Wednesday, February 17, 2016

Penduduk Kampung Mutiara Kalah

SEBAHAGIAN penduduk Kampung Mutiara hadir di Mahkamah Rayuan Putrajaya untuk mendengar keputusan perundangan berhubung dua lot tanah yang mereka duduki.
PUTRAJAYA – Penduduk Kampung Mutiara di Batu Feringghi, Pulau Pinang kalah di Mahkamah Rayuan di sini untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang memerintahkan mereka mengosongkan dua lot tanah seluas 1.4 hektar milik orang lain yang mereka duduki di kampung itu.
Tiga anggota panel Hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid; Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Rahman Sebli dan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Asmabi Mohamad sebulat suara menolak rayuan mereka selepas mendapati tiada merit dalam rayuan berkenaan.
Dalam penghakiman semalam, Umi Kalthum turut memutuskan kesemua penduduk perlu membayar kos perundangan kepada pemilik tanah tersebut, Peter Loke Leng Seak sebanyak RM5,000.
Keputusan itu menyokong penghakiman Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 3 Julai 2012 yang memutuskan kesemua penduduk menyerahkan tanah kosong yang terkandung di bawah geran 35070 Lot 39 dan Gred 35071 Lot 40, kedua-duanya di Seksyen 1 Daerah Timur Laut, Bandar Batu Feringghi, Pulau Pinang dengan serta-merta kepada Leng Seak.
Dalam tuntutan saman sebelum ini, Leng Seak menamakan 18 individu sebagai defendan manakala pihak ke-19 merupakan penghuni, penceroboh dan setinggan yang menduduki kedua-dua lot tanah tersebut.
Pada 2 Februari lalu, Kosmo! melaporkan, walaupun berstatus tuan tanah, Leng Seak, 66, gagal mendapatkan haknya apabila 350 penduduk yang membina rumah setinggan di atas tanahnya enggan berpindah walaupun telah diarahkan oleh mahkamah. (Kosmo)

6 comments:

Anonymous said...

Kampung Melayu dirobohkan di Pulau Pinang

Mat Sabu dan Mujahid dari PAN Imayam, apa diorang peduli pasal nasib kaum melayu Islam. Walaupun keturunan mereka Penang mari Mungkin dalam hati mereka, lebih baik melayu Islam Penang makan pasir asalkan DAP yg anti Islam Happy.

Satu Persatu Kampung Melayu Dirobohkan Sebaik Sahaja Lim Berkuasa Di Pulau Pinang

https://aidcnews.wordpress.com/2015/12/17/satu-persatu-kampung-melayu-dirobohkan-sebaik-sahaja-lim-berkuasa-di-pulau-pinang/

AIDCNews – 17/12/15 –Satu persatu kampung Melayu dirobohkan di Pulau Pinang sebaik sahaja Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri sebagai Ketua Menteri.

Perkara itu didedahkan oleh Syed Imran Syed Ahmad dalam blognya, Kuda Ranggi.

Berikut tulisan Syed Imran bertarikh pada 4 September 2009 bertajuk “Tanjong To’kong – secebis kisah”

Satu demi satu kampung Melayu hilang atas nama pembangunan. Projek-projek pembangunan yang dilaksanakan atas tapak bekas perkampungan Melayu di Pulau Pinang disempurnakan oleh kedua-dua pihak, iaitu pemaju swasta dan agensi pemerintah atau syarikat berkaitan kerajaan.

Di kawasan bandar raya George Town, tiada lagi perkampungan Melayu dalam erti kata yang sebenar. Yang masih tegak tetapi tidak semestinya tidak akan rebah ialah beberapa buah kampung kecil seperti Kampung Makam (wakaf Sheikh Kassim) dan saki baki perkampungan Melayu di Tanjong Tokong.

Di mukim Kelawai, umpamanya, kampung Melayu termasuk yang berada di sepanjang pantai yang kini terkenal dengan Plaza Gurney, Hotel G, Hotel Gurney dan Hotel Evergreen Laurel telah lama berkubur.

Antara Kelawai dan Tanjong Bunga, kampung Melayu yang sebenarnya hanya wujud di Tanjong Tokong kerana beberapa buah kampung di Bagan Jermal, Bagan Atas dan Tanjong Tokong sendiri telah hilang ditelan pembangunan.

Kampung Melayu Tanjong Tokong adalah antara perkampungan Melayu yang awal wujud di Pulau Pinang. Semasa nakhoda kapal Syarikat Hindia Timur atau East India Company (EIC) bernama Francis Light mendarat di Tanjong Penaga (dekat Padang Kota Lama), kampung Melayu Tanjong Tokong sudah pun wujud. Ia bukan sebuah kampung yang dibuka selepas kedatangan Inggeris pada tahun 1786 tetapi jauh lebih awal. Ia adalah warisan bangsa.

Malangnya, atas nama pembangunan, satu demi satu kampung Melayu antara Kelawai dan Tanjong Bunga dilenyapkan. Kini nasib perkampungan Melayu Tanjong Tokong berada dihujung tanduk.

Anonymous said...

Satu per satu Melayu Islam dihalau dari Pulau Pinang. Weiiiii Mic Sabu Al Selfie Amoy anak Penang Khianat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Air mata penderitaan orang melayu di mata kamu tak da nilai. Woiii Babi PAN Imayam kao dengaq tak!!!!!!!!!!!!!!!! Yang penting DAP Happy. Melayu makan pasir pun dont care.

https://aidcnews.wordpress.com/2015/12/16/lagi-kampung-melayu-di-pulau-pinang-bakal-lenyap/

Lagi Kampung Melayu Di Pulau Pinang Bakal Lenyap?

GEORGE TOWN- Sebuah lagi perkampungan Melayu di Pulau Pinang iaitu Kampung Selut, Sungai Pinang di sini bakal lenyap selepas penduduk di situ dimaklumkan kawasan berkenaan akan dibangunkan semula oleh pemaju.

Kampung berkenaan yang terletak berhampiran bandaraya George Town di sini wujud sejak 1960-an dan menempatkan kira-kira 5,000 penduduk.

Pengerusi Kariah Masjid Jamek Sungai Pinang, Ibrahim Din berkata terdapat 102 buah rumah teres dan 102 rumah jenis sebuah di kawasan berkenaan yang dibina atas milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dipercayai terlibat dalam projek pembangunan semula di situ.

“Tanah itu adalah milik seorang individu dan kerajaan Pusat yang diterajui perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein ketika itu memberikan sejumlah wang untuk membina rumah di kawasan berkenaan bagi membantu orang Melayu yang tidak mempunyai rumah.

“Pemilik tanah itu bersetuju menjadikan kawasan berkenaan sebagai tanah rizab orang Melayu dan Majlis Perbandaraan Pulau Pinang (MPPP) ketika itu dilantik sebagai pemegang tanah terbabit,” dakwanya.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Ibrahim yang juga tinggal di Kampung Selut berkata penduduk di situ telah beberapa kali berhubung dengan MBPP untuk membeli rumah-rumah berkenaan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, bagaimanapun tidak berjaya ekoran pihak berkenaan enggan menjualnya.

“Selepas beberapa perbincangan hanya pemilik rumah sebuah-sebuah dapat membeli rumah manakala mereka yang tinggal di rumah teres masih menyewa dan kami membayar RM70 sebulan,” katanya.

Beliau berkata sejak awal tahun ini, penduduk rumah teres di situ mula bimbang kerana mereka dimaklumkan MBPP menerusi pemaju akan membangunkan semula kawasan berkenaan dengan pembinaan rumah pelbagai jenis termasuk di kawasan penempatan rumah sebuah-sebuah di situ.

“Pada Jun lepas MBPP telah menghantar surat kaji selidik kepada penduduk bagi cadangan untuk membangunkan semula kawasan berkenaan dan semua penduduk menerusi Kariah Masjid Jamek Sungai Pinang membuat surat membantah cadangan terbabit.

“Kami memang membantah sekeras-kerasnya kerana kampung itu adalah tempat kami malah kami juga tidak dimaklumkan mengenai nasib penduduk di sini jika pembangunan semula dibangunkan. Kami berharap ada pihak yang dapat tampil membantu penduduk di sini,” katanya.

Ibrahim berkata penduduk di situ ada menghantar surat untuk berjumpa dengan wakil kerajaan negeri Pulau Pinang untuk berbincang mengenai masalah itu, namun sehingga hari ini tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkenaan.

Anonymous said...

https://aidcnews.wordpress.com/2015/11/19/wakil-rakyat-pkr-menangis-di-dun-kerajaan-dap-pulau-pinang-tidak-peduli-rintihan-rakyat/

Wakil Rakyat PKR Menangis Di DUN, Kerajaan DAP Pulau Pinang Tidak Peduli Rintihan Rakyat

GEORGE TOWN – Seorang wakil rakyat daripada PKR hari ini tidak dapat membendung kesedihan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila segala luahan yang dibawa untuk pembangunan rakyat di kawasannya tidak didengari kerajaan DAP Pulau Pinang.

Dr Norlela Ariffin (PKR-Penanti) berkata beliau sedih kerana luahan dan persoalannya berhubung pembangunan penduduk kawasan Penanti diabaikan.

“Saya buang masa hampir sejam menunggu jawapan, setiap hari saya tunggu jawapan, tetapi tak jawab, saya buang masa sejam…Seberang Jaya tak jawab, Batu Lanchang tak jawab.

“Kawasan saya kawasan kampung yang terpinggir, saya bawa suara orang kampung…yang mendengar suara saya Padang Kota saja,” luahnya sambil menangis.

Adun Seberang Jaya Dr Afif Bahardin daripada PKR adalah exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan manakala Adun Batu Lancang Danny Law Heng Kiang ialah exco Pembangunan Pelancongan dan Adun Padang Kota Chow Kon Yeow daripada DAP ialah exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir.

Dr Norlela berkata apa yang lebih menyedihkan ialah apakah yang perlu diberitahu kepada orang kampung setiap kali beliau pulang bertemu rakyat di kawasannya.

“Apa yang saya nak cakap dengan orang kampung bila balik, tanya pasal sungai jeti pun tak jawab,” katanya.

Rintihan Norlela itu turut mendapat simpati daripada wakil rakyat Barisan Nasional, Roslan Saidin (BN-Pinang Tunggal) yang menyatakan ia adalah realiti yang kini dilalui oleh rakyat di bawah pemerintahan kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang.

Tindakan Dr Norlela itu menyebabkan Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Abdul Malik Kassim bangun dan dengan nada tegas menyatakan tuduhan Dr Norlela tidak adil kerana Ketua Menteri Lim Guan Eng ada menyebut terdapat peruntukan disalur kepada Permatang Pauh.

Dewan Undangan Negeri Penanti adalah di bawah Parlimen Permatang Pauh.

Mendengar jawapan Abdul Malik, Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mohd Rashid Hasnon meminta Abdul Malik yang juga Adun Batu Maung itu bertenang.

Mohd Rashid berkata masalah yang dibangkitkan Dr Norlela perlu dibincang secara mendalam – BERNAMA

Anonymous said...

Woiiiiiii PAN-Kuih-TaRT. PAN bersengkongkol dengan DAP menzalimi rakyat marhaen melayu Islam di Pulau Pinang. Bagaimana PAN bersengkongkol? dengan mendiamkan diri dan merestui Regime DAP

Anonymous said...

Pada 4 Jun lalu, satu perjumpaan diadakan bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib untuk berbincang lanjut, tetapi akhirnya membuat keputusan sama ada mahu atau tidak, kami kena berpindah dan kami membantah,” katanya.


Katanya, hak tanah rizab Melayu perlu dipertahankan selepas penduduk di situ berhijrah memajukan kawasan penempatan berkenaan ketika Datuk Seri Harun Idris sebagai Menteri Besar Selangor.

“Ketika Tan Sri Ahmad Fuad Ismail sebagai Datuk Bandar, kami pernah diajak berbincang bersama mengusulkan kertas cadangan dan DBKL melantik syarikat perunding bermula 2010 untuk mewujudkan kampung tradisi warisan Melayu yang kekal dalam bandar,” katanya.


Namun, bekas pesara tentera itu menyatakan cadangan pembangunan kampung tradisi warisan Melayu ini hanya sepi selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan pertukaran Datuk Bandar Kuala Lumpur.

“Keputusan pembangunan ini digantung sehingga projek mega masuk. Pada pertemuan 4 Jun lalu, kami juga berdialog dengan Datuk Bandar dan meminta laporan diberikan pada penduduk, tetapi tiada,” katanya.

Anonymous said...

Kna kaji sejarah....umno yg jual semua kampong melayu....bukanya di pulau pinang jee ... Kg baru di kl pon sama... Bila di majukan....org melayu tk mampu nk beli....yg beli warga pendatang...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails