Tuesday, June 02, 2015

Usul Tergempar Pas Keluar Pakatan Pembangkang?

Perwakilan Pas menghadapi cabaran besar dalam menentukan hala tuju parti itu pada Muktamar Tahunan Pas ke-61 di Kuala Selangor bermula Khamis hingga Sabtu ini. – Gambar hiasan
KUALA LUMPUR – Pas tidak menolak kemungkinan terdapat usul tergempar akan dibincangkan mengenai usaha untuk mengeluarkan parti itu daripada pakatan pembangkang dalam Muktamar Pas ke-61 di Kuala Selangor pada 4 hingga 6 Jun ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali (gambar kecil) berkata, jika terdapat sebarang usul tergempar yang membangkitkan mengenai isu tersebut, ia akan diputuskan oleh Pengerusi Tetap muktamar sama ada mahu meneruskan usul berkenaan atau sebaliknya.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, sehingga kini parti itu tidak menerima sebarang usul daripada 1,195 perwakilan supaya Pas keluar daripada pakatan pembangkang yang melibatkan kerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Ucapan dasar Presiden parti juga tidak akan sentuh hal ini.
“Jika ada usul tergempar sekali pun, ia akan ditentukan oleh Pengerusi (muktamar). Jika Pengerusi (Tetap) tolak, mati (habis) dekat situ sajalah,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Mustafa turut menolak dakwaan bahawa muktamar tersebut adalah pemutus kepada hidup dan matinya penyertaan Pas dalam pakatan pembangkang. (Kosmo!)

1 comment:

maae said...

Wahai ahli-ahli Pas, sudah lupa amal makruf nahi mungkar ?

Anda semua akan di pertanggung-jawabkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails