Sunday, February 14, 2016

Husam Musa: Semua Ditewas & Dijinakkan, Raja-Raja Muncul Menjadi Titik Terakhir?



1MDB - semua institusi - Parlimen, SPRM, Audit Negara, Bank Negara, Peguam Negara, PDRM - nampaknya telah ditewaskan atau dijinakkan. Malaysia nampaknya tidak mempunyai mekanisma melepaskan diri dari jerutan korupsi skala besar dari puncak kuasa.


Terpaksa menyerah diri sekali pun nurani meronta-ronta. Kertas SPRM terakhir dibakul sampahkan saja. Mana lagi institusi yang boleh tegak menyelamatkan negara? Atau menunggu keruntuhan terakhir dan Malaysia tidak lagi dapat diselamatkan?


Hanya kerana seorang pemimpin yang tidak tersentuh oleh keluhuran undang-undang? Satu-satunya yang tinggal dalam kejauhan harapan kita - Majlis Raja-Raja dan para Sultan. Bolehkah Majlis Raja-Raja menyalakan semula harapan rakyat terbanyak dengan memanggil SPRM menyembahkan maklumat mengenai kertas terakhirnya mengenai 1MDB.

Kertas ini dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja yang akan bersidang.Kemudian Majlis Raja-Raja membentuk satu panel untuk menyembahkan pandangan dan nasihat samada terdapat prima facie atau tidak berdasarkan kertas laporan siasatan itu.

Jika ia berlaku, ia akan menunjukkan Raja-Raja muncul menjadi titik terakhir rakyat menaruh harapan mewujudkan mekanisma meluruskan semula perjalanan negara tercinta. Mungkinkah di sana ada sinar harapan?

Husam Musa
5 Jamadilawwal 1437/
14 Februari 2016

13 comments:

Anonymous said...

USAHA HUSAM CARI 'SYAHID' BAKAL BERHASIL!!!

Hakikatnya, hasrat dia nak menjadi pejuang yang 'Syahid' atau boleh juga dikenali sebagai 'Matyr' dikalangan pemimpin - pemimpin PAS yang membelakangi parti tersebut secara terbuka.

Akalnya, Si Husam ni tak mahu menjadi pemimpin PAS yang dilabelkan sebagai 'Pengkhianat' seperti mana yang telah dilakukan oleh sahabat - sahabat dia yang lain sebelum ini.

Maka sebab itulah Si Husam tu berani mencabar sistem perlembagaan parti secara terbuka dengan cara mengkritik parti itu diatas pentas ceramah anjuran parti 'Kuali' pimpinan Mat Sabu.

Kalau diikutkan, taktik Si Husam ni memang cukup licik. Dia akan membuatkan parti itu teragak - agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap apa yang telah dilakukan.

Sekiranya PAS mengambil keputusan untuk memecat keahlian dari parti, Si Husam ni akan kata dia gugur sebagai 'Syahid' dan boleh dia mendabik dada dengan mendakwa dia bukan 'Pengkhianat'

Lepas ni, boleh Si Husam tu berkokok dan kata, "Bukan aku yang keluar parti. Tapi sebaliknya diorang yang buang sebab diorang enggan terima kritikan secara terbuka".

Sudah pasti, itu diantara skrip yang akan diulang - ulang oleh Si Husam tu yang kemudiannya akan menjadi sebahagian dari modal Politik Murahan puak - puak parti 'Kuali' tu.

Jika itu keputusan yang dibuat oleh PAS, maka ianya sudah pasti akan menjerat parti itu sendiri. Dan sekiranya PAS tidak mengambil tindakan, lebih parah Si Husam tu akan tikam dari belakang.

Seandainya Si Husam tu terus dibiarkan didalam parti, maka lebih banyak lagi isu yang akan dibangkitkan dan kutukannya secara terbuka terhadap kepimpinan parti itu akan berterusan.

Jadi, PAS sekarang ni dalam keadaan 'dilema' walaupun parti itu membuat keputusan untuk merujuk Si Husam tu kepada Jawatankuasa Tatatertib parti berkaitan isu yang dibangkitkan.

Pokok pangkalnya, apa yang dilakukan oleh Si Husam tu membuktikan bahawa dia bukan sahaja bijak mengambil kesempatan tapi menonjolkan sikap sebenar dia. Hakikatnya Si Husam tu juga boleh juga dianggap sebagai seorang pemimpin MUNAFIK yang tiada pendirian!!!

Anonymous said...

HUSAM "TERDESAK" NAK CARI 'SYAHID'!!!

Heh! Nampak gayanya, semakin hari semakin lantang pulak Si Husam Musa tu mempertikaikan parti dia sendiri dari nak menyerang pihak musuh. Makin galak pulak dia membogelkan PAS.

Soalnya, apa yang membuatkan Si Husam tu sesak sangat nak menghentam partinya sendiri? Apa yang menjadi motivasi utama kepada Husam dalam langkah yang sedang dilakukannya?

Adakah ianya sebab Si Husam tu masih lagi menyimpan dendam kerana tidak pilihan utama sebagai Menteri Besar Kelantan bagi menggantikan kedudukan Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz?

Atau, adakah Si Husam tu juga sama seperti pemimpin - pemimpin parti "Periuk" pimpinan Mat Sabu yang menjadi Pemakan Dedak untuk menuruti segala kehendak dan kemahuan DAPigs?

Apa yang jelas, tindakan Si Husam tu menyerang kepimpinan PAS secara terbuka membuatkan ramai yang tertanya - tanya, apa tujuan dia melakukan perkara sedemikian sebenarnya?

Adakah Si Husam tu cuba nak menjadi 'Matyr' atau mencari 'Syahid' agar dia dapat dijulang sebagai seorang 'Pejuang' apabila dia dikenakan tindakan kelak bagi meraih sokongan Simpati?

Jelas, tindakan yang dilakukan oleh Si Husam tu tak lebih daripada mencari Publisiti Murahan semata - mata kerana Si Husam tu sedar, populariti dia dalam PAS sudah semakin pudar.

Maka, mungkin sebab itu Si Husam tu terpaksa mencari jalan agar dapat mengembalikan kredibiliti dia sebagai seorang pemimpin Ikon kepada Anak Muda seperti yang diterima selama hari ini.

Tapi malangnya, tindakan yang dilakukan oleh Si Husam tu bukan sahaj membuktikan yang dia hanya sekadar mem-BODOH-kan diri dia sendiri. Bahkan dia juga turut mempamerkan wajah dia yang sebenar.

Sekarang kita boleh lihat sifat ke-KEMUNAFIK-kan yang dimiliki oleh Si Husam tu dengan taktik Politik Retorik yang cuba dimainkan. Kalau Si Husam tu benar - benar mempunyai maruah, dia patut letak jawatan. Bukannya mengharapkan diri dia dipecat!!!

Anonymous said...

KITA BUKAN NAK BUKTI, KITA NAK DIA BERSUMPAH!!!

Apa dah jadi dengan Si Husam Musa tu sekarang ni? Dah terbelit ke lidah dia nak memenuhi cabaran yang dibuat untuk bersumpah Lafaz Talak seperti yang dikemukakan sebelum ini?

Kalau kena gayanya hari tu, bukan main SOMBONG lagi Bekas Naib Presiden PAS tu bila dia kemukakan cabaran tersebut bagi membuktikan dakwaan yang dibuat terhadap PAS tu benar.

Jika dilihat dari satu sudut, cabaran yang dikemukakan oleh Si Husam tu boleh 'Bergegar Pentas' dan 'Runtuh Bumbung Dewan' dibuatnya. Tapi sekarang, kenapa dia mendiamkan diri?

Adakah Si Husam tu juga sama macam perangai Haramjadah yang ditonjolkan oleh Si Tony Puaka tu sebelum ini? Adakah Si Husam tu hanya berani buat cabaran tapi tak berani nak memenuhinya?

Kalau Si Husam tu hanya setakat pandai bercakap je tapi BACUL nak ambik tindakan yang sewajarnya, baik tak payah nak tunjuk SOMBONG dan ANGKUH dia tu dikhalayak ramai.

Andai kata Si Husam tu hanya sekadar nak tunjuk 'Taring' depan penyokong - penyokong dia dengan cabaran yang dibuat tapi kemudian Kecut Buah Kerandut nak memenuhinya, buat apa?

Sekarang PAS masih lagi nak bagi Si Husam tu peluang untuk membuktikan segala dakwaan yang dibuat sebelum ini sama ada ianya benar atau pun tidak dalam tempoh seminggu.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Husam boleh menjelaskan dakwaannya itu tanpa kehadiran Abdul Hadi, jika beliau merasakan Presiden parti Islam itu mempunyai kepentingan dalam isu tersebut.
“Dia boleh bawa semua bukti-bukti dia ada, yang dia perlu ke Jawatankuasa Harian PAS Pusat, untuk dia bagi penjelasan mengenai isu-isu yang dia bangkitkan,” katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
TAPI, kalau itu pun Si Husam tu tak mampu nak buat, tampil dengan bukti kepada pihak Jawatankuasa Harian PAS Pusat atau angkat sumpah Lafaz Talak, memang sah la Si Husam tu seorang pemimpin yang BACUL!!! Dia setakat berani buat cabaran je, tapi tak berani nak penuhi!!!

Anonymous said...

Siapa yg lebih munafik....Husam atau Hadi? PAS rosak angkara Hadi.

An Anonymous said...

Tghh tak tolak hudud sebagaimana ada pemimpin parti lain yg tolak hudud jika DAP tolak hudud!! Jadi siapa yg lebih ehem2..

An Anonymous said...

Tghh tak tolak hudud sebagaimana ada pemimpin parti lain yg tolak hudud jika DAP tolak hudud!! Jadi siapa yg lebih ehem2..

Anonymous said...

Hadi Awang tak tolak hududuittt..Cukup2lah menipu org2 melayu dan Islam yg duduk di kampung.

HUDUD PAS ATAU HUDUDUITT??

KAH KAH KAH!!!

Anonymous said...

Rakyat Terengganu dah lama tolak pemimpin munafik mcm tuang presideng Pas kaki ponteng mkn elaun haram.

An Anonymous said...

Ingat PAN, ingat DAP!!

Anonymous said...

Parti Kuali ..???????

Satu Malaysia dah tahu; PAS: Parti Ajaran Sesat, Pascai, Parti Ajaran Sonsang, PAS PIS PUS,
Bendera pun sama dengan bendera Jepun & Bangladesh

Anonymous said...

aku nak tengok sapa yang hebat Husam dgn takiyudeng, nik amar tongkat ali, mat yakob cool.
Dah berapa kali Husam tu panggil debat/dialog dgn mangkok2 Pascai ni tapi senyap. Lepas tu panggil Husam mengadap gerombolan Pascai Pusat. Kumpul ramai2 nak lawan Husam. hi hi hii

Anonymous said...

Pascai; parti baiah talik - jual agama macam padri.

Anonymous said...

Pas dah sesat. bahkan bodoh spt wala unta An Anonymous. tergamak baiah talak 3 bini. org lain nk tambah bini. haji hadi tak tolak hudud tapi bila masa nk bentang di parlimen lari pi jepun. pi dakwah ker? patut nya lantik wakil spt takiyuding idris nik abduh atau lain2 utk bentang. ingat hadi ingat najib umno. ingat haron din ingat zahid. ingat nasharudin ingat najib. inilah nasib Pas chai. dipimpin oleh olamak atau lebai malang. kehkeh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails