Wednesday, February 17, 2016

Satu Lagi Pusat Lacur Tertua Di Kalijodo Akan Ditutup. Syabas Ahok!

Basuki yang lebih dikenali dengan nama Ahok berkata, dia sudah berbincang dengan pegawai daerah Jakarta Utara dan Jakarta Barat untuk mengeluarkan surat peringatan kepada pengusaha di kawasan berkenaan mengenai cadangan menutupnya.

Risma Triharini

Sebelum ini,  siapa tidak kenal Datuk Bandar atau Wali Kota Surabaya, Risma Triharini yang terkenal dalam membanteras maksiat. Dengan sekelip mata beliau telah berjaya menukar dari pusat seks maksiat terbesar di Asia kepada pusat perkhidmatan dan kebajikan rakyat di Gang Dolly Surabaya.

“Kami juga meminta bantuan polis dan tentera mengenai rancangan berkenaan,” kata Ahok, yang berbangsa Cina beragama Kristian berbanding Risma Triharini yang beragama Islam.

b968e0e47cbe01e2ae6ec96807e94c56


Justeru berita penutupan Kalijodo sebagai pusat pelacuran yang bakal diubah jadi Ruang Terbuka Hijau (RTH) menggusarkan penduduk-penduduk di sana, kerana aktiviti tersebut merupakan mata pencarian mereka.
Dia sebelum ini berkata, pihaknya akan menutup kawasan hiburan malam Kalijodo itu dalam masa terdekat dan menggantikannya dengan taman.

Hasrat menutup kawasan yang terkenal kerana aktiviti maksiat itu timbul semula selepas kemalangan minggu lalu yang menyebabkan empat orang terbunuh selepas seorang pemandu yang mabuk Riku Agung Prasetio, 24, merempuh mereka.

Riku dikatakan memandu keretanya untuk pulang selepas minum arak dan berpeleseran di Kalijodo.

“Kita akan bina taman di kawasan itu. Ia lebih baik daripada menjadi tempat maksiat yang mendatangkan lebih banyak mudarat,” kata Ahok.

Rancangan itu bagaimanapun mendapat tentangan sebahagian penghuni Kalijodo yang terdiri daripada ratusan pelacur, pemilik rumah pelacuran dan penjenayah.

“Kalau dia (Ahok) berani cubalah. Semua penduduk di sini penjenayah. Ahok tidak akan berjaya menutup kawasan ini,” kata seorang penghuni, Manan, kepada wartawan.

Mengulas mengenai ancaman itu, Ahok berkata, dia tidak gentar berdepan dengan penjenayah di situ.

“Jika ada 100 daripada mereka, kita akan bawa 100 polis lengkap bersenjata.
“Kalau perlu, kita bawa sekali kereta kebal untuk menutup Kalijodo. 

Sungguh memalukan bila ada Datuk Bandar yang beragama Islam tidak berani membanteras pusat-pusat maksiat demikian, seperti di Malaysia. Malu le. Syabas Ahok! (IH)  Bersambung..


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails