Wednesday, June 03, 2015

4 Keping Gambar Pendaki Kinabalu Bogel..

Aksi sebahagian daripada pendaki yang berbogel selepas mendakwa berasa sangat teruja kerana Berjaya mendaki Gunung Kinabalu di Kota Kinabalu pada 31 Mei lalu.

KOTA KINABALU – Empat keping gambar yang memaparkan gelagat sepuluh pendaki warga Eropah berbogel dalam keadaan berdiri di puncak Gunung Kinabalu di sini tersebar menjadi viral di laman sosial baru-baru ini.

Difahamkan, kejadian bogel itu dikatakan berlaku pada 31 Mei lalu apabila 10 daripada 27 pendaki warga asing itu yang teruja berjaya menyelesaikan pendakian mereka bertindak bogel di kawasan South Peak pada ketinggian 3,933 meter sebelum berjalan menuruni gunung itu.

Sepuluh pendaki yang melakukan aksi melampau itu terdiri daripada enam lelaki dan empat wanita.

Gambar yang dirakam di South Peak gunung tersebut dimuat naik pada Sabtu lalu pada laman Instagram dan Facebook. Kejadian itu sekali lagi mencetuskan kemarahan dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya penduduk Sabah.
 
Ia berikutan Gunung Kinabalu merupakan lambang kebesaran negara manakala bagi penduduk tempatan Sabah terutama daripada kaum Kadazan Dusun pula menganggap gunung itu merupakan tempat persemadian roh-roh nenek moyang kaum tersebut.
 
Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, perbuatan bergambar tanpa pakaian di puncak gunung tersebut disifatkan sebagai tindakan tidak bertanggungjawab dan menghormati budaya serta adat resam sesebuah Negara.
 
Menurut beliau, berdasarkan gambar yang tersebar itu, berkemungkinan besar perbuatan itu dilakukan sekumpulan individu yang sering mengembara dari satu negara ke negara lain.
 
Katanya, sebelum ini dipercayai terdapat juga sekumpulan individu yang didakwa melakukan perbuatan berbogel di Kuil Angkor Wat di Kemboja.

“Modus operandi kumpulan tidak bertanggungjawab itu memfokuskan kepada kawasan atau tempat-tempat warisan dunia atau tempat yang dianggap suci oleh sesebuah negara yang dilawati.
“Perbuatan tersebut jelas menunjukkan perbuatan biadab dan tidak menghormati budaya dan adat resam sesebuah negara,” kata beliau selepas majlis pelepasan kembara motosikal mengelilingi Borneo bagi Malaysia Books of Records di sini semalam.
 

Masidi memberitahu, sebagai pengembara atau pelancong, mereka sepatutnya sensitif dengan budaya dan adat resam tempat mereka lawati.
 

“Jika individu terbabit tidak bersedia untuk mengiktiraf dan menghormati lokasi dilawati itu, saya menganggap kumpulan terbabit bukan pelancong yang diinginkan datang ke negara ini,” tegas beliau.
 
Sehubungan itu katanya, sekiranya kumpulan bogel terbabit masih berada di Sabah, mereka dicadangkan supaya diusir dan tidak dibenarkan masuk ke negara ini.
 
Masidi juga mengarahkan Taman-Taman Sabah untuk membuat siasatan lanjut termasuk membuat laporan polis berhubung perbuatan berbogel di puncak gunung itu.
 
Tinjauan Kosmo! di laman Facebook Sabah Parks mendapati, terdapat 71 komen daripada orang ramai dengan 204 likes dan 124 yang berkongsi pautan tersebut.
 
Kebanyakan komen-komen tersebut jelas menyatakan kekecewaan dengan tindakan pendaki berkenaan yang dianggap kurang ajar dan tidak sopan kepada sensitiviti masyarakat Sabah.
Gambar hiasan.

Lihat sebelum ini..
Kisah-kisah Bogel Siri 1 Hingga 3 
Kisah-kisah Bogel Siri 1 Hingga 3
E-Buku IH-67: Siri 3

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails