Wednesday, June 03, 2015

Nik Abduh Ikrar Sokong Ulama Dan Kekal Dalam Pakatan

Ketua Pemuda PAS baharu, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berikrar akan memimpin Pemuda PAS untuk terus bersama Pakatan Rakyat (PR). – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Jun, 2015.
 
Ketua Pemuda PAS baharu, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berikrar akan terus menjadikan kepimpinan ulama sebagai panduan kepada tindakan dan sikap sayap parti Islam itu. Pada masa sama, beliau berikrar akan memimpin Pemuda PAS untuk terus bersama Pakatan Rakyat (PR).
 
"Saya adalah penyokong kepimpinan ulama dan sebarang tajdid dalam PAS hendaklah mendapat restu Majlis Syura Ulama.
"Oleh kerana Majlis Syura buat keputusan hala tuju PAS hari ini adalah pada landasan betul, maka saya adalah orang pertama menyokong perkara yang disebutkan Majlis Syura.
"Kita bertegas kita akan terus bersama PR dan kita harap segala keretakan, keresahan itu dapat diselesaikan," katanya pada sidang media ringkas selepas diumumkan menang menewaskan penyandang sebelum ini, Suhaizan Kaiat.
 
Pengumuman Nik Abduh ini dibuat sewaktu Dewan Ulama petang ini meluluskan usul tergempar memutuskan kerjasama dengan DAP tetapi kekal dalam PR. Pengumuman ini juga dibuat sewaktu DAP mengumumkan yang parti itu membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
Terdahulu, dalam ucapan sulungnya sebaik sahaja diumumkan menang, Nik Abduh berkata beliau menerima kemenangannya menewaskan Suhaizan Kaiat dengan penuh rasa rendah hati.
 
Beliau yang menerima 429 undi berbanding Suhaizan yang menerima 263 undi berkata, undi yang diberi kepada Suhaizan merupakan peringatan penting buat dirinya untuk berkhidmat kepada Pemuda PAS.
 
"Dengan jumlah hampir 300 undi (buat Suhaizan), saya perlukan undi kepada Suhaizan.
"Undi itu akan jadi sempadan buat saya yang saya perlu melakukan yang terbaik buat Dewan Pemuda PAS," katanya.
 
Katanya, mereka yang sebenarnya "menang" adalah mereka yang ikhlas berjuang, dan bukan sekadar mereka yang memperolehi undi yang banyak.- 3 Jun, 2015.

1 comment:

Anonymous said...

Kalau fikir kuat sangat keluarje dari pakatan.Masuk BN lg baik.Geng2 lebai ni kan gila jawatan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails