Sunday, February 14, 2016

Ini Bukti Pertemuan Freemason/Iluminati PP 24hb Feb ini.


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa sahabat2 yang dihormati,
Sepertimana yang saya nyatakan, pada 24hb Feb 2016 akan ada pertemuan terbesar Freemason/Iluminati terbesar di salah sebuah negeri tidak lama lagi. Ramai yang hubungi saya setuju bagi membongkarkan pertemuaan mereka ini dan walaupun saya dinasihatkan tidak mengacau kerana dikatakan gerakan mereka kuat dan besar, tapi saya yang berpegang pada agama Islam dan berpandukan perjuangan 30juz Al Quran rasakan ianya harus dihentikan dan dibatalkan serta mohon pihak kerajaan negeri tersebut berikan penjelasan.
Di sini saya lampirkan semua maklumat pertemuan Freemason/Iluminati yang bakal diadakan di Pulau Pinang pada 24hb Feb 2016 tidak lama lagi.
Saya nak desak dan bantah secara terbuka perhimpuan ini. Saya nak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bersama kepimpinan Pakatan Harapan mahupun Pakatan Rakyat untuk berikan penjelasan mengapa dibenarkan pertemuan Freemason/Iluminati ini.
Apa pendirian pemimpin2 serta penyokong2 Pakatan Harapan terutama yang beragama Islam dlm PKR, PAN , DAP dan PAS mengenai isu ini.
Saya juga mohon NGO2 Islam bersatu dalam bantahan ini terhadap pertemuaan Freemason/Iluminati yang bakal diadakan di Pulau Pinang di salah sebuah Hotel Ternama.
Saya Armand Azha Hj Abu Hanifah ingin buat pendirian secara terbuka membantah dan mahu penjelasan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, samada beliau setuju atau tidak pertemuan ini.
Berkata benar walaupun pahit
Demi Alif, Baa, Taa
Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pergerakan Pemuda UMNO

8 comments:

Anonymous said...

Mana pergi parti jual melayu Umno dan parti jual Islam Pas. Takkan duduk diam tgk jer? Buatlah jihad perang org kafir skrg..

KAH KAH KAH!!!

Anonymous said...

tanya LGE LA..sikit2 nk babait kn PAS..tanya PH tu..yh wat re[prt ameno..tk nk menteri yg jga Islam tu ke..pa guna kuasa dia tu..nyampah den

Anonymous said...

Dalam malayssia kan ada menteri yang jaga keselamatan dalam negeri, jaga agama. Kenapa tak repot kat menteri tersebut. Jadi mentri jangan hanya tahu nak bawa pendatang masuk aje. Kini terbaru menteri2 setuju pulak supaya Pendatang Tanpa Izin (PATI) diberikan permit supaya mereka boleh tinggal menetap di malaysia. Apa nak jadi dengan Malaysia ni. cuba tolong terangankan....wahai Armand Azha Hj Abu Hanifah Exco Pergerakan Pemuda UMNO

Anonymous said...

Whooooi tuan penasihat

tu , exco pemuda umno perlukan nasihat nak buat camner
Yahudi dh nak masuk penang...

hmmmm...mahfuz dgn salahuddin masuk penjara sebab pasukan kriket israel

so camner ni?
9enin9...

Anonymous said...

Apakah kapla2 bapak freemason terdiri dpd PAN ? Apakah blogger kaki fitnah spt al-husyeen, greenboc, mountdweller , yong dsbnya juga terlibat ? Mohon pencerahan dpd mereka2 yg punya maklumat !

Anonymous said...

Anon 5.31pm boleh bertanya pd tuang presideng kaki ponteng parti agama Pas selaku penasihat 25% ketua penyamun Najib.

KAH KAH KAH!!!

Anonymous said...

Bukti2 DAP Anti Islam

http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

Anonymous said...

KAH KAH KAH!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails