pihak kerajaan Filipina ATAU KUASA ASING DLL untuk memfitnah dan memburuk-burukkan pejuang Islam Moro?

Jika kerajaan Amerika, CIA, rejim pengganas Israel dan Mossad boleh mencipta Al-Qaeda untuk memfitnah dan memburuk-burukkan Islam dan umat Islam, ADAKAH kerajaan Kristian Filipina menggunakan taktik yang sama?

ADAKAH PENCULIKAN INI ADALAH OPERASI SULIT 'FALSE FLAG'?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails