Monday, May 18, 2015

Peraturan Zina Dalam Negara-negara Di Dunia.

Cegah Zina, Peliharalah Budak Seks -Ketentuan diatas yang mendasari timbulnya tradisi memelihara selir dikalangan orang kaya dan pemerintah.

Kisah Perniagaan Najis Zina Di Negara Umat Islam Terbesar Di Dunia (Siri 10)
Siri 1: Pilih-Pilih, Niaga Najis Zina Dalam Internet. Jom ...
Siri 2: Gadis Miskin Di Bawah Umur Terlibat Niaga Najis Zi...
Siri 3: Sarang Pelacur Pangsapuri Kalibata City Diserbu..
Siri 4: Maksiat & Lacur Terselubung, Lagi 60 Pasangan Dibe...

Siri 5: Seks Via Twitter: Pembunuhan Janda Cantik Ini..
Siri 6: Lagi Bongkar Najis Zina Di Internet. 
Siri 7: Pelacur Artis: Ahli DPR (Parlimen) Indonesia, Term...
Siri 8: Kisah 'Papi' Bapa Ayam, Niaga Najis Zina Di Intern...

Siri 9: Zina Dalam Pelbagai Agama.

KESIMPULAN 2:


Jom kita lihat, peraturan negara yang penduduknya memiliki agama dan penganut suatu kepercayaan secara jelas. Perzinaan adalah ilegal dan diberikan sanksi terhadap pelakunya. Negara yang menerapkan hukum Islam sebagai pedoman hukum negaranya adalah negara yang paling tegas memberi sanksi terhadap pelaku zina.


Indonesia, negara umat Islam terbesar di dunia.



Dalam Pasal 284 Kitab Undang-Undang Hukum Pidana Indonesia dijelaskan bahawa yang terancam pidana jika pelaku zina adalah salah seorang dari wanita atau lelaki atau kedua-duanya dalam status sudah kahwin. Hukum di Indonesia tidak memandang perbuatan zina ketika pelakunya adalah pria dan wanita yang sama-sama berstatus belum kahwin. 

Hukum di Indonesia memandang suatu perbuatan zina jika dilakukan dengan sukarela (suka sama suka) maka pelaku tidak perlu dikenakan hukuman. Hal ini didasarkan pada alasan bahawa tidak ada pihak yang dirugikan dan hanya menyinggung hubungan individu tanpa menyinggung hubungan masyarakat.

Dengan demikian, perbuatan zina menurut hukum di Indonesia baru dianggap sebagai suatu tindak pidana dan dapat dijatuhkan hukuman ketika hal itu melanggar kehormatan perkawinan. Hal ini bererti, selain dari itu dalam hukum di Indonesia tidak dianggap sebagai zina, kecuali terjadi pemerkosaan atau pelanggaran kehormatan. 

Di saat hal ini diancam dalam KUHP dalam bab XIV kejahatan terhadap kesusilaan, Pasal 284-289 KUHP yang berisikan:
  • Ada izin (consent) dari wanita yang disetubuhi.
  • Wanita tersebut tidak sedang terikat perkawinan dengan lelaki lain.
  • Wanita tersebut telah cukup umur secara hukum.
  • Wanita tersebut dalam keadaan sehat akalnya, tidak pingsan, dan mampu membuat keputusan.
Jika hubungan persetubuhan termasuk dalam kriteria di atas, maka sanggama dinyatakan legal berdasarkan hukum yang berlaku di Indonesia. (Lihat tulisan: Kejahatan seksual dalam perspektif hukum Indonesia)

Kaum perempuan diharapkan waspada terhadap tindakan yang disengaja dengan maksud mengambil keuntungan dari seorang lelaki yang dijebaknya, kerana tindakan tersebut tidak dapat menguntungkan bagi perempuan. Tidak ada pasal yang dapat menjerat lelaki yang dijadikan korban dari akal licik yang nyata mahupun terselubung kekejiannya. 

Perpaduan norma hukum dan norma agama yang berlaku di Indonesia menjadikan siasat dan strategi terkutuk dari kaum perempuan seperti ini menjadikan kaum perempuan yang keji tersebut upayanya disebut senjata makan tuan. Kelicikan kaum perempuan nista yang pastinya golongan orang-orang terkutuk biasanya menjadikan Pegawai Negeri Sipil, TNI (Tentera Nasional Indonesia) dan Polri (Polis Indonesia) sebagai targetnya kerana mereka terikat kod etika secara hukum yang terkesan merugikan mereka. 

Kesan ini tidak berlaku lagi seiring semakin rasional dan cerdas pemahaman hukum para aparatur negara tersebut. Fenomena zina yang dipengaruhi hiburan disuguhkan media massa di Indonesia secara berkelanjutan dan rutin melalui sinetron untuk majoriti penduduk Indonesia dengan taraf hidup menengah ke bawah.

Ataupun dengan kecerdasan intelektual demikian, juga memberikan angin segar bagi kaum 'kucing air' yang merosakkan kehormatan kaum perempuan. Generasi tua dari golongan tersebut juga tanpa disedari telah tersugesti dengan doktrin yang disuguhkan sinetron tersebut, sehingga tanpa disedari telah kehilangan logika dan keyakinan untuk menjaga anak gadis mereka. 

Anak di luar nikah semakin banyak, keperawanan gadis yang belum menikah semakin langka keberadaannya, kecerdasan moral semakin menurun, kecerdasan spiritual sebatas kedok belaka... Dan kecerdasan emosional menjadi seperti perwatakan dalam sinetron yang disesuaikan dengan kecenderungan sifat alami secara getika dari golongan kelas bawah tersebut. 

Selain sinetron, acara televisyen yang memberitakan kehidupan selebriti juga menambah pengaruh negatif kepada golongan kelas menengah ke bawah yang sulit menyaring dan menahan pengaruh ke arah yang tidak memuliakan harga diri dan kehormatan menuju zina. Begitu, kira-kira.


AS, Kanada, India, Pakistan dan Kesatuan Eropah.


Di AS (Amerika Syarikat), hukum yang berlaku berbeda-beda tergantung perundang-undangan yang berlaku pada setiap negara bahagiannya. Di Pennsylvania, seorang pelaku zina dapat dijatuhi hukuman selama 2 tahun atau 18 bulan perawatan mental. Di Maryland perzinaan dikenakan denda sebesar $10. Tetapi walaupun begitu, sekarang perzinaan tidak dianggap ilegal bagi orang-orang yang tidak menjaga kehormatan di AS.

Hukum di Kanada menggolongkan perzinaan ke dalam Divorce Act of Canada.

Berdasarkan hukum di India, berzina bererti hubungan seksual antara seorang lelaki dan wanita tanpa sepengetahuan dan izin dari suaminya. Si lelaki dapat dijatuhi hukuman selama 5 tahun (walaupun jika dirinya masih bujang), sedangkan si wanita tidak dapat dipenjarakan/dihukum.

Di Pakistan, juga di beberapa negara Islam dan negara umat Islam lainnya, berzina adalah melanggar hukum, dan sampai ke tahap dapat dijatuhi hukuman mati.

Di beberapa negara Kesatuan Eropah seperti Austria, Belanda, Belgium, Findland atau Sweden tidak menghukum orang yang melakukan zina. Terlepas dari hukum formal, pezina tidak akan dapat lepas dari penolakan masyarakat terhadap mereka. Perilaku dan pandangan masyarakat sendiri berbeda-beda tergantung dari kebiasaan, agama dan nilai-nilai yang mereka anut.

Bagaimana di negara umat Islam Malaysia?

Undang-unang di Malaysia berteraskan sistem perundangan common law, sebagai hasil langsung penjajahan Tanah Melayu, Sarawak dan Bornew Utara oleh Britian sejak awal 1800-an hingga 1960an. Undang-undang tertinggi, iaitu Perlembagaan Malaysia, menggariskan rangka perundangan dan hak-hak warganegara Malaysia. 

Undang-undang persekutuan digubal oleh Parlimen Malaysia berkaitan seluruh negara. Terdapat juga undang-undang negeri yang digubal Dewan Undangan Negeri (DUN) dan berkaitan dengan negeri berkenaan. Perlembagaan Malaysia juga membenarkan sistem kehakiman berganda yang unik, iaitu undang-undang sekular (jenayah dan sivil) dan undang-undang syariah. 

Sistem kehakiman berganda yang rumit.

Sistem berganda perundangan ini ditetapkan dalam Perkara 121(1A) Perlembagaan Malaysia. Artikel 3 juga menetapkan bahawa undang-undang Islam adalah hal-hal undang-undang negeri kecuali di Wilayah Persekutuan  Malaysia. (Islamic World. Diperoleh pada 2007-08-19). Undang-undang Islam ini memaksudkan undang-undang syariah. Mahkamah yang berkenaan bergelar Mahkamah Syariah.

Memandang keseluruhan sistem perundangan Malaysia, undang-undang Syariah agak sedikit peranannya dalam menentukan undang-undang negara. Pertama sekali, undang-undang syariah hanya berkaitan dengan umat Islam. Berhubung dengan undang-undang sivil, mahkamah Syariah memegang bidang kuasa dalam hal-hal undang-undang peribadi, seperti pernikahanpewarisan, dan murtad

Di sesetengah negeri, terdapat juga undang-undang jenayah syariah, contohnya, Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993. Bagaimanapun, bidang kuasanya terhad kepada mengenakan denda tidak lebih RM 3000, dan penjara tidak melebihi 6 bulan. (Radio Singapore International. Diperoleh pada 2007-08-19.).Pada bulan Ogos 2007, Ketua Hakim Malaysia ketika itu mengusul agar hukum adat di Malaysia diganti undang-undang syariah. (The Star. 2007-08-14.)

Timbulnya kerumitan berhubung dengan sistem kehakiman berganda ini. Contohnya, dalam konteks kebebasan beragama. Perkara 11 Perlembagaan menentukan bahawa "setiap orang berhak menganut dan mengamalkan agamanya". Namun, dalam kes Lina Joy, seorang Melayu yang memeluk agama KristianMahkamah Persekutuan Malaysia enggan membenarkan beliau bertukar agama seperti yang ditetapkan dalam kad identiti (MyKad). 

Para hakim juga menetapkan bahawa mereka tiada bidang kuasa dalam hal ini, sebaliknya adalah hal Mahkamah Syariah seperti yang ditetapkan dalam Perkara 121(1A) Perlembagaan. (Lihat juga: Status kebebasan beragama di Malaysia) Pelaksanaan dan hubungan antara kedua-dua sistem perundangan ini agak rumit dan pernah menimbulkan ketidaktentuan. 

Mengapa terjadi begitu?

Kerana Malaysia tidak mahu menggunapakai peruntukan undang-undang Islam sepenuhnya sebagaimana yang termaktub dalam Al-Quran dan Al-Sunnah Rasulullah saw. Yang ada ialah hukuman bagi setiap kesalahan jenayah termasuk kesalahan zina mengikut peruntukan undang-undang syariah model negara ini. 

Undang-undang Syariah yang tidak meluas, hanya bagi orang-orang Islam sahaja, dan kuasanya tidak setinggi undang-undang sivil, yakni tertakluk dibawah peruntukan undang-undang seperti berikut:

  • “Hukuman maksimum yang diperuntukan Enakmen tidak melebihi Ringgit Malaysia Tiga Ribu (RM3,000.00) atau penjara bagi tempoh yang tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali”
Jadi Malaysia tidak layak untuk disebut sebagai sebuah negara Islam (sebut saja 'negara umat Islam'sebab bermajoriti orang Islam), kerana perundangan Islam tidak didaulatkan, bahkan menjadi undang-undang kelas rendah di bumi umat Islam itu sendiri.

Itu sahaja.

Bersambung.. Zina: Penyelesaian Melalui Hudud. KESIMPULAN 3..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails