SHAH ALAM: PAS Selangor meminta Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak menaikkan tarif air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya buat masa ini.
Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata rakyat kini terbeban dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup.
“Biar kita rujuk dahulu kepada MB apa yang berlaku. Saya berharap kerajaan negeri mengambil kira kesusahan rakyat pada hari ini, yang rata-rata dihimpit dengan masalah ekonomi.
“Apa pun kita tunggu sidang DUN akan datang pada Mac depan supaya MB dapat beri jawapan yang rasmi kepada rakyat,” katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
Khairuddin, yang juga ADUN Paya Jaras mengulas laporan media sebelum ini bahawa Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd akan menghantar pelan perniagaan tiga tahun kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Selangor (SPAN) pada bulan depan.
Pelan perniagaan itu bakal melibatkan cadangan kenaikan tarif baru air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Ia akan mengambil kira kos biaya operasi dan pengurusan air di tiga kawasan tersebut.
Cadangan kenaikan itu bagaimanapun tidak disenangi oleh wakil rakyat Umno-Barisan Nasional (BN) yang mahu Azmin berpegang kepada janjinya pada sidang DUN lalu untuk tidak menaikkan tarif air.
ADUN Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik berkata rakyat akan menilai keikhlasan kerajaan dalam menetapkan sesuatu dasar sekiranya cadangan kenaikan itu dipersetujui –Antarapos
3 comments:
Dewa Cina....
Jika parti pemerintsh dan pembangkang membebankan rakyat, marilah kita semua menyokong dan mengundi parti Islam dalam PRU14 untuk menjaga kebajikan rakyat.
Pemimpin-pemimpin parti Islam mestilah bertindak bijaksana semasa memilih dan menapis calon-calon parti Islam dalam PRU14 supaya tidak terpilih dewa China, tokoh Syiah dan tokoh sekular dan pelawak dan badut yang pandai berlakon!
Pemimpin parti Islam mestilah memilih calon-calon yang mempunyai pengetahuan Islam yang mencukupi dan mengamalkan ajaran Islam, bijaksana, jujur, ikhlas, tegas dan takut pada Allah dan mentaati perintah Allah dan RasulNya.
Nasihat saya ini adalah ikhlas untuk parti Islam kerana saya cintakan perjuangan Islam
TOLAK PAS PILIH AMANAH - TPPA
Post a Comment