Wednesday, June 03, 2015

DAP Boikot Muktamar PAS, Mat Sabu Tetap Pertahan DAP.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menganggap DAP mempunyai alasannya sendiri selepas Setiausaha Penganjur Kebangsaan DAP, Anthony Loke mengumumkan keputusan parti itu tidak terlibat dengan persidangan agung tahunan PAS termasuk sidang perwakilan Dewan Pemuda hari ini dan esok. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 2 Jun, 2015.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menganggap DAP mempunyai alasannya sendiri apabila mengumumkan tidak akan hadir ke Muktamar Tahunan PAS ke-61 bermula 4 hingga 6 Jun ini.
 
Beliau tidak melatah ketika diminta media mengulas tindakan Setiausaha Penganjur Kebangsaan DAP, Anthony Loke yang mengumumkan keputusan parti itu untuk tidak terlibat dengan persidangan agung tahunan parti Islam itu termasuk sidang perwakilan Dewan Pemuda hari ini dan esok.
 
"Saya tak tanya mereka lagi (tentang perkara ini). Saya perlu tanya mereka," katanya ringkas sambil tersenyum pada sidang media selepas melancarkan Muktamar Pemuda di Shah Alam, petang ini.
 
Diasak dengan soalan tentang perasaannya tentang boikot sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat (PR) itu, Mohamad menjawab:

"Mereka ada hallah itu. Kita pun ada kenduri yang kita tak hadir".
Katanya, beliau akan mengusahakan penyelesaian terhadap situasi tersebut. "Kita akan cari penyelesaiannya."
 
Muktamar Pemuda PAS petang ini menyaksikan kehadiran Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad tanpa kehadiran Ketua Pemuda DAP, Teo Kok Seong.
Loke tidak memberi sebarang alasan ketidakhadiran mereka tetapi dipercayai ia berkaitan keputusan PAS meneruskan dengan agenda pelaksanaan hududnya. – 2 Jun, 2015.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails