Tuesday, May 19, 2015

Nik Abduh Cabar Ketua Pemuda PAS


Anggota Parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Mat hari ini mengumumkan kesediaannya mencabar Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat dalam pemilihan parti itu bulan depan.

Tidak menyentuh secara langsung, beliau berkata keputusan itu dibuat setelah menilai pandangan rakan-rakannya serta “iklim perjuangan politik Islam PAS hari ini”.

“...saya dengan ini, selepas mengumpul kembali kekuatan jiwa kepemudaan, dengan rendah diri menerima pencalonan untuk posisi ketua Dewan Pemuda PAS.

“Semoga Allah memberkati keikhlasan perjuangan ahli-ahli PAS dengan kepimpinan parti yang bertakwa dan berilmu,” kata anak ikon ulama PAS allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu.

Selain Nik Abduh, anak presiden PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi yang kini naib ketua kepada Suhaizan, turut dicalonkan bertanding jawatan sama.

Suhaizan (atas) dan Khalil belum mengumumkan secara terbuka kesediaan berentap untuk jawatan nombor satu dalam sayap kanan PAS itu.

Kemasukan Khalil Abdul Hadi dilihat lebih sekadar pertembungan individu, sebaliknya menggambarkan asakan kembali kumpulan proulama setelah Suhaizan, seorang bekas pensyarah, merampas jawatan itu dalam pemilihan dua tahun lalu.

Suhaizan dijangka mengumumkan hasrat mempertahankan jawatan tidak lama lagi manakala salah seorang antara Khalil atau Abduh, yang dilihat dalam kem sama, kemungkinan besar akan berundur untuk mengelakkan pecah undi.

Abduh sebelum ini pernah menjadi pemimpin nombor dua Pemuda PAS ketika pentadbiran anggota Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan, seorang tokoh muda kumpulan proulama.  (MK)
Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?


E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails