Wednesday, February 17, 2016

Penduduk Kampung Mutiara Kalah

SEBAHAGIAN penduduk Kampung Mutiara hadir di Mahkamah Rayuan Putrajaya untuk mendengar keputusan perundangan berhubung dua lot tanah yang mereka duduki.
PUTRAJAYA – Penduduk Kampung Mutiara di Batu Feringghi, Pulau Pinang kalah di Mahkamah Rayuan di sini untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang memerintahkan mereka mengosongkan dua lot tanah seluas 1.4 hektar milik orang lain yang mereka duduki di kampung itu.
Tiga anggota panel Hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid; Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Rahman Sebli dan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Asmabi Mohamad sebulat suara menolak rayuan mereka selepas mendapati tiada merit dalam rayuan berkenaan.
Dalam penghakiman semalam, Umi Kalthum turut memutuskan kesemua penduduk perlu membayar kos perundangan kepada pemilik tanah tersebut, Peter Loke Leng Seak sebanyak RM5,000.
Keputusan itu menyokong penghakiman Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 3 Julai 2012 yang memutuskan kesemua penduduk menyerahkan tanah kosong yang terkandung di bawah geran 35070 Lot 39 dan Gred 35071 Lot 40, kedua-duanya di Seksyen 1 Daerah Timur Laut, Bandar Batu Feringghi, Pulau Pinang dengan serta-merta kepada Leng Seak.
Dalam tuntutan saman sebelum ini, Leng Seak menamakan 18 individu sebagai defendan manakala pihak ke-19 merupakan penghuni, penceroboh dan setinggan yang menduduki kedua-dua lot tanah tersebut.
Pada 2 Februari lalu, Kosmo! melaporkan, walaupun berstatus tuan tanah, Leng Seak, 66, gagal mendapatkan haknya apabila 350 penduduk yang membina rumah setinggan di atas tanahnya enggan berpindah walaupun telah diarahkan oleh mahkamah. (Kosmo)

3 comments:

Anonymous said...

Woiiiiiii PAN-Kuih-TaRT. PAN bersengkongkol dengan DAP menzalimi rakyat marhaen melayu Islam di Pulau Pinang. Bagaimana PAN bersengkongkol? dengan mendiamkan diri dan merestui Regime DAP

Anonymous said...

Pada 4 Jun lalu, satu perjumpaan diadakan bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib untuk berbincang lanjut, tetapi akhirnya membuat keputusan sama ada mahu atau tidak, kami kena berpindah dan kami membantah,” katanya.


Katanya, hak tanah rizab Melayu perlu dipertahankan selepas penduduk di situ berhijrah memajukan kawasan penempatan berkenaan ketika Datuk Seri Harun Idris sebagai Menteri Besar Selangor.

“Ketika Tan Sri Ahmad Fuad Ismail sebagai Datuk Bandar, kami pernah diajak berbincang bersama mengusulkan kertas cadangan dan DBKL melantik syarikat perunding bermula 2010 untuk mewujudkan kampung tradisi warisan Melayu yang kekal dalam bandar,” katanya.


Namun, bekas pesara tentera itu menyatakan cadangan pembangunan kampung tradisi warisan Melayu ini hanya sepi selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan pertukaran Datuk Bandar Kuala Lumpur.

“Keputusan pembangunan ini digantung sehingga projek mega masuk. Pada pertemuan 4 Jun lalu, kami juga berdialog dengan Datuk Bandar dan meminta laporan diberikan pada penduduk, tetapi tiada,” katanya.

Anonymous said...

Kna kaji sejarah....umno yg jual semua kampong melayu....bukanya di pulau pinang jee ... Kg baru di kl pon sama... Bila di majukan....org melayu tk mampu nk beli....yg beli warga pendatang...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails