Monday, February 15, 2016

Pekarja Asing 7 Juta, Tambah 1.5 Juta. Rakyat Tempatan Nak Kerja Apa? -PAS

SHAH ALAM- Rakyat di negara ini dikhuatiri tidak mempunyai peluang pekerjaan sekiranya cadangan kemasukan 1.5 juta pekerja dari Bangladesh dilaksanakan.
Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, jumlah 2.1 juta pekerja asing berdaftar di semua sektor di negara ini sepatutnya mencukupi.

“Menurut perangkaan tidak rasmi, pekerja asing di Malaysia sudah mencecah tujuh juta orang.

“Tiba-tiba kerajaan hendak membawa masuk lagi 1.5 juta daripada Bangladesh. Oleh itu pekerja Malaysia hendak kerja apa?,” soalnya dalam kenyataan, semalam.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu turut mencadangkan agar kebergantungan negara terhadap pekerja asing dikurangkan dengan mendaftarkan semula golongan itu yang masih tinggal di negara ini sebagai pekerja yang sah.


Katanya, cadangan itu selaras dengan usaha kerajaan untuk mengurangkan pekerja asing sebanyak 11 peratus seperti dalam Rancangan Malaysia Ke-11.

Beliau berkata, masih ramai pekerja di Malaysia yang mahu bekerja di sektor separa mahir yang didominasi pekerja asing.

“Adakah benar rakyat Malaysia malas bekerja? Adakah rakyat Malaysia memilih kerja?

“Mungkin ada segelintir rakyat Malaysia yang berfikiran demikian, tetapi masih ramai yang mahu bekerja di sektor separa mahir. Ada di kalangan siswazah bekerja sebagai juru pam minyak, operator kilang, restoran makanan segera dan menjual top up IDRIS telefon,” katanya (SH)

Lihat sebelum ini..

10 comments:

Anonymous said...

Mujur ada PAS yg perihatin dalam isu pekerjaan anak bangsa dan warga asing. Bukan macam PAN Imayam, hari bermati-matian menegakkan DAP yg anti Islam itu.

Syukur Alhamdulillah

Anonymous said...

PAN Imayam masih berwalikan DAP walaupun terang2 DAP Anti Islam

http://www.ismaweb.net/2013/07/desakan-dap-cuba-ubah-status-islam-sebagai-agama-persekutuan/


Desakan DAP cuba ubah status agama Islam sebagai agama persekutuan

BANGI, 12 Julai – Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) membantah tindakan Ahli Parlimen DAP, Nga Kor Ming yang meminta lima negeri meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam yang masih memberi kuasa kepada seorang daripada penjaga untuk menentukan agama anak di bawah umur.

Presidennya, Tuan Musa Awang berkata, ini sebenarnya antara perjuangan DAP yang mahu menghapuskan status agama Islam sebagai agama Persekutuan.

“Rang Undang-Undang Pentadbiran Islam Wilayah Persekutuan 2013 belum lagi selesai dibincangkan, hari ini DAP minta pula pindaan di peringkat negeri.

“Kenapa harus dipinda? Sedangkan enakmen tersebut adalah selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Maka dalam hal ini seharusnya kita yang beragama Islam inilah perlu memainkan peranan dalam mempertahankannya,” tegas Tuan Musa ketika dihubungi wartawan ISMA.

Beliau berkata, Mahkamah Persekutuan adalah mahkamah tertinggi yang membuat keputusan. Jadi tidak timbul sebarang masalah dalam hal ini sepertimana dengan kes yang dirujuk sebagai Subashini Rajasingam lawan Saravanan Thangathoray.

Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa bapa kanak-kanak itu mempunyai kuasa mengislamkan anaknya berdasarkan perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun katanya, beliau kesal dengan tindakan kerajaan kerana telah menarik balik pembentangan terhadap pindaan Rang Undang-Undang Pentadbiran Islam Wilayah Persekutuan 2013 yang lalu kerana pindaan tersebut adalah selari dengan perlembagaan dan beberapa keputusan mahkamah yang juga berpendapat seperti itu.

Seharusnya pihak kerajaan tidak akur dengan mana-mana desakan yang mahu penarikan balik rang undang-undang tersebut dan kini natijahnya mereka mahu pula meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri.

Anonymous said...

Bila dah jadi macam ni hanya PAS bersuara untuk keadilan mendapat Pekerjaan.

Nak harap Mike Sabu al Selfie Amoy dan partinya PAN Cable TV kirim salam la.

Campak mikrofon konon. Setengah warga Penang dihalau, diroboh, dihina dan dinista persis rakyat Palaestin di Gaza ada Mat Sabu peduli? Ada Mujahid Peduli ? Dosa mereka ini adalah mereka berketurunan melayu berugama Islam Mazhab Sunnah Wal Jamaah. Di mata PAN Imayam yg suci hanya DAP sahaja


https://aidcnews.wordpress.com/2016/02/12/gerai-siapa-pula-bakal-jadi-mangsa-kerakusan-guan-eng-selepas-ini/

Gerai Siapa Pula Bakal Jadi Mangsa Kerakusan Guan Eng Selepas Ini

AIDCNews- 12/2/16 – Gerai siapa pula bakal menjadi mangsa kerakusan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, soal Persatuan Mukabuku Pulau Pinang.

Ia merujuk kepada insiden perobohon gerai Adam Tomyam dan gerai Afiq Bawal Goreng di hadapan Kuaters Polis Lebuhraya Thean Teik, Air Itam, Pulau Pinang.

“Makin hari makin menjadi !

“Gerai siapa pula yang bakal menjadi mangsa selepas ini ?, “soalnya.

Menurut Penang kini, kedua-dua gerai peniaga kecil Melayu itu dirobohkan pagi semalam.

“Kami menerima maklumat pemilik kedai Bawal Goreng menangis hiba melihat gerai diruntuhkan dan barangan kedainya dirampas. Kesian melihat depa sukar nak cari rezeki.

“Kalau penguatkuasa ada hati perut dan ruang diplomasi, barangan di kedai seperti TV LCD, peti ais, kipas angin dan barangan memasak tak payah la angkut naik trak.

“Cukuplah mungkin sekadar kerusi, meja dan dapur sahaja kalau nak rampas pun,”lapornya.

Sementara itu, Penang Kini turut melaporkan sebahagian struktur bangunan warisan yang dikenali sebagai Hotel Runnymede, iaitu bangunan kolonial berusia 208 tahun itu turut dirobohkan dipercayai bagi memberi laluan kepada pembinaan hotel bertaraf lima bintang di situ.


“Ini baru betul-betul UBAH !

“Runnymede sebelum dan selepas Tahun Baru Cina 2016,” lapornya sambil membandingkan dua keping gambar (di atas) sebelum sebahagian struktur bangunan warisan itu diroboh dan selepas diruntuhkan.

Hmetro.com turut melaporkan tiada sebarang papan tanda pemberitahuan diletakkan.

Jurucakap Persatuan Warisan Pulau Pinang (PHT) berkata, pihaknya menerima maklumat kerja perobohan bangunan warisan itu dijalankan pada Isnin lalu iaitu ketika sambutan Tahun Baru Cina.

“Kami mahu penjelasan daripada kerajaan negeri, mengapa kerja perobohon dijalankan pada hari cuti umum, seolah-olah mereka mahu menutup sesuatu,” katanya.

Bangunan warisan itu terletak di atas tanah seluas 0.8 hektar berhampiran pesisiran pantai, sekali gus menjadikan ia antara hartanah yang paling bernilai di Pulau Pinang.

Hotel Runnymede pernah didiami Sir Stamford Raffles pada 1805 ketika Raffles bertugas sebagai Penolong Setiausaha kepada Gabenor Pulau Pinang, Robert Townsend Farquhar.

Selepas itu, Hotel Runnymede mengalami banyak perubahan termasuk pernah dijadikan sebagai hospital tentera British ketika zaman Perang Dunia Kedua.

Sementara itu, EXCO Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu lintas, dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow berkata, pihaknya sudah mengeluarkan Pelan Kebenaran Merancang (PKM) kepada pemaju terbabit.

Anonymous said...

https://aidcnews.wordpress.com/2016/02/10/ubah-projek-penghapusan-etnik-sedang-giat-dijalankan-di-pulau-pinang/

UBAH : Projek Penghapusan Etnik Sedang Giat Dijalankan Di Pulau Pinang


AIDCNews- 10/2/16 – Usaha kerajaan tempatan (PBT) Pulau Pinang merobohkan gerai-gerai peniaga kecil Melayu dan India merupakan sebahagian daripada projek jangka panjang untuk menjayakan misi UBAH penghapusan etnik yang dirancang di negeri itu, lapor Anti Senju Uderan Kes.

“Untuk memastikan imej sebagai Pulau Cina … usaha dilakukan agar tidak ada lagi peniaga Melayu dan India di lokasi strategik .

“Peringkat pertama semua kedai di Tenggiri telah dirobohkan . Setakat post ini 18 gerai makan , dua car wash diruntuhkan .

“Selepas (itu) MPSP akan sekat pemberian lesen dengan mengunakan alasan kesihatan .

“Penghapusan etnik ini dilakukan untuk memastikan kaum Melayu dan India Pulau Pinang kekal sebagai kuli Cina,”dedahnya.

Selain itu, Kerajaan DAP Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng didakwa hanya menumpukan perhatian kepada projek-projek mega yang bakal dihuni oleh golongan berpendapatan tinggi dan mengabaikan flat-flat murah yang sedia ada yang dihuni oleh golongan berpendapatan rendah.

“Lebih menderita lagi flat-flat di Seberang Jaya tidak diselanggara. Paip air najis kumbahan sudah lama dan berkarat . Penduduk flat ini hidup dalam bau busuk. Perkara ini bukan jadi isu kepada DAP ,”dedahnya lagi.

Sementara itu, Tan Khai Beng pula mendedahkan Guan Eng yang merupakan ahli politik terbuang dari Melaka sedang melakukan kerosakan besar-besaran di Pulau Pinang termasuk memusnahkan warisan bersejarah di negeri itu.

“Orang yang tidak bermoral dari Melaka itu sedang memusnahkan Bangunan Warisan Pulau Pinang. Bermula dari bangunan Khaw Sim Bee di Pykett Avenue ke rumah 128 Macalister Road .

“Dan sekarang ini ..Tiba masanya kita melakukan sesuatu mengenainya,” dedahnya.

Abdhalimustafa Kedah said...

mana penasihat.

Anonymous said...

DI mana Wan Azizah, Di mana Mat Sabu, DI mana Mujahid. Mujahid dan Mat Sabu adalah kelahiran Penang. Wan Azizah MP Penang.

warga Penang dihalau, diroboh, dihina dan dinista persis rakyat Palaestin di Gaza ada Mat Sabu peduli? Ada Mujahid Peduli ? Dosa mereka ini adalah mereka berketurunan melayu berugama Islam Mazhab Sunnah Wal Jamaah. Di mata PAN Imayam yg suci hanya DAP sahaja


https://aidcnews.wordpress.com/2016/02/06/teknik-terbaru-dap-halau-orang-melayu-islam/

Teknik Terbaru DAP Halau Orang Melayu-Islam

bicara.news – Melihat pada situasi sekarang begitu banyak kemusnahan penempatan dan pengugatan perniagaan kaum Melayu, ini lah caranya halus yang digunakan oleh pihak pembangkang untuk memusnahkan penempatan Melayu.

Mereka akan menerima dan mengunakan pendatang asing terutama dari Bangladesh dan mereka dibenarkan memiliki lesen dan premis perniagaan dalam masa yang sama mereka merobohkan gerai atau premis perniagaan orang Melayu.

Ini lah tektik yang mereka gunakan, apabila kerajaan mahu menaikkan levi baru yang tinggi kepada pekerja asing menyebabkan mereka mengkritik Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Kritikan mereka terhadap kenaikkan levi tersebut jelas membuktikan motif mereka yang terbeban dengan levi baru tersebut, kerana ia akan membebankan kewangan mereka untuk mengimport seramai mungkin pekerja asing dan melakukan ‘etchnic cleansing’.

Dari sudut lain mereka di lihat seolah-olah membantah kemasukkan pendatang asing kononnya boleh menimbulkan pelbagai masalah, tetapi bila kerajaan membuat sekatan dan mengenakan syarat-syarat tertentu mereka juga yang mengkritik kerajaan.

Jelaslah ktitikkan pembangkang bukan untuk kepentingan negara tetapi lebih kepada kepentingan politik untuk menguasai dan berkuasa.

Anonymous said...

Luluh jiwa rakyat marhaen di Pulau Pinang. Di mata Parti PAN Imayam pimpinan Mike Sabu al Selfie Amoy, biarlah Umat Melayu Islam menderita demi wali DAP tercinta

https://aidcnews.wordpress.com/2016/02/06/pemerintahan-rasis-lim-guan-eng-punca-peniaga-kecil-melayu-naik-berang/

Pemerintahan Rasis Lim Guan Eng Punca Peniaga Kecil Melayu Naik Berang

AIDCNews- 06/2/16 – Pemerintahan rasis Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menggunakan dua agensi kerajaan tempatan meroboh gerai-gerai Melayu menyebabkan peniaga kecil mula naik berang

Dua agensi kerajaan tempatan di bawah kawalan Lim yang dimaksudkan itu adalah Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

“Bagitahu kat dia (Lim Guan Eng), kalau betul (dia) berani, pergi pecah sekarang juga (gerai-gerai) dekat Sunway Hotel. Kamu boleh tutup jalan, kamu bagi semua orang Cina berniaga.

“Pasal apa apabila orang Melayu (berniaga), kamu pecah lagu ni.

“Kalau ada ‘telor’ (jantan) suruh dia bagi pecah (gerai-gerai dekat Sunway Hotel). Saya respek kat dia kalau dia suruh bagi pecah..”kata seorang peniaga kecil Melayu yang menjadi viral di internet hari ini (rakaman video di bawah)


“Banyak tempat orang Melayu (berniaga) semua kena roboh. Tempat Cina kamu tak roboh.

(gerai-gerai dekat Sunway Hotel agensi kerajaan tempatan) tutup jalan, bagi orang Cina berniaga, (tetapi) kami (Melayu) berniaga dalam kawasan rumah pun mereka pecah. Ada telor kat lagu tu, “katanya lagi.


Kenapa MBPP ‘Pejam Mata’ Terhadap Gerai-Gerai Di Jalan Baru Depan Sunway Hotel Penang ?

Anonymous said...

https://aidcnews.wordpress.com/2016/02/03/hari-ke-3-kerajaan-dap-pulau-pinang-terus-mengganas/

Hari Ke-3 Kerajaan DAP Pulau Pinang Terus Mengganas..


AIDCNews- 03/2/16 –Buat hari ketiga berturut-turut kerajaan DAP Pulau Pinang meneruskan misi UBAH merobohkan gerai-gerai peniaga kecil Melayu di negeri itu.

Jika semalam dan kelmarin, peranan meroboh gerai-gerai peniaga kecil dilakukan oleh peguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), kini peranan yang sama telah disambung pula oleh peguatkuasa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Penguatkuasa MPSP melaksanakan operasi UBAH di gerai bihun sup di Seberang Jaya, lapor Permatang Pauh Kini yang melampirkan gambar-gambar di bawah :

Menurut Penang Kini, operasi UBAH MPSP itu dilaksanakan secara serentak terhadap beberapa gerai peniaga kecil di kawasan Seberang Jaya.

“Lokasi Jalan Tenggiri Seberang Jaya. Banyak gak kedai kena. Antaranya kedai char kuey toew, bihun sup, kedai nasi kandaq dan car wash pun kena seperti yang dilaporkan oleh krew kami.

“Terima kasih MPSP kerana anda telah menghancurkan periuk nasi orang dan mengambil tindakan sebegini yang dilihat oleh warga Penang sangat tidak adil. Kipidap!,” lapornya.

Anonymous said...

Pas kentut jer kuat. tp dah berpeluk dgn umno najib. apa boleh harap lagi? bolehkah ketua kluster dakwah haron ding nak tegur umno? walhal dia makan gaji dgn kjaan umno. dilantik oleh tpm zahid komedy naib presiden umno. hadi awe pula bila nk bentang hudud? elok masa bentang pi jepong pulak. Baru smlm Asraf Wajdi dusuki menteri islam umno cakap hudud tidak sesuai dgn keadaan reality malaysia. Jelas Pas chai telah ditipu oleh umno. Bye bye pas chai & wala unta pas

Anonymous said...

PARTI PENJUAL AGAMA PAS DITIPU PARTI PENYAMUN UMNO.

Hukum hudud tidak boleh dilaksanakan dalam konteks negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Katanya, UMNO selaku sebahagian komponen parti pemerintah bersikap jujur dalam perkara berkenaan sejak isu hudud ditimbulkan oleh Kerajaan Kelantan dan pimpinan PAS.

“Untuk kuasa, satu parti memainkan isu pelaksanaan hudud seolah-olah ia teramat penting dalam Islam berbanding mempromosikan konsep keadilan, ketelusan, urus tadbir baik yang lebih penting daripada hukuman hudud.

“Hudud hanya komponen kecil dalam perundangan Islam membabitkan enam jenayah iaitu zina, mencuri, bersekedudukan, rompakan, minum arak dan murtad,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Sidang Kemuncak Kepimpinan dan Aspirasi Kebangsaan, di sini, hari ini.

Asyraf berkata, keperluan untuk mendapatkan bukti yang disyaratkan terlalu sukar untuk tujuan pendakwaan, seperti bilangan saksi dan keperibadian saksi itu. Katanya, tiada mana-mana pihak boleh mengatakan hukum Allah SWT tidak relevan, tetapi apa yang diperdebatkan ialah perkara yang ditekankan dalam sistem keadilan.

“Jika kita tidak boleh mendapatkan keadilan dalam pelaksanaan hudud, maka lebih baik kita mengambil pendekatan berbeza. Islam bukan hanya hukuman tetapi menegakkan keadilan,” katanya lapor Free Malaysia Today

KAH KAH KAH!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails