Wednesday, June 03, 2015

Pemimpin 'duri dalam daging' Cemuh A/Hadi. Siapa?

Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Mahfodz Mohamed menuduh ahli dan pemimpin PAS yang menjadi 'duri dalam daging' bersekongkol dengan rakan kerjasama politik mencemuh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Awang.

"Akhiran ini kita melihat presiden PAS selaku nakhoda bahtera PAS dicemuh oleh rakan kerjasama politik.
"Puncanya kerana mereka gagal untuk memastikan kepimpinan tertinggi tunduk tehadap kemahuan dan kehendak mereka.
"Sangat malang apabila ada kalangan ahli dan pimpinan yang bersekongkol mengiyakan tohmahan rakan kerjasama politik, lalu menjadikan duri dalam daging melemahkan bahtera yang sedaang berlayar," katanya tanpa menyebut nama pimpinan yang beliau dimaksudkannya.

Menurutnya lagi ketaatan kepada pemimpin selaku nakhoda perjuangan merupakan pra-syarat kemenangan yang perlu dipertegaskan sebagai prinsip perjuangan dalam PAS.

Mahodz berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Muktamar Dewan Ulama PAS bertajuk Prinsip Perjuangan Asas Nusrah Kemenanangan" di Taman Melewar, Gombak pagi ini.

Agak-agak siapa maksudnya? (IH)

Lihat sebelum ini.
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?

2 comments:

Anonymous said...

sebagai ulamak beliau tidak baik menuduh seseorang tanpa bukti kukuh,sabar cabar beliau senaraikan nama orang2 yang berssekonkol menghina Hj hadi semoga kita ramai2 solat hajat untuk mereka2 ini mendaopat mussibah.TAPI INGAT sekiranya ulamak ini hanya mencipta fitnah beliau akan menerima musibah ini.insyalalh.Kalau dia tidak sebut siapa duri dalam daging maka beliaulah selaku daging dalam duri,tunggu pengjinaan yang akan menuju muka dia.

Anonymous said...

Apa hukum dalam solat skiranya imam membuat kesilapan dan tidak mengikut signal makmun .kesilapan imam pulak adalah melebihi rakaat,Patutkan makmun ikut imam atau lebih baik kita mufaraqah?,Kapten kapal dan mengendali kapal dalam keadaan pening,sekali pusing keelakang ,sekali teris kedepan,sekali pusing ke kiri,sekali pusiang ke kanan,arahan bahas dari iam pulak tidak difahami oleh kelasi,macamana.Kapten pulak sudah gunakan bahasa daratan bukan lautan seperti BARUA,TOLOL,TUDUH KELASI JUAL PIL KUDA,macam2lah,elok ke kita sanjung kapten macam ni.USTAZ,janganlah menghina orang lain yang tidak ulamak,belum tentu kalau ulamk itu ualamk suk nilainya lebih tinggi dari orang biasa .Teruskan futnah pada orang bawahan semoga ustaz enan dalam tidur nanti.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails