Sunday, May 17, 2015

Speaker Letak Jawatan.. Usul Tidak Percaya Kepada PM? (55)

Tan Sri Pandikar Amin Mulia dikatakan sudah sudah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai speaker Dewan Rakyat menurut Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Mei, 2015.

LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan? 
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan Tan Sri Pandikar Amin Mulia sudah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai speaker Dewan Rakyat.  

"Speaker sudah berhenti. Dia datang jumpa saya dia kata dia hendak berhenti. Dia tak mahu dah. Sekarang yang jadi pengerusi dewan, dia punya timbalan," katanya dalam satu program Bicara Negara yang diadakan di Ipoh, Perak hari ini.  

Bekas perdana menteri itu berkata jawatan speaker akan diambil alih oleh timbalannya yang akan meneruskan sesi Dewan Rakyat Isnin ini. Dalam reaksinya, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee berkata laporan mengenai peletakan jawatan Pandikar merupakan spekulasi semata-mata. 

"Pada mesyuarat terakhir pun, cerita peletakan jawatan beliau timbul, tetapi beliau sedang cuti rasmi waktu itu. Beliau hadir juga akhirnya," Ronald memberitahu The Star Online.  

Menurutnya, minggu lalu Pandikar mempengerusikan mesyuarat penganjur Persidangan Speaker Komanwel yang akan diadakan pada Januari tahun depan di Kota Kinabalu.  

Pandikar kali terakhir dilihat bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika melancarkan sebuah projek perumahan rakyat di Kota Belud, Sabah, Ahad lalu.  

Dr Mahathir berkata Dewan Rakyat boleh mengadakan usul tidak percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, namun ahli Parlimen Umno tidak berani melakukannya.  Katanya, jika benar Dewan Rakyat meluluskan usul undi tidak percaya itu, ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) perlu turut sama memberi sokongan agar usul berkenaan mendapat sokongan majoriti. 

 “Sebenarnya Parlimen boleh menjatuhkan Najib dengan mengadakan undi tidak percaya kepadanya. Ahli Umno bukan majoriti. Mereka terpaksa juga mendapat sokongan daripada ahli BN.  
“Saya dapati ahli Umno agak lemah dan mereka tidak berani buat apa pun. Takut-takut lagi satu pilihan raya tidak boleh jadi calon kot, tidak tahulah.
“Masing-masing semua takut belaka menjaga kepentingan diri. Sebab itu hendak ada undi tidak percaya agak sukar,” katanya dalam dewan yang dipenuhi lebih 1,000 orang.  

Menjawab soalan salah seorang hadirin mengenai kelantangannya mengkritik Najib boleh menyebabkannya dipecat daripada Umno, Dr Mahathir berkata, 

“Nak pecat saya, pecat. Saya sudah kena pecat daripada (zaman) Tunku (Abdul Rahman) lagi.” – 16 Mei, 2015.(TMI)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails