Wednesday, June 03, 2015

Pendekatan A/Hadi Lebih Baik Dari Pendekatan Lim Guan Eng -Suhaizan Kaiat

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebenarnya mahu mencari titik persamaan di antara parti komponen Pakatan Rakyat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 3 Jun, 2015.

Pendekatan Abdul Hadi lebih baik dari pendekatan Lim Guan Eng, kata Suhaizan Kaiat. Ketua Pemuda PAS itu menjelaskan beliau menyatakan sokongannya kepada presiden parti dengan menterjemahkan idea ke dalam bentuk tindakan walaupun pada mulanya meragui idea itu.

Merujuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai "tok guru", Suhaizan berkata

Abdul Hadi perlu disokong dengan cara begitu kerana kedudukannya sebagai ulama.

"Kita sebagai Pemuda PAS menganggap tok guru (A.Hadi) sebagai orang berilmu dan kita angkat idea-idea tok guru ini," katanya dalam ucapan pada Muktamar Pemuda PAS di Shah Alam, malam tadi.

Beliau berkata demikian menjawab soalan dalam sesi membentang dan mengesahkan peringatan Muktamar Tahunan Pemuda PAS yang lalu, dalam Muktamar Tahunan Pemuda PAS ke-56 di Shah Alam, semalam.

Suhaizan ditanya sama ada beliau memenuhi peringatan muktamar dahulu menyokong dan mempertahankan Abdul Hadi daripada kritikan PKR dan DAP. Menurutnya, beliau pernah menggesa Hadi melakukan sesuatu terhadap krisis di dalam Pakatan Rakyat (PR).

Katanya, Abdul Hadi berpendapat "krisis" yang disebutnya itu sebagai satu ikhtilaf (perbezaan pendapat) sahaja.

"Saya sebut, tok guru kita ini dalam krisis masalah besar.
"Tapi tok guru kata bukan krisis, ini ikhtilaf sahaja.
"Mula-mula saya fikir tak boleh terima pandangan tok guru, orang krisis dia kata ikhtilaf," katanya.

Namun, apabila direnung kembali kenyataan itu, beliau menemui maksud tersirat bahawa Hadi sebenarnya mahu beliau fokus "titik persamaan" di antara PAS, DAP, dan PKR.

Menurutnya, perbincangan itu menyebabkan beliau menjadikan buku Fiqh al-Iktilaf (Kaedah Mengurus Perbezaan Pandangan) tulisan ulama besar Sunni, Dr Yusuf Qaradawi, sebagai bahan bacaan cadangan kepada ahli Pemuda PAS.

Malah, satu seminar menggunakan tajuk buku sama turut dianjurkan pada 14 April 2015 buat ahli Pemuda PAS, katanya. Katanya, pendekatan sedemikian lebih baik bagi menjawab kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang pernah menyifatkan Abdul Hadi sebagai “Umno”.

Namun begitu, katanya, beliau tetap menyuarakan bantahannya terhadap kenyataan Lim menerusi mesyuarat Majlis Presiden PR dan menerusi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Langkah demikian, katanya, lebih berhikmah dalam kerangka kerjasama politik PR berbanding bersorak sepanjang masa menyatakan sokongan kepada Abdul Hadi secara membuta tuli.

"Kalau kita betul-betul provoke (DAP dan PKR), sokong sokong sokong di belakang dia (A.Hadi), saya khuatir reputasi tok guru akan terjejas, macam Umno (sokong presiden mereka).
"Rakyat tengok (ini) tidak sesuai, tapi dengan cara lembut kita angkat idea dia," katanya. – 3 Jun, 2015.

 
Lihat sebelum ini.
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails