Tuesday, November 08, 2016

Guan Eng Terasa Dipenjara? Pilih Chow Pengganti, Mengpa Tidak Ramasamy?


guan

Kaum bukan faktor. Kami semua rakyat Malaysia. Begitulah laungan DAP selama ini.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng baru-baru ini berharap DAP menerima Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menggantikan beliau sebagai ketua menteri sekiranya beliau dipenjara.
Lim tidak menamakan kedua-dua timbalan ketua menterinya, Mohd Rashid Hasnon dari PKR dan P. Ramasamy, dari DAP.
Tindakan Lim melangkau Rashid boleh difahami, kerana beliau daripada PKR. Sememangnya di sini tiada faktor kaum, lagipun DAP tidak mengamalkan perkauman.
Tetapi mengapa Lim tidak tergamak pilih Ramasamy sebagai penggantinya? Apakah Ramasamy tidak layak? Sekiranya Lim uzur hari ini, yang menjalankan urusan ketua menteri Pulau Pinang sebagai pemangkunya adalah Rashid dan Ramasamy, bukannya Chow.
Sekiranya Chow layak menjadi ketua menteri, mengapa pula dia tidak diambil sebagai timbalan ketua menteri? Rasanya, Lim perlu memberi justifikasi mengapa Chow harus dipilih berbanding Ramasamy sebagai ketua menteri.
Selepas itu, beliau wajib menjawab mengapa Ramasamy diangkat timbalan ketua menteri, bukannya Chow, sekiranya benar Chow lebih layak daripada Ramasamy. Dari sudut satu, bukankah ia akan menggembirakan para pejuang “Kami adalah rakyat Malaysia” sekiranya Ramasamy diangkat menjadi ketua menteri?
Bukankah ia memberikan harapan setiap ahli dalam DAP mempunyai peluang sama-rata memegang jawatan tertinggi? Kalau tidak, apa lagi faktornya? Ingat, jangan terfikir pesong ke arah faktor perkauman. Di dalam DAP, semua orang dianggap rakyat Malaysia dan kaum bukannya faktor penentu.
Cuma terfikir, apakah Lim juga akan menggesa DAP menerima calon pilihannya untuk menggantikannya sebagai setiausaha agung DAP?
Ini demokrasi, dan DAP merupakan pejuang demokrasi.
Kan?
PETIKAN: Free Malaysia Today

3 comments:

Anonymous said...

Ahok Penang memang rasis.Hanya kerana penolongnya lain warna kulit, beliau disisihkan. Tetapi bagi PAN, Ahok Penang adalah suci

http://www.ismaweb.net/2016/11/perwakilan-dap-dakwa-kerajaan-pulau-pinang-gagal-bela-kaum-india/



Perwakilan DAP Dakwa Kerajaan Pulau Pinang Gagal Bela Kaum India


GEORGE TOWN, 7 Safar 1438H, Isnin – Seorang anggota perwakilan Konvensyen DAP Pulau Pinang 2016 hari ini membidas pentadbiran kerajaan negeri yang mengabaikan kebajikan kaum India di negeri ini.

Perwakilan Datuk Keramat, A. Krishnan mendakwa, kedudukan ekonomi dan taraf hidup kaum India di Pulau Pinang semakin merudum selepas DAP mengambil alih pentadbiran negeri ini.

“Kaum India mengharapkan pembelaan sewajarnya dan menjadikan keadaan kami lebih baik berbanding ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) namun, malangnya sejak 2008, peluang (untuk kaum India) semakin hilang,” katanya semasa sesi perbahasan konvensyen itu di sini, hari ini.

Krishnan turut mendakwa slogan ketelusan yang diperjuangkan kerajaan DAP tidak bermakna apabila hanya individu tertentu sahaja yang berkuasa membuat keputusan. – Bernama


Anonymous said...

Tuan Ibnu Hasyim yang dihormati,

Assalamualaikum tuan.

Dengan segala hormatnya saya mohon Tuan sudi menerbitkan Pakar Hukum Pidana: Ahok Memang Melakukan Penodaan Agama Islam dalam website ibnuhasyim untuk kebaikan umat Islam.

http://www.republika.co.id/berita/nasional/hukum/16/11/07/og88nf385-pakar-hukum-pidana-ahok-memang-melakukan-penodaan-agama-islam

Sekian, terima kasih.

Ibnu Hasyim said...

T.kasih atas maklumat anda.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails