Friday, May 22, 2015

Azmin! Apa Beza Kamu Dengan Umno? -Ekhsan Bukharee, Ustaz Dipecat.



 
Ustaz soal Azmin: Apa beza kamu dengan Umno?

Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) Ekhsan Bukharee Badarul Hisham mempersoalkan kenapa tindakannya menuntut kenaikan elaun dianggap seperti jenayah sehingga dibuang kerja.

Sedangkan, kata ustaz muda itu, perkara itu dijanjikan dalam manifesto Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum sebelum ini.

“Pakatan cakap Umno, BN janji tak ditepati. Apa beza kamu dengan Umno, BN?
"Takkan nak bercakap soal manifesto Pakatan satu jenayah? Sebenarnya penjenayah sebenar ialah pemimpin yang tak laksanakan manifesto mereka," katanya.

Beliau juga mendakwa kerajaan negeri bawah pimpinan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali tidak berintegriti susulan kegagalan itu. Beliau berkata demikian pada sidang media di perkarangan bangunan SUK, Shah Alam hari ini. Ekhsan semalam mengesahkan beliau dipecat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
 
Didakwa provokasi

Pada sidang media itu, Ekhsan juga menunjukkan surat pemecatannya kepada pemberita.

Dalam surat tersebut dinyatakan empat sebab beliau dipecat menjadi guru KAFA iaitu: bertindak dengan niat memprovokasi untuk memasuki sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) 8 April lalu, gagal mematuhi nasihat panel penyiasat supaya batalkan sidang media pada 14 April.

Malah, beliau juga dipecat kerana gagal mematuhi panel penyiasatan supaya berhenti memberi kenyataan media dan prestasi kerja yang rendah dan gagal menunjukkan kesungguhan untuk berubah walaupun telah diberi nasihat.

Sehubungan itu, Ekhsan yang mengajar mata pelajaran fekah dan sirah itu berkata, beliau kini dalam proses untuk mendapatkan nasihat daripada peguam untuk membawa kes pemecatannya ke mahkamah.

"Saya juga dalam proses mendapatkan nasihat daripada beberapa rakan peguam untuk mencabar kesahan pemecatan yang dibuat ke atas saya.
"Saya tidak menolak kemungkinan untuk membawa perkara ini ke mahkamah," katanya lagi.

Tiada ruang merayu

Ditanya sama ada akan membuat rayuan berhubung pemecatan ini, Ekhsan berkata beliau tidak diminta untuk membuat rayuan.

"Dalam surat tiada suruh buat rayuan. Saya tak diberi ruang untuk buat rayuan. kalau JAIS buka ruang pun saya akan buat tapi tidak akan mengaku salah," katanya lagi.

Ekhsan sebelum ini mencetuskan drama kerana menangis ketika dihalang bertemu wakil rakyat Pakatan di sidang DUN bulan lalu. Rentetan itu, beliau menerima surat tunjuk sebab daripada JAIS.

Ekhsan mahukan Menteri Besar Selangor Azmin Ali menaikkan elaun daripada RM1,212 kepada RM1,500 seperti dijanjikan. (MK)

2 comments:

Anonymous said...

Bezanya Yang pecat JAIS. MB mana ada kuasa kalau bersangkutan dengan JAIS. Silap cakap nanti dikatakan menderhaka.

Anonymous said...

Standard akal melayu. Memang sah ustaz umno. BODOH + BANGANG. JAIS bawah sultan laaaa.
Pi lah demo depan istana. Mintalah duit zakat juta juta tu.
Lagi satu kena sedar diri sikit.
Kau tu ngajar 2 jam sari. Masa budak exam kau cuti.
Hari kerja Isnin selasa rabu. Lepas tu kau dok korek hidung. Ada hati nak gaji banyak BUDUSS TAHAP UMNGOK KAT FELDA.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails