Wednesday, February 17, 2016

Kuih ‘Kemaluan Lelaki’, Gadis Melayu Tukang Promosi. Miang!

KUALA LUMPUR: Tindakan Seorang Gadis mempromosikan kuih berbentuk Kemaluan lelaki telah menjadi viral dilaman Facebook dan telah mendapat kecaman dari netizen.

Tindakan gadis ini mempromosikan kuih tersebut seperti kes yang berlaku di Jonker Walk apabila terdapat peniaga yang menjual kuih yang berbentuk kemaluan lelaki.

Hal ini telah menjadi viral apabila Facebook Media Sensasi panas memuat naik gambar gadis berkenaan bersama kuih tersebut.

Rata-rata daripada mereka mengutuk tindakan gadis tersebut seperti yang telah dilakukan oleh Farah Shahzaliana.

“kenapa la buat bntuk double meaning cmtu.. tak ada bntuk lain ke.. Xmalu ke??? Nanti kang wanita punye pun di buat gak” katanya.

Razzie Razz pula turun menulis dalam komen yang dimuat turun menerusi akan Facebook miliknya dengan berkata walaupun pekerja asing yang bakal tiba diMalaysia dengan jumlah yang banyak, tetapi tidak perlu untuk menukar budaya di Malaysia.

“Ni cari masalah namanye.. Walaupon 1.5J dtg  tak bererti tetiba malaysian culture kene ikot barat gak” tulisnya.

Dalam pad itu, pemilik akaun Robert Bert turut meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan gadis berkenaan.

“Rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepada kita jangan la disalah gunakan, jika kita bersyukur Allah akan tambah jika kufur azab Allah amatlah pedih,, berkat ke makanan yg dimakan sebegitu nak baca bismillah pun x boleh.. Jadi tergolong la kita dikalangan orang-orang yg rugi. Jauhkan lah dari perbuatan sebegitu.” katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Semasa weblog ini menyiarkan tulisan 'Kuih Kemaluan Lelaki Ini! Wajarkah Wujud Di M'sia,...' ada seseorang menelefon editor mencadang dan menggesa supaya orang ramai pulaukan perniagaan tersebut. "Mengajar gadis atau wanita Malaysia jadi miang!" katanya.

2 comments:

Anonymous said...

Bukan itu mic yg Mat Sabu baling hari tu.

Mic tu boleh mengeras waktu sesi selfie d amoy

Anonymous said...

Selasa, 8 Disember 2015
PAN BERGEGAR: MAT SABU GADUH BESAR DENGAN SALAHUDDIN AYUB


Langkah serta merta Parti Amanah Negara (PAN) mengadakan sidang media untuk menjawab isu Syiah dan pemikiran pemikiran kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) semalam membuktikan kedua-dua isu itu memberi liabiliti terhadap partinya.
Sidang media yang diketuai Timbalan Presiden PAN Salahuddin Ayub, tanpa kehadiran Presidennya, Mohamad Sabu menguatkan lagi spekulasi bahawa kedua-dua pemimpin utama PAN itu dilanda krisis dalaman.
“Presiden Amanah (Mohamad Sabu) menyebut dalam konteks budaya dan pemikiran ISIS itu yang kita mesti waspadai, yang sedang melanda hampir semua gerakan Islam di peringkat antarabangsa termasuk di Malaysia.
“Itu yang dimaksudkan oleh Tuan Haji Mohamad Sabu tentang bahaya dan fahaman ISIS itu,”kata Salahuddin.

Beliau berkata demikian sebagai membetulkan kenyataan Mohamad Sabu atau lebih lebih dikenali Mat Sabu berkaitan dengan ISIS.
Mat Sabu ketika diwawancara The Malaysian Insider pada 1 Disember lalu berkata di antara punca PAN ditubuhkan kerana bekas partinya PAS sudah diresapi pemikiran ISIS.
Beliau dilaporkan portal itu telah menuntut agar siasatan terperinci dibuat pasukan keselamatan negara ke atas penyusupan pemikiran ISIS yang menyebabkan suburnya budaya “takfiri” dalam PAS.
Budaya takfiri merujuk kepada tindakan mengkafirkan kumpulan yang berbeza pandangan, di mana kumpulan ini “dikafirkan” dan halal darahnya untuk dibunuh.
“Saya sebagai presiden Amanah menuntut satu kajian serius dibuat Polis Cawangan Khas (SB) kerana ia bahaya kepada keselamatan negara Malaysia,” kata Mat Sabu.
Tuduhan terbaharu Mat Sabu terhadap PAS dilakukan selepas gambar beliau bertemu dengan tokoh Syiah di luar negara menjadi viral di internet.
“Adakah perbuatan presiden PAN bertemu dengan ‘Ulama’ pro syiah terlalu memberi ‘damage’ kepadanya hingga terpaksa melontar tuduhan baru “PAS diresapi pemikiran ISIS” agar isu dapat di ‘divert’?,soal Ir Ahmad Hakimi.
“Apakah mungkin selepas ini sebab penubuhan PAN adalah : PAN ditubuhkan kerana PAS dikuasai oleh ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak mengizinkan Syiah tersebar,” soal Mohd Solleh Ab Razak.
Selanjutnya, sila baca “Ada Gerakan Dalaman Cuba Jatuhkan Mat Sabu Sebagai Presiden PAN ?”
Sementara itu, Norani AbgMarzuki BangiKuching berkata disebabkan isu itu, PAN kini berpecah kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan Mat Sabu (Presiden), Salahuddin (Timbalan) dan Ustaz Hasanudin Mohd Yunus (Naib Presiden) seperti mana gambar rajah di bawah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails